Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Peribahasa

Hendakkan halus,
     genting;
genting putus sudahnya.

Bermaksud :

Perbuatan yang melebihi batasnya tentu tidak selamat dan akhirnya akan mendatangkan kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kerututidak halus dan licin (spt kulit katak dll), kasap; mengerutu menjadi kasap atau kesat (kulit dll); ®gerutu I.Kamus Dewan Edisi Keempat
gabalkasar (hasil pekerjaan dll), tidak halus buatannya; ®gabas I.Kamus Dewan Edisi Keempat
kasar1 tidak halus; agak tebal (ttg benda yg berbiji-biji, spt pasir, atau yg berurai-urai, spt benang): benang ~; pasir ~. 2 tidak licin; kesat (apabila diraba): Kertas pasir ini kurang ~. 3 tidak kemas buatannya (bkn perkakas spt kerusi dan meja); tidak halus: Kerusi itu ~ buatannya. 4 tidak lembut; tidak sopan; biadab (bkn kelakuan dll): Tingkah lakunya ~ benar. 5 keras dan rendah bunyinya (suara dll): Suaranya ~. 6 tidak terperinci; secara umum saja: ujian ~; garis ~. berkasar berlaku (bercakap dll) dgn kasar: Dia tidak pernah ~ terhadap ibu bapanya. mengasari berlaku kasar terhadap. mengasarkan menjadikan kasar. memperkasar menjadikan lebih kasar. kekasaran keadaan kasar; sifat kasar: Dia meminta maaf kerana ~nya itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kurang bahasatidak bersopan santun, tidak halus budi bahasanya;Kamus Dewan Edisi Keempat
kasar1. tidak halus; agak tebal (ttg benda yg berbiji-biji atau yg berurai-urai spt pasir, benang dll): benang ~; pasir ~. 2. tidak licin; kesat (apabila diraba):Kertas pasir ini kurang ~. 3. tidak kemas buatannya (bkn perkakas spt kerusi, meja dll); tidak halus:Kerusi itu ~ buatannya. 4. tidak lembut; tidak sopan; biadab (bkn kelakuan dll): Tingkah lakunya ~ benar. 5. keras dan rendah bunyinya (suara dll):Suaranya ~. 6. tidak terperinci; secara umum saja: ujian ~; garis ~. berkasar berlaku (bercakap dll) dgn kasar:Dia tidak pernah ~ terhadap ibu bapanya. mengasarkan menjadikan kasar. memperkasar menjadikan lebih kasar. kekasaran keadaan kasar; sifat kasar: Dia meminta maaf kerana ~nya itu. Dia ditegur kerana ~ tingkah lakunya.Kamus Pelajar
gerimis1 tidak lebat dan menitik halus-halus (ttg hujan); renyai. 2 = hujan ~ hujan yg menitik halus-halus.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gerimis1. tidak lebat dan menitik halus-halus (ttg hujan); renyai. 2. = hujan ~ hujan yg menitik halus-halus.Kamus Pelajar
kasar1. tidak kecil atau tidak halus, agak besar: benang ~; bulu ~; pasir ~; garam ~; 2. tidak licin, kasap, kesat: kertas pasir ini kurang ~; muka Satejo sangat ~ nampaknya; 3. tidak kemas (halus) buatannya dsb: perabot yg tahan lama tetapi ~ buatannya; jahitannya ~; 4. tidak tertib (sopan santun, beradab), tidak lemah lembut: segala percakapan dan kelakuannya terlalu ~; menjawab dgn suara yg ~ menjawab dgn suara yg menengking; bermain ~ berlaku kasar (tidak menurut ke­tertiban dan peraturan); 5. tidak terperinci, belum mengambil kira atau memperhitungkan butir-butir tertentu, secara umum atau pd garis besarnya sahaja: perbelanjaan itu dikira secara ~ saja; jualan ~; untung ~; 6. yg ber­wujud, jasmani: badan (tubuh) ~ badan (tubuh) yg jasmani (bukan batin); 7. keras dan rendah (suara dll), besar: suara ~; 8. berat (bkn kerja dll); buruh ~ buruh yg membuat kerja berat; kerja ~ kerja berat (kerja yg di­lakukan dgn kekuatan tubuh badan seseorang); ~ tangan a) kasar barang kerjanya; b) suka memukul; berkasar berbuat (bercakap dll) dgn kasar: tidak pernah Tasimah ~ dgn suaminya; mengasari berbuat sesuatu dgn kasar pd, mengerasi: dia cuba membantah, akibatnya dia telah dikasari oleh penjual itu; mengasarkan menjadikan kasar; memperkasar menjadikan lebih kasar; kekasaran perihal kasar: rasai olehmu Kahar, balasan ~ tingkahmu.Kamus Dewan Edisi Keempat
hujan rintik-rintikhujan yg menitik halus-halus dan tidak banyak;Kamus Dewan Edisi Keempat
hujan renyai= ~ rintik-rintik hujan yg menitik halus-halus dan tidak banyak;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas