sampingan | sesuatu yg dilakukan (dihasilkan dsb) secara tidak langsung: hasil ~ hasil yg diperoleh di samping hasil yg utama. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sampingan | sesuatu yg dilakukan (dihasilkan dsb) secara tidak langsung: hasil ~ hasil yg diperoleh di samping hasil yg utama. | Kamus Pelajar |
insinuasi | tuduhan yg tersembunyi (tidak langsung), ucapan yg tidak secara langsung ditujukan kpd seseorang utk menghina: adalah membahayakan suara-suara yg mencuba memecahkan persatuan itu dgn tuduhan fitnah dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
implisit | (dinyatakan secara) tidak langsung atau tidak terang-terangan, tersirat: hampir separuh sandiwara mengutarakan persoalan nasionalisme, baik secara ~ mahupun eksplisit; mengimplisitkan menjadikan implisit: itulah harapannya yg diimplisitkan dlm karyanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengilat-ngilatkan | membayangkan (tujuan dll), menyatakan sesuatu secara tidak langsung, menyindirkan: maka oleh bendahara sbg dikilat-kilatkan pd raja, akan laksamana juga disebutnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengenen | 1. membuat pukulan (hantaran, balingan, dll) secara tidak langsung dengan melencongkan bola dsb ke tempat lain sebelum ke sasaran; 2. membuat atau mengatakan sesuatu dgn tujuan mengenakan atau menyindir orang lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alusi | perbuatan membayangkan atau merujuk kpd sesuatu secara tidak langsung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemilihan bertingkat (berjenjang) | ark Id pemilihan wakil parlimen yg tidak langsung oleh rakyat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengayaan | perihal (usaha, proses, dsb) mengayakan: pelajaran kesusasteraan secara tidak langsung mencepatkan proses ~ dan penguasaan bahasa; ~ atau peluasan perbendaharaan kata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kenen | (kénén) bp; mengenen 1. membuat pukulan (hantaran, balingan, dll) secara tidak langsung dengan melencongkan bola dsb ke tempat lain sebelum ke sasaran; 2. membuat atau mengatakan sesuatu dgn tujuan mengenakan atau menyindir orang lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |