Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
jelas Ijelas I 1. terang (perkataan, pemandangan, dll), tidak kabur (mengelirukan dsb), nyata: suara itu tidak ~ pd pendengarannya; ke­terangan yg diberikan itu tidak begitu ~; 2. habis, selesai, beres (pekerjaan, hutang, dll): dlm sehari boleh ~ pekerjaan ini; hutangnya di kedai itu masih belum ~; sejelas-jelasnya cukup jelas, amat jelas: rancangan itu akan diterima oleh rakyat setelah penerangan yg ~ diberikan kpd mereka; berjelas-jelas berterang-terang, tidak ber­sem­bunyi-sembunyi: aku ini hendak ~ da­hulu sebelum aku sampaikan amanat orang; menjelasi Mn meminta keterangan yg lebih jelas (lebih lanjut); menjelaskan 1. menerangkan (lebih lanjut), menghuraikan (sehingga jelas), menyatakan (utk memberikan penerangan): seorang pe­gawai kerajaan ~ bahawa undang-undang yg baru diluluskan itu hanyalah utk se­mentara waktu sahaja; 2. menyelesaikan (pekerjaan, pembayaran hutang, dll), meng­habiskan, membereskan: dia sekarang ber­cermat-cermat kerana hendak ~ harga mo­tokar itu; memperjelas membuat lebih jelas: kita akan ~ keadaan ini dgn memberi dua contoh; kejelasan perihal (sifat, keadaan) jelas, nyatanya, terangnya: ~ imej pd keseluruhan skrin; ~ objektif utk belajar; ~ amat penting bagi borang dan penerangan yg disertakan; penjelasan 1. keterangan (yg lebih jelas), huraian: Ali meminta ~ sebab-sebab per­buatan adiknya; 2. penyelesaian (pekerjaan, pembayaran hutang, dll); ~ bank (Eko) penyelesaian pembayaran cek dll antara bank; rumah ~ (Eko) tempat menye­­lesaikan pembayaran cek dll antara bank; penjelas 1. orang yg menjelaskan; 2. benda utk menjelaskan (hutang dll): wang ~ hutang.Kamus Dewan Edisi Keempat
meredamkurang terang terdengar (terlihat), tidak jelas, kabur-kabur, sayup-sayup: nampak meredam pokok ribut dr sebelah utara; ~ padam padam (rosak, musnah) sama sekali;Kamus Dewan Edisi Keempat
redam-redam, meredam kurang terang terdengar (terlihat), tidak jelas, kabur-kabur, sayup-sayup: nampak meredam pokok ribut dr sebelah utara; ~ padam padam (rosak, musnah) sama sekali;Kamus Dewan Edisi Keempat
redam I= redam-redam, meredam kurang terang terdengar (terlihat), tidak jelas, kabur-kabur, sayup-sayup: nampak meredam pokok ribut dr sebelah utara; ~ padam padam (rosak, musnah) sama sekali; meredamkan menjadikan redam; peredaman perihal meredamkan; peredam; ~ bunyi alat utk meredamkan bunyi.Kamus Dewan Edisi Keempat
kabur1 tidak dpt melihat dgn terang atau dgn jelas (bkn mata); kurang terang (penglihatannya): Matanya ~. 2 tidak cukup terang; tidak jelas (bkn tulisan, warna dll); pudar; samar(-samar): Tulisannya sudah ~. Lukisan itu menjadi ~ kerana lama tergantung di dinding. 3 tidak jernih (benda-benda spt kaca); pudar; kelam. 4 ki tidak jelas atau kurang jelas; samar(-samar): Ingatannya ttg peristiwa itu sudah ~. Keterangan yg diberikan agak ~. mengabur menjadi kabur: Nasib hari depannya ~. mengaburi menjadikan kabur: Asap tebal telah ~ pemandangannya. mengaburkan menyebabkan jadi kabur: Pemimpin itu ~ pandangan orang ramai dgn janji yg muluk-muluk. kekaburan keadaan kabur; kekelaman; kepudaran. kekabur-kaburan agak kabur.Kamus Pelajar Edisi Kedua
keruansudah diketahui; ketahuan: belum ~ belum dpt dipastikan; belum dpt ditentukan; tidak ~ tidak tentu; tidak jelas; kabur; kacau.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terang1. keadaan (cahaya atau sinar) yg me­nye­babkan sesuatu atau keadaan sekilas boleh dilihat: tidak akan sama ~ lampu dgn ~ matahari; 2. tidak gelap (bkn tempat, ke­adaan sekitar, cahaya, dsb), tidak kelam, tidak muram, tidak suram, cerah: jangka suhu doktor bolehlah dikeluarkan dr mulut dan dilihat di tempat ~; 3. siang (hari), lwn malam: setelah hari ~, mereka pun berangkat meneruskan perjalanan mereka; 4. bersih kerana (sudah) ditebasi atau ditebangi (kawasan semak samun dll): pagi esoknya pergilah pula mereka ke dlm hutan, tiba-tiba didapati mereka tempat itu ~ lawas; 5. tidak diselaputi awan (langit), bersih, jernih (langit, udara): malam itu nyaman sekali, angin mendesir perlahan-lahan, langit pun ~, bintang-bintang berkerlipan; 6. tidak terlindung sedikit pun (pemandangan), nyata (pandangan, pendengaran, pelihatan), jelas: pd waktu malam terdengar juga bunyi ledakan meriam, kadang-kadang bunyi itu jelas dan ~; 7. tidak kabur (pelihatan, pan­dangan), jelas: monyet dan manusia ialah binatang yg besar sekali otaknya dan yg ~ sekali pelihatannya; 8. tidak dapat diragukan atau disangsikan lagi, sudah terbukti (kebe­narannya dll), sudah ketahuan, sudah nyata (benar): sudah ~ sekarang siapa yg benar dan siapa yg bersalah; 9. jelas (kata-kata­nya, maksudnya, dll), nyata (benar): ceramah pendek yg diberikan oleh Amran pagi itu sangat ~ dan bernas; sebutan bahasanya ~ dan tepat; ~ akal tajam akal, cerdik, pandai; ~-ben­derang terang sekali; ~ bulan a) cahaya drpd bulan (pd waktu malam); b) = ~ hari Mn = bulan ~ tidak gelap pd malam hari kerana ada bulan; ~ cuaca cuaca yg baik (tidak redup atau mendung); ~ hati = ~ fikiran mudah mengerti (belajar); ~ tanah pagi-pagi hari ketika tanah mulai kelihatan (lebih kurang pukul 5.30–6.00 pagi); ~-temaram (-temarang) terang sekali, terang-benderang; ~ terbang lalat pagi hari (lebih kurang pukul 6.00–6.30 pagi); ~ terus dapat dilalui cahaya, bening (kaca dll); terang-terang tidak berselindung (terlin­dung) lagi, nyata (jelas) sekali, ketara (sesuatu perbuatan): bukan sedikit pula orang kam-pung itu yg ~ hendak mengambil Zainal menjadi menantu mereka; ~ gelap = ~ laras agak terang sedikit (hari) tetapi belum terang betul; ~ kain Mn a) belum terang betul; b) belum mengerti benar; terang-terangan berterang-terang: kalau mereka cuba mengganggu hamba dgn ~, hamba tahu pula membalasnya; berterang-terang, berterang-terangan tidak bersembunyi-sembunyi (melakukan sesuatu), (berbuat sesuatu) dgn terus terang: tidak seorang juga yg berani menunjukkan ke-marahan mereka ~ ; menerang menjadi terang; menerangi 1. memberi terang kpd (bkn lampu, pelita, bulan, dll), menyuluhi: lampu minyak itu ~ biliknya; 2. ki memberi terang pd hati (fikiran, perkara, dll), menunjuki: Tuhan akan ~ hati segala manusia; 3. mem­bersihkan kawasan (drpd semak samun dll), menyiangi: pd suatu masa nanti, bahagian-bahagian itu akan diterangi utk kegunaan pertanian; 4. Mn mencari keterangan (bukti dll) supaya jelas, menentui: beliau datang cuma utk ~ perkara itu sahaja; menerangkan 1. menjadikan terang (pelihatan, pendengaran, dll): puas sudah ia ber­ubat ke sana ke mari utk ~ matanya yg kabur, tetapi tidak juga berjaya; 2. men­jadikan terang, menghuraikan (menceritakan dll) supaya terang, memberi keterangan, menjelaskan: Ramlan cuba ~ kemusykilan neneknya; 3. memberitahu tentang sesuatu (supaya dike-tahui seseorang atau orang ramai), memak-lumkan, menyatakan: PM telah ~ mengapa perubahan-perubahan kerajaan yg berlaku di Afrika tidak berlaku di Malaysia; 4. menentukan (apa yg patut dilakukan dll), menetapkan, menegaskan: per­aturan undang-undang itu ~ bagaimana orang ramai patut menghantar butir-butir atau kira-kira pendapatannya; 5. menun­jukkan (menanda-kan, membuktikan) bahawa: kita tidak mempunyai bukti yg cukup utk ~ bahawa orang yg dituduh itu betul-betul bersalah; keterangan 1. huraian utk menerangkan sesuatu, penjelasan: semua ~ guru itu didengar oleh Nurshahid dgn tenang; 2. hal yg menjadikan sesuatu perkara dll terang atau jelas, alasan, bukti, tanda: dlm tempoh yg ada pd kami, telah kami usahakan sedaya upaya utk mendapatkan ~ yg difikirkan perlu; 3. Id kata atau kelompok kata yg mene­rangkan kata yg lain; penerangan 1. alat dll yg digunakan utk mene­rangi (lampu dll); 2. perihal menerangi atau menerangkan, perbuatan memberi terang kpd (lampu dll); 3. perihal menerangkan (menjelaskan), penjelasan: ~nya padat, alasan-alasannya jitu bilamana memper­katakan soal politik; 4. pekerjaan (jawatan dll) yg memberi penjelasan dll: Pak Wir di­anggap tenaga ahli yg masih sangat diperlu­kan dlm bidang ~; penerang sesuatu yg menerangi (menerang­kan); ~ hati jampi dll yg menerangi hati.Kamus Dewan Edisi Keempat
kabur1. tidak dpt melihat dgn terang atau dgn jelas (bkn mata); kurang terang (penglihatannya): Matanya ~. 2. tidak cukup terang; tidak jelas (bkn tulisan, warna dll); pudar; samar (-samar): Tulisannya sudah ~. Lukisan itu menjadi ~ kerana lama tergantung di dinding. 3. tidak jernih (benda-benda spt kaca dll); pudar; kelam. 4. ki tidak jelas atau kurang jelas; samar(-samar):Ingatannya ttg peristiwa itu sudah ~. Keterangan yg diberikan agak ~. mengabur menjadi kabur:Nasib hari depannya ~. mengaburi menjadikan kabur:Penyakit itu telah ~ penglihatannya. mengaburkan menyebabkan jadi kabur:Pemimpin itu ~ pandangan orang ramai dgn janji yg muluk-muluk. kekaburan keadaan kabur; kekelaman; kepudaran. kekabur-kaburan agak kabur.Kamus Pelajar
kabur I1. tidak dapat melihat dgn terang atau nyata (bkn mata), kurang terang (bkn pe­lihatan), pudar: ayahanda orang tua, ~ mata, pekak telinga; 2. kurang jernih (bkn kaca dll), tidak terang atau jelas (bkn corak atau warna sesuatu, tulisan, dll), tidak cerah, pudar: tikar mengkuang putih yg telah ~; tulisan yg ~; nasibnya sudah mulai ~ nasibnya tidak terang atau cerah lagi (sudah mulai buruk); 3. tidak atau kurang jelas (maksudnya, kan­dungannya, dsb), tidak nyata, samar-samar: definisi novel spt di atas sangat ~; semua kenangan yg indah itu menjadi ~ dan samar-samar; mengabur menjadi kabur (kurang terang, jernih, nyata, dll), menjadi pudar: ia melihat ke hadapannya kembali kpd Yusuf dan Maria yg ~ di atas kerusi di bawah pohon mangga yg rimbun itu; fikirannya ~; mengaburi menjadikan kabur: tanda tanya terus ~ fikiran Burad; mengaburkan menyebabkan jadi kabur: ~ pandangan seseorang terhadap soal-soal masyarakat; ~ mata rakyat mengelirukan rakyat (menipu rakyat); kekaburan perihal atau keadaan kabur: dgn menggunakan kaca mata, ~ matanya hilang; Amir sudah pulih drpd ~ fikirannya; dlm buku-buku Greek yg terdahulu, terdapat terlalu banyak ~; kekabur-kaburan agak kabur, agak pudar.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyaburkan1. menjadikan kelam-kabut (tidak keruan, berkacau-bilau, dll); 2. menjadi-kan samar-samar (kabur, tidak terang), me-nyuramkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234567

Kembali ke atas