jarang I | 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): gigi ~; kain yg ~; 2. tidak lebat, tidak padat: rambut yg ~; 3. = jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; ~ berlaku tidak sering berlaku; ~ dapat tidak selalu dapat; dia ~ datang dia tidak sering datang; ~ dipakai tidak lazim dipakai; menjarangkan 1. = memperjarang membuat supaya jarang (renggang dll); 2. menjadikan (mengusahakan supaya) tidak kerap atau tidak rapat masanya berlaku sesuatu: ~ kelahiran anak; penjarangan 1. perihal (perbuatan dsb) menjadikan renggang atau bersela-sela; 2. perihal (perbuatan dsb) menjadikan tidak kerap (tidak selalu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kendur | 1. tidak tegang (bkn tali, rantai, dsb yg direntang), tidak regang (bkn kulit pd gendang, tambur dsb), lentur: dawai ampaian itu terlalu ~; bunyi gendang kurang baik kalau kulitnya ~; 2. tidak tegang (bkn kulit atau daging pd muka dsb), lentur, (agak) berkedut: mukanya sudah mulai ~ dan menampakkan kesan drpd usianya; 3. tidak kedap, tidak terik (tegang): jahitan jangan terlampau tegang atau ~; 4. tidak teguh atau erat (ikatan dll), tidak terik, longgar: ikat hamba ~-~; 5. (menjadi) tidak genting (tegang atau mencemaskan, bkn sesuatu keadaan, krisis, dsb): keadaan darurat sekarang sudah ~; ketegangan antara kedua-dua buah negara itu ~ sedikit selepas perundingan; 6. tidak ketat atau keras (bkn peraturan, pemerintahan, pengawasan, dsb), longgar; 7. tidak keras atau kencang lagi (bkn tiupan angin, serangan, dll), menjadi reda, kurang hebat; 8. tidak keras (kuat atau lantang): suaranya ~; 9. lembap, meleset: perniagaan kini ~ dan harga barang jatuh sedikit; berkendur-kendur tidak keras (erat, tegang); mengendur menjadi kendur (tidak tegang, keras, kencang, cemas, dll): debaran hatinya mulai ~ dan akhirnya keberaniannya kembali pulih; dawai kabel yg terentang itu ~ sedikit; keadaan tegang yg boleh mencetuskan peperangan itu terasa telah ~; mengendurkan menjadikan atau menyebabkan kendur (tidak tegang, keras, cemas, dll): tujuan senaman ini ialah utk ~ urat-urat yg telah menjadi tegang; ~ hutang mengurangkan hutang; ~ ikat pinggang melonggarkan ikat pinggang; ~ keadaan yg tegang menjadikan keadaan tidak genting atau mencemaskan; ~ tekanan kikir melemahkan tekanan kikir; ~ radio memutarkan pesawat radio supaya tidak nyaring bunyinya; ~ syarat-syarat yg dikenakan melonggarkan syarat-syarat; terkendur menjadi atau berada dlm keadaan kendur (tidak tegang dll): dawai itu dipasang ~ sedikit; kekenduran perihal kendur; pengenduran perihal (perbuatan) mengendur atau mengendurkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kedap udara | tidak dpt dimasuki udara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kedap air | tidak dpt dimasuki air; | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
waterpruf | bp tidak masuk air, kalis air, kedap air: jam tangannya ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serau I | tidak rapat (barang tenunan), kurang kedap, jarang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kedap | 1 sangat rapat (bkn anyaman, tenunan dll). 2 tertutup rapat sehingga tidak dpt dimasuki air, gas dll. ~ air tidak dpt dimasuki air; ~ udara tidak dpt dimasuki udara. pengedap alat yg digunakan supaya air (gas dsb) tidak dpt masuk atau tembus. ~ bunyi alat yg digunakan utk melindungi telinga drpd bunyi yg kuat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tahan air | tidak dapat dimasuki atau dirosaki air, kalis air, kedap air; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kedap I | 1. sangat rapat (bkn anyaman, tenunan, dll); 2. tertutup rapat (hingga tidak dapat dimasuki air, gas, dll): ~ air; ~ cahaya; ~ gas (udara). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kedap | 1. sangat rapat (bkn anyaman, tenunan dll). 2. tertutup rapat sehingga tidak dpt dimasuki air, gas dll. ~ air tidak dpt dimasuki air; ~ udara tidak dpt dimasuki udara. | Kamus Pelajar |