melicinkan | 1. menjadikan licin (tidak kesat, berlendir dan mudah tergelincir): gunakan minyak kelapa hijau yg dimasak harum utk ~ rambut; 2. menjadikan sesuatu (permukaan) licin (dgn mengetamnya dsb): dia menggosok kemejanya utk ~nya; 3. menjadikan (menyebabkan sesuatu rancangan dsb) berjalan dgn lancar, melancarkan: mereka mengambil semua langkah bagi ~ perjalanan upacara itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelicinan | 1. perihal atau keadaan licin (tidak kesat, berlendir dan mudah tergelincir): ~ jalan raya itu telah menyebabkan banyak kemalangan berlaku; 2. perihal atau keadaan licin (sama rata, tidak menggerutu, dsb): ~ pipi yg empuk akan hilang apabila tua; 3. perihal (keadaan dsb) berjalan dgn licin (lancar), kelancaran: ~ pentadbiran kerajaan akan terganggu sekiranya sentimen politik dicampuradukkan dgn tugas sehari-hari; 4. kepintaran (menipu atau memperdaya orang lain), perihal licin (dlm perlakuan atau tindak-tanduknya): kecurangan Tuai Kancu yg menipu anak-anak buahnya melalui kekuasaan dan ~nya mendapatkan wang drpd jalan yg mudah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
licin I | 1. tidak kesat (rambut yg disapu minyak dsb), berlendir (menyebabkan mudah tergelincir): rambutnya disisir ~; 2. tidak menggerutu (cermin, kaca, dll), sama rata (sesuatu permukaan dll), halus; 3. tidak ditumbuhi apaapa (kepala yg botak, betis yg tidak berbulu, dll); 4. ki habis sama sekali (harta dll), habis langsung; 5. pandai menipu atau memperdaya (orang lain), pandai memutarbelitkan perkataan orang, licik: apa yg kita mahu ialah satu tipu muslihat yg ~ spt yg dilakukan oleh Tengku Anum di negeri Siam; 6. pandai melarikan diri (pencuri, penyeluk saku, dll), tidak mudah tertangkap: pencuri yg ~; 7. tidak tergendala (perjalanan, sesuatu kerja, dll), berjalan lancar: perniagaannya berjalan dgn ~; ~ (ber)dalik Kl tidak ada lagi yg tinggal (harta), habis langsung; ~ kening = ~ dahi manis muka (perempuan); ~ lecat terlalu licin; ~ licau licin sekali, safan-safa; ~ moner Kl tidak ada yg tertinggal lagi (harta, wang, dll); ~ tandas habis, tidak berbaki lagi (wang dll); ~ bagai basuh perahu prb menderita kerugian; melicinkan 1. menjadikan licin (tidak kesat, berlendir dan mudah tergelincir): gunakan minyak kelapa hijau yg dimasak harum utk ~ rambut; 2. menjadikan sesuatu (permukaan) licin (dgn mengetamnya dsb): dia menggosok kemejanya utk ~nya; 3. menjadikan (menyebabkan sesuatu rancangan dsb) berjalan dgn lancar, melancarkan: mereka mengambil semua langkah bagi ~ perjalanan upacara itu; memperlicin menjadikan lebih licin: ~ perjalanan pemerintahan; kelicinan 1. perihal atau keadaan licin (tidak kesat, berlendir dan mudah tergelincir): ~ jalan raya itu telah menyebabkan banyak kemalangan berlaku; 2. perihal atau keadaan licin (sama rata, tidak menggerutu, dsb): ~ pipi yg empuk akan hilang apabila tua; 3. perihal (keadaan dsb) berjalan dgn licin (lancar), kelancaran: ~ pentadbiran kerajaan akan terganggu sekiranya sentimen politik dicampuradukkan dgn tugas sehari-hari; 4. kepintaran (menipu atau memperdaya orang lain), perihal licin (dlm perlakuan atau tindak-tanduknya): kecurangan Tuai Kancu yg menipu anak-anak buahnya melalui kekuasaan dan ~nya mendapatkan wang drpd jalan yg mudah; pelicinan perihal (proses) melicinkan sesuatu; pelicin benda (minyak, sabun, dll) yg digunakan utk melicinkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
halus | 1 tidak kesat; lembut; licin (apabila dipegang): Kulitnya hitam tetapi ~. Papan itu diketam sehingga ~. 2 tidak kasar, kecil-kecil; lumat (bkn pasir dll): benang yg ~; pasir yg ~. 3 dibuat dgn teliti (cermat, hati-hati): Barang-barang rotan itu begitu cantik dan ~ buatannya. 4 tidak garau; tinggi (suara): Suaranya ~. 5 berbudi pekerti yg baik; bersopan; beradab: Dia mengeluarkan kata-katanya dgn lemah lembut lagi ~. 6 tidak dpt dilihat atau dirasa: orang ~ orang bunian. berhalus melakukan sesuatu dgn sopan santun, tertib dll; berbudi bahasa: Mereka sentiasa ~ apabila berbicara. menghalusi menyelidik atau memeriksa dgn teliti: Sebelum membuat sebarang kesimpulan, kita perlu ~ perkara itu dahulu. menghaluskan menjadikan halus: Dia ~ mata penselnya. memperhalus menjadikan lebih halus: Dia ~ mata pensel yg telah diraut oleh adiknya. kehalusan keadaan atau sifat halus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
halus | 1. tidak kesat; lembut; licin (apabila dipegang):Kulitnya hitam tetapi ~. Papan itu diketam sehingga ~. 2. tidak kasar, kecil-kecil; lumat (bkn pasir dll): benang yg ~; pasir yg ~. 3. dibuat dgn teliti (cermat, hati-hati): Barang-barang rotan itu begitu cantik dan ~ buatannya. 4. tidak garau; tinggi (suara): Suaranya ~. 5. berbudi pekerti yg baik; bersopan; beradab: Dia mengeluarkan kata-katanya dgn lemah lembut lagi ~. 6. tidak dpt dilihat atau dirasa:orang ~ orang bunian. berhalus melakukan sesuatu dgn sopan santun, tertib dll; berbudi bahasa:Mereka sentiasa ~ apabila berbicara. menghalusi menyelidik atau memeriksa dgn teliti: Sebelum membuat sebarang kesimpulan, kita perlu ~ perkara itu dahulu. menghaluskan menjadikan halus: Dia ~ mata penselnya. memperhalus menjadikan lebih halus: Dia ~ mata pensel yg telah diraut oleh adiknya. kehalusan keadaan atau sifat halus. | Kamus Pelajar |
halus | 1. tidak besar (kasar), kecil-kecil: tepung yg ~; daging itu dicencang ~; gula ~; garam ~; 2. sangat kecil ukuran kelilingnya (bkn jarum, benang, dll), lwn kasar: dawai yg ~; 3. tidak kesat (kasap), lembut, licin: kulit mukanya ~; papan itu diketam sehingga ~; 4. berbudi bahasa yg baik, beradab, bersopan-santun: budi pekerti yg ~; dgn lemah-lembut lagi ~ ia mengeluarkan kata-katanya; 5. kelihatan elok dan rapi (hasil drpd kerja yg teliti), sempurna (hasilnya): raga itu ~ buatannya; 6. dgn teliti, dgn cermat atau hati-hati, secara terperinci: dia tahu apa yg perlu dilakukannya secara ~ tanpa menyinggung sesiapa; 7. tidak langsung atau terang-terangan tetapi dalam atau tajam maksudnya (bkn percakapan, sindiran, dll); sindiran yg ~ sindiran yg tidak terang-terang (tersembunyi atau secara berkias); perintah ~ perintah dlm bentuk nasihat (tidak terang-terang); 8. tidak garau tetapi tinggi (bkn suara dll): suaranya ~; 9. tidak dapat dilihat (diraba) spt roh; orang ~ orang bunian; suara ~ a) suara yg tinggi; b) ilham; halus-halus dgn meneliti segala butir yg berkaitan, dgn teliti, secara terperinci: undang-undang yg telah didebat serta difikir ~ oleh ahli-ahli parlimen yg dipilih oleh rakyat; berhalus (bercakap dsb dgn) bersopan-santun, berlembut: kalau bercakap biarlah ~ sedikit; menghalusi 1. memperlakukan dll dgn halus (tidak dgn keras dll): budak nakal itu tidak boleh dihalusi sepanjang masa; 2. menipu dgn cara yg sangat licin; ~ musuh menipu musuh; 3. mengkaji (menyiasat, menyelidiki, memeriksa) dalam-dalam atau secara terpe-rinci: perkara itu tidak perlu dihalusi lagi; sesudah kita rakamkan rumus-rumus yg di atas, kita perlu ~ beberapa perkara lagi; menghaluskan menjadikan halus; memperhalus 1. menjadikan lebih halus: ia ~ alis matanya; 2. menjadikan lebih sempurna: cara penyampaiannya perlulah diperhalus, disisip dan dijalin melalui bahasa atau dialog yg menarik; kehalusan keadaan yg halus (perbuatan, sifat dll): ~ bahasa; penghalusan perihal (perbuatan dsb) menghalusi, menghaluskan, atau memperhalus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kasap I | kesat, tidak licin (spt daun empelas dll); kekasapan perihal (keadaan, rasa dsb) kasap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pimping | sj tumbuhan (rumput spt gelagah yg batangnya tidak berongga dan digunakan utk batang kalam, joran, dll), Themeda gigantea; bagai ~ di lereng prb orang yg berpendirian tidak tetap; lampai bagai ~ di lereng, lemah bagai lenggundi muda prb puji-pujian terhadap perempuan yg cantik potongan badannya; kesat daun ~ prb lemah tetapi membahayakan; kesat-kesat daun ~, kalau kesat daun labu boleh dicelur prb orang miskin dan tidak berilmu yg tidak berguna tetapi jika berperangai baik ada juga faedahnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kaca masir | sj kaca yg tidak licin (kesat seakanakan berpasir); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
masir | berbutir-butir (spt pasir); kaca ~ sj kaca yg tidak licin (kesat seakanakan berpasir); salak ~ buah salak yg selaput bijinya berbutir-butir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |