Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sumbang I1. tidak mematuhi adat (kebiasaan, kesopanan, dll), melanggar adat, tidak sopan: dia telah melakukan sesuatu yg ~ pd mata dan pengertian masyarakat kampung; kalau kita tidak suka lagi mematuhi adat ini tidak­kah kita dipandang ~ oleh orang ramai?; anak ~ anak luar nikah, anak haram; 2. salah atau silap (sesuatu perbuatan dll), keliru; langkah ~ tersilap langkahnya (dlm silat); tegak ~ terkeliru tegaknya (dlm silat); 3. tidak sedap didengar atau dilihat (bunyi-bunyian, perbuatan, kelakuan, dll), tidak seimbang atau tidak setara, janggal, palsu, sember; suara ~ a) suara yg tidak sedap didengar, sember; b) ki percakapan bermusuh-musuhan; ~ balai melintang berzina dgn orang yg tidak boleh dikahwini (pd agama atau adat); ~ kadim bermukah dgn keluarga yg rapat; ~ kelaku­annya buruk lagi keji kelakuannya; ~ langkah a) = langkah ~ tersilap langkah (dlm silat); b) tersalah perbuatan atau gerak-geri, tidak senonoh (perbuatan); ~ mahram perlakuan zina yg berlaku antara dua orang anggota ter­dekat dlm sesebuah keluarga, mis antara abang dgn adik perempuan atau ayah dgn anak perempuannya; ~ melangsi lebih tinggi drpd yg seharusnya (nada suara); ~ pati sl bermukah dgn saudara sendiri; ~ salah melakukan zina; menyumbangkan; ~ langkah a) sengaja membuat langkah sumbang dlm silat (utk mengumpan lawan); b) melakukan sesuatu yg bertentangan dgn adat, melanggar adat; menyumbang-nyumbangkan memburuk­-burukkan atau menghina-hinakan orang (dgn menuduhnya melakukan perbuatan sumbang): orang lain sudah biasa ~ Hanafi dgn nona pos itu; kesumbangan perihal sumbang (bkn per­buatan dll), keadaan dsb sumbang.Kamus Dewan Edisi Keempat
apakata yg digunakan untuk menanyakan sesuatu: ~kah nama benda itu?. ~kah sebabnya dia menangis?. ~ akal apa yg harus dibuat. ~ boleh buat tidak ada jalan lain lagi. ~ daya tidak berdaya lagi. ~ khabar bagaimana keadaanmu sekarang. ~ saja a. segala sesuatu. b. sesuatu yg tidak ditetapkan. apa-apa pengganti sesuatu yg kurang terang; barang sesuatu; sesuatu: ~ yg ada di situ sudah diambilnya. berapa kata yg digunakan utk menanyakan banyaknya: ~ ekor lembu yg disembelih utk kenduri kahwin itu? mengapa kata yg digunakan utk menanyakan sebab: ~ engkau tidak membaca buku? mengapai, mengapai-apai melakukan sesuatu terhadap seseorang: Kauapai orang tua tu? mengapakan, mempengapakan memperlakukan bagaimana; melakukan atau berbuat apa-apa terhadap: Diapakan sehingga dia jadi begitu?Kamus Pelajar Edisi Kedua
salah1 tidak spt yg semestinya; tidak betul; tidak benar: Hitungan kamu itu ~, buat semula. 2 sesuatu yg tidak baik atau yg tidak layak; cela: Apa ~nya kalau kita bertanya kpd guru. 3 perbuatan yg tidak patut atau yg tidak menurut undang-undang: Hukumannya setimpal dgn ~nya. 4 tidak kena pd yg dituju; tidak tepat: Tembakan yg kelimanya, ~ juga. ~ bantal berasa sakit pd leher selepas bangun drpd tidur. ~ bawa tidak pandai mentadbirkan sesuatu hal atau tersilap mengamalkan sesuatu ajaran. ~ cakap berbuat silap ketika bercakap menyebabkan orang lain sakit hati dll. ~ faham tidak mengerti akan hal yg sebenarnya. ~ kain terselak kain sehingga menampakkan kemaluan. ~ kata tidak betul perkataannya. ~ laku perlakuan yg dianggap tidak bermoral atau tidak beretika. ~ langkah kesilapan pd permulaan melakukan sesuatu dan mengakibatkan keburukan (bencana) kpd diri seseorang. ~ mulut terlepas cakap (biasanya mengata-ngatai orang). ~ piantan salah waktu (musim) me­lakukan sesuatu dan hasilnya sia-sia saja. ~ sangka kesilapan membuat te­lahan, mis menuduh seseorang yg bukan-bukan. ~ satu (sebuah, seorang dll) satu (sebuah, seorang dll) drpd beberapa benda dsb. ~ urat tergeliat. bersalah berbuat sesuatu yg salah; ada salahnya: Jika aku ~, aku minta maaf. bersalahan 1 tidak sama (dgn); berbeza drpd; berlainan: Rupa paras gadis itu tidak ~ dgn rupa paras ibunya. 2 tidak sesuai (dgn); bertentangan (dgn): Ke­lakuan mereka itu ~ dgn adat resam orang-orang di sini. bersalah-salahan tidak cocok (dgn); tidak sefahaman; berbantah: Keluarga yg sering ~ tidak akan mengecap kebahagiaan. menyalahi 1 tidak menurut peraturan (hukum dsb); bersalahan dgn: Segala undang-undang dan peraturan yg lain tidak boleh ~ perlembagaan negara. 2 tidak mem­benarkan; mencela; menentang: Siapa­kah yg berani ~ arahannya? 3 berbuat salah (tidak baik) terhadap orang lain: Orang yg suka ~ orang lain akan menerima balasannya juga. menyalahkan 1 me­ngadakan salah; memandang salah: Kami berharap agar saudara tidak akan ~ mana-mana yg betul. 2 menuduh orang lain yg bersalah; menyatakan bersalah: Jika kerja kamu tidak berhasil, jangan ~ sesiapa. 3 menjadikan tidak kena; menangkis tikaman orang dll: Hang Tuah melompat ke kiri ke kanan ~ tikaman Hang Jebat. kesalahan 1 perbuatan yg salah; apa-apa yg salah: ~nya yg besar adalah menerima rasuah drpd tauke itu. 2 keadaan atau hal salah: ~ membuang sampah di merata-rata tempat. pesalah orang yg bersalah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
larat IIIberupaya; mampu: ~kah kamu memikul guni yg berisi beras itu? tak ~ tidak berupaya; tidak mampu. terlarat terdaya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
larat IIIberupaya; mampu:~kah kamu memikul guni yg berisi beras itu? tak ~ tidak berupaya; tidak mampu. terlarat terdaya.Kamus Pelajar
cerongkah-cerongkehtidak teratur, cong­kah-cangkih.Kamus Dewan Edisi Keempat
cerongkah; ~-cerongkeh tidak teratur, cong­kah-cangkih.Kamus Dewan Edisi Keempat
menelusurimengikuti jejak perjalanan, lang-kah, tindakan dsb: tidak ramai pula yg sanggup ~ kejayaan rakan mereka yg telah dan sedang menempa kejayaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
perlu1. keharusan (yg tidak dapat dielakkan), kemestian: sembahyang dan puasa antara perkara yg menjadi ~ bagi orang Islam; 2. menjadi kemestian (utk mendapat sesuatu dll), harus, terpaksa: tiap-tiap borang permohonan ~ ditandatangani oleh pemohon; penanam getah ~ menunggu antara lima hingga tujuh tahun utk mendapat hasilnya; tidak ~ tidak mesti, tidak payah, tak usah; 3. harus ada (diperoleh), berguna, mustahak, penting: kerjasama petani-petani adalah ~ utk menjayakan rancangan tersebut; sebelum dibeli sesuatu barang baiklah kita fikirkan sudah ~kah barang itu kpd kita; 4. = ~ akan (dgn) sangat menghendaki (akan), berhajat (akan): utk melaksanakan rancangan ini kita ~ bantuan wang dan sokongan; 5. sesuatu yg dikehendaki (dipentingkan), hajat, kepen­tingan: ada ~ apa saya dikehendaki datang ke pejabatnya?; apa ~nya apa gunanya (sebabnya); 6. = ~ utk untuk, bagi, buat, guna: ia pergi ke sana ~ mengambil pakaiannya; seperlunya sekadar (setakat) yg perlu sahaja, jika perlu sahaja: ia sedia memberi bantuan ~; memerlukan 1. menjadikan perlu, memesti­kan, mewajibkan: ibu bapa digesa supaya ~ pelajaran bagi anak-anak mereka; 2. meng­hendaki (menghajatkan) sangat-sangat, mahu benar-benar: negara kita ~ banyak lagi doktor dan jurutera; 3. membuat sesuatu kerana memikir lebih perlu drpd perkara (kerja) lain; perlu-memerlukan saling memerlukan: mereka hidup dlm masyarakat yg ~ antara seorang dgn yg lain; keperluan 1. perihal perlu: ~ akan air paip sangat terasa di setengah-setengah kampung; 2. sesuatu yg diperlukan, keharusan, kemestian: undang-undang yg sempurna dan adil adalah suatu ~ utk mencapai pemerintahan yg baik; 3. sesuatu yg diperlukan (dikehendaki), sesuatu yg berguna, kepentingan: wang drpd gajinya sahaja tidak cukup untuk membeli ~ hidup utk keluarganya; ~ bersama kepentingan bersama; utk (bagi, buat, guna) ~ perlu atau digunakan utk; 4. hajat, kehendak, maksud, tujuan: ia tidak ada ~ apa-apa, hanya utk berkenal-kenal dgn mereka sahaja.Kamus Dewan Edisi Keempat
telusurmenelusur 1. bergerak atau berjalan sepanjang tepi jalan, sungai, dll; 2. menjejaki;menelusuri mengikuti jejak perjalanan, lang-kah, tindakan dsb: tidak ramai pula yg sanggup ~ kejayaan rakan mereka yg telah dan sedang menempa kejayaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas