Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Peribahasa

Bagai nakhoda kasap: hujung hilang,
     pangkal lesap.

Bermaksud :

Mengeluarkan belanja dengan tidak tentu dalam sesuatu pekerjaan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kasap Ikesat, tidak licin (spt daun empelas dll); kekasapan perihal (keadaan, rasa dsb) kasap.Kamus Dewan Edisi Keempat
kerututidak halus dan licin (spt kulit katak dll), kasap; mengerutu menjadi kasap atau kesat (kulit dll); ®gerutu I.Kamus Dewan Edisi Keempat
kasaptidak licin (bkn sesuatu yg diraba); kesat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kasaptidak licin (bkn sesuatu yg diraba); kesat.Kamus Pelajar
kasar1. tidak kecil atau tidak halus, agak besar: benang ~; bulu ~; pasir ~; garam ~; 2. tidak licin, kasap, kesat: kertas pasir ini kurang ~; muka Satejo sangat ~ nampaknya; 3. tidak kemas (halus) buatannya dsb: perabot yg tahan lama tetapi ~ buatannya; jahitannya ~; 4. tidak tertib (sopan santun, beradab), tidak lemah lembut: segala percakapan dan kelakuannya terlalu ~; menjawab dgn suara yg ~ menjawab dgn suara yg menengking; bermain ~ berlaku kasar (tidak menurut ke­tertiban dan peraturan); 5. tidak terperinci, belum mengambil kira atau memperhitungkan butir-butir tertentu, secara umum atau pd garis besarnya sahaja: perbelanjaan itu dikira secara ~ saja; jualan ~; untung ~; 6. yg ber­wujud, jasmani: badan (tubuh) ~ badan (tubuh) yg jasmani (bukan batin); 7. keras dan rendah (suara dll), besar: suara ~; 8. berat (bkn kerja dll); buruh ~ buruh yg membuat kerja berat; kerja ~ kerja berat (kerja yg di­lakukan dgn kekuatan tubuh badan seseorang); ~ tangan a) kasar barang kerjanya; b) suka memukul; berkasar berbuat (bercakap dll) dgn kasar: tidak pernah Tasimah ~ dgn suaminya; mengasari berbuat sesuatu dgn kasar pd, mengerasi: dia cuba membantah, akibatnya dia telah dikasari oleh penjual itu; mengasarkan menjadikan kasar; memperkasar menjadikan lebih kasar; kekasaran perihal kasar: rasai olehmu Kahar, balasan ~ tingkahmu.Kamus Dewan Edisi Keempat
lesaptidak ada lagi; hilang; lenyap: Berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal ~. melesapkan menjadikan tidak ada lagi; menghilangkan; melenyapkan: Dia dituduh ~ wang syarikat. pelesapan perbuatan atau hal melesapkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bergeraputidak licin (kulit katak dll), kasap, kesat; kerapu II.Kamus Dewan Edisi Keempat
gerapu I; bergerapu tidak licin (kulit katak dll), kasap, kesat; kerapu II.Kamus Dewan Edisi Keempat
kelarah IIKl tidak licin (spt papan yg belum berketam), kasap, berkerutu.Kamus Dewan Edisi Keempat
halus1. tidak besar (kasar), kecil-kecil: tepung yg ~; daging itu dicencang ~; gula ~; garam ~; 2. sangat kecil ukuran kelilingnya (bkn jarum, benang, dll), lwn kasar: dawai yg ~; 3. tidak kesat (kasap), lembut, licin: kulit mukanya ~; papan itu diketam sehingga ~; 4. berbudi bahasa yg baik, beradab, bersopan-santun: budi pekerti yg ~; dgn lemah-lembut lagi ~ ia mengeluarkan kata-katanya; 5. kelihatan elok dan rapi (hasil drpd kerja yg teliti), sempurna (hasilnya): raga itu ~ buatannya; 6. dgn teliti, dgn cermat atau hati-hati, secara terperinci: dia tahu apa yg perlu dilakukannya secara ~ tanpa me­nyinggung sesiapa; 7. tidak langsung atau terang-terangan tetapi dalam atau tajam maksudnya (bkn percakap­an, sindiran, dll); sindiran yg ~ sindiran yg tidak terang-terang (tersembunyi atau secara berkias); perintah ~ perintah dlm bentuk nasihat (tidak terang-terang); 8. tidak garau tetapi tinggi (bkn suara dll): suaranya ~; 9. tidak dapat dilihat (diraba) spt roh; orang ~ orang bunian; suara ~ a) suara yg tinggi; b) ilham; halus-halus dgn meneliti segala butir yg berkaitan, dgn teliti, secara terperinci: undang-undang yg telah didebat serta difikir ~ oleh ahli-ahli parlimen yg dipilih oleh rakyat; berhalus (bercakap dsb dgn) bersopan-san­tun, berlembut: kalau bercakap biarlah ~ sedikit; menghalusi 1. memperlakukan dll dgn halus (tidak dgn keras dll): budak nakal itu tidak boleh dihalusi sepanjang masa; 2. menipu dgn cara yg sangat licin; ~ musuh menipu musuh; 3. mengkaji (menyiasat, menyelidiki, memeriksa) dalam-dalam atau secara terpe­-r­inci: perkara itu tidak perlu dihalusi lagi; sesudah kita rakamkan rumus-rumus yg di atas, kita perlu ~ beberapa perkara lagi; menghaluskan menjadikan halus; memperhalus 1. menjadikan lebih halus: ia ~ alis matanya; 2. menjadikan lebih sempurna: cara penyampaiannya perlulah diperhalus, disisip dan dijalin melalui bahasa atau dialog yg menarik; kehalusan keadaan yg halus (perbuatan, sifat dll): ~ bahasa; penghalusan perihal (perbuatan dsb) meng­halusi, menghaluskan, atau memperhalus.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas