sempit | 1 tidak lapang; tidak luas (bkn sesuatu kawasan): Kami terpaksa bersesak-sesak melalui jalan yg ~. | Kamus Pelajar |
sempit | 1 tidak lapang; tidak luas (bkn sesuatu kawasan): Kami terpaksa bersesak-sesak melalui jalan yg ~. 2 ki serba sedikit atau serba kurang (bkn wang, pengetahuan dll); picik (bkn fikiran dll); penuh sesak (bkn sesuatu tempat dsb): Kerana hidupnya ~, dia terpaksa bekerja lebih keras drpd biasa. bersempit-sempit duduk berasak-asak kerana sempit; bersesak-sesak: Bilik belakang masih lapang, jangan ~ di sini. menyempit 1 menjadi sempit; lw meluas. 2 berada di sesuatu tempat dan membuat jadi sempit: Janganlah ~ di tempat orang hendak bekerja. menyempitkan menjadikan sempit: Janganlah ~ fikiran dgn mengikut ajaran-ajaran salah itu. kesempitan 1 keadaan atau hal sempit. 2 mengalami keadaan sempit; kekurangan (wang dsb). penyempitan perbuatan atau hal menyempitkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sesak | 1 tidak lapang kawasannya; sempit: Bilik ini ~ benar. 2 terlalu penuh sehingga tidak lapang lagi; sendat benar; tersumbat atau tersekat (bkn perjalanan nafas dll): Bermacam-macam kenderaan ~ di jalan. 3 berasa susah; tidak senang: Hidupnya sudah ~ sekarang. bersesak, bersesak-sesak berhimpit-himpit kerana terlalu penuh; bersempit-sempit: Para penonton ~ di hadapan pentas. menyesak merempuh masuk di tengah-tengah orang banyak: Saya berjaya naik ke gerabak dgn ~ di celah-celah orang ramai. menyesakkan 1 menyebabkan jadi sesak; menyempitkan; menyendatkan. 2 menjadikan susah atau sukar; menyusahkan: Gelema dlm paru-paru ~ pernafasan. kesesakan 1 keadaan sesak; kesempitan: ~ di jalan raya. 2 berasa sangat sesak; menanggung susah: Kompeninya ~ dan hampir tewas berperang dgn Raja Haji. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sesak | 1 tidak lapang kawasannya; sempit: Bilik ini ~ benar. | Kamus Pelajar |
tersesak | 1. tidak lapang atau tidak lega lagi, terasak, terdesak; 2. dlm kesulitan atau kepayahan: telur biasanya menjadi lauk tambahan apabila kita ~ hendak menjamu rakan-rakan; ~ hidup hidup dlm kesukaran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sesak | 2 terlalu penuh sehingga tidak lapang lagi; sendat benar; tersumbat atau tersekat (bkn perjalanan nafas dll): Bermacam-macam kenderaan ~ di jalan. | Kamus Pelajar |
sesak | 1. tidak lapang (lega, longgar), sempit: bilik itu ~; 2. terlalu penuh (hingga tidak terluang lagi), tumpat (penumpang dlm kenderaan dll): syahadan maka pelabuhan Singapura pun ~lah dgn kapal; 3. tersumbat atau tersekat (perjalanan nafas dll), sendat, senak: nafasnya ~-~ macam dikejar anjing; 4. susah (kehidupan), sempit: ia sentiasa mengambil berat akan ~ sukar dan sakit pening sekalian anak buah; ~ dada (nafas) susah bernafas (kerana sakit, marah, dll), mengah-mengah; ~ kencing berasa hendak membuang air kecil; ~ padat = penuh ~ penuh benar (hingga tidak ada ruangan lagi); ~ berundur-undur, hendak lari malu, hendak menghambat tak lalu prb perihal orang yg tidak dapat melawan seseorang tetapi kerana malunya dilawannya juga; bersesak, bersesak-sesak berasak-asak, berhimpit-himpit, bersempit-sempit: para penonton ramai ~-sesak; ~ bagai ular tidur prb perihal orang yg dlm kesempitan (kerana ditagih hutang dll); menyesak = menyesak-nyesak mengasak, merempuh (di tengah-tengah orang banyak): mata-mata mencuba menyuraikan orang yg ~ di depan rumah; orang itu menyeru kpd seorang pemuda yg sedang ~-nyesak dlm orang banyak; menyesakkan 1. menjadikan sesak (sempit), menyempitkan: tiada ia ~ tempat kita; 2. meminta dgn sangat (supaya mengerjakan sesuatu dll), mendesak: orang kampung ~ dia agar kahwin seorang lagi; 3. menyendatkan (perjalanan nafas dll): hawa terkurung dan lembap di dlm bilik yg kecil itu ~ hidung mereka; 4. menjadikan susah atau sukar (penghidupan), menyukarkan, menyulitkan: jangkanya belum ~, ada lagi harta benda yg boleh dijual atau digadai; tersesak 1. tidak lapang atau tidak lega lagi, terasak, terdesak; 2. dlm kesulitan atau kepayahan: telur biasanya menjadi lauk tambahan apabila kita ~ hendak menjamu rakan-rakan; ~ hidup hidup dlm kesukaran; tersesak-sesak tersekat-sekat (perjalanan nafas dll), teresak-esak (kerana menangis), tersedu-sedu: dia menangis ~ spt budak-budak; ~ padang ke tebing (ke rimba) = ~ undang kpd yg runcing, tak dapat bertenggang lagi prb habis akal bicara hingga tidak ada daya upaya lagi; kesesakan 1. perihal sesak, kesempitan, kesukaran; 2. sangat sesak (sukar, sulit, dll): apabila Datuk Bendahara mendengar perkataan kapitan kapal itu, ~lah ia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lapang | 1 tidak sempit; luas; lega: Anak-anaknya pergi bermain layang-layang di tempat yg ~. 2 tidak sibuk; terluang (bkn waktu): Pd masa ~, dia mengajarkan bahasa Arab kpd para pegawai. ~ dada (hati) a. berasa lega dan tenang. b. sabar. ~ fikiran tidak ada yg merunsingkan; tenang. melapangi mengadakan ruang yg lapang (ttg orang yg sedang bersesak-sesak): Pengantin sudah tiba, tolong lapangi sedikit. melapangkan 1 menyebabkan jadi lapang; melegakan; meluaskan: Dia ~ jalan itu supaya orang ramai dpt lalu. Mereka pergi ke tepi pantai utk ~ fikiran. 2 menyebabkan ada yg lapang (bkn waktu); meluangkan: Ayahnya tidak dpt ~ masanya kerana banyak kerja. memperlapang menjadikan lebih lapang (bkn ruang dsb). lapangan 1 kawasan atau tempat yg lapang: ~ terbang. 2 jurusan atau bidang (sesuatu pelajaran, pekerjaan dll): Ia menceburkan dirinya dlm ~ perniagaan. kelapangan 1 keadaan lapang (bkn tanah, padang dll); keluasan. 2 waktu yg lapang: Jika ada ~, saya akan hadir di majlis itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lapang I | 1. tidak sempit, lega, luas (kawasan dll): jangan bermain di sini, pergi ke tempat ~; 2. terluang (waktu dll), tidak sibuk, senggang: apabila ada masa ~, kita akan berbincang lagi; 3. kawasan (yg luas), tapak (tempat) mendirikan atau mengadakan sesuatu: tanah itu dicadangkan utk ~ sekolah; ~ dada = ~ hati a) berasa senang dan lega; b) sabar; ~ fikiran tidak diganggui, tenang; ~ kira-kira senang hati, lega; ~ pengetahuan luas pengetahuan; ~ perut selalu hendak makan; berlapang, berlapang-lapang tidak terhalang, bebas, leluasa: ~ hati sabar; duduk seorang bersempit-sempit duduk bersama berlapang-lapang prb perundingan menghasilkan fikiran yg lebih bernas drpd fikiran kita seorang; melapangi 1. memberi tempat dll yg lapang, melonggari: penonton mesti ~ sedikit agar orang yg pengsan itu dapat bernafas; 2. ki memberi pertolongan (bantuan); melapangkan 1. menjadikan lapang, melebarkan, meluaskan: orang ramai ~ jalan kerana putera mahkota hendak lalu; ~ dada = ~ hati menenangkan hati dan fikiran: Allah ~ dada sesiapa yg dikehendaki utk menerima Islam; 2. meluangkan (masa dll), menyenggangkan: saya tidak dapat ~ waktu kerana banyak urusan; memperlapang menjadikan lebih lapang; lapangan 1. kawasan atau tempat yg luas, gelanggang, medan, padang; ~ bola padang tempat bermain bola; ~ terbang tempat kapal terbang turun naik; 2. bidang (pengetahuan, kegiatan, pekerjaan, dll), jurusan, lingkungan: mata pelajaran ini meliputi ~ kejuruteraan yg amat luas; kelapangan 1. perihal lapang (tanah, padang, dll), keluasan, kesenangan: dia semata-mata minta ~ pd tempat yg sempit; 2. keluangan waktu, masa yg terluang (tidak sibuk): tiap kali ada masa ~, dia akan menemui Nahidah; minggu depan tuan ada ~? 3. kelegaan (fikiran, kedudukan, dll), kemudahan: masyarakat selama-lamanya mencari ~ dan kebebasan; pelapang; ~ dada orang yg sabar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlapang-lapang | tidak terhalang, bebas, leluasa: ~ hati sabar; duduk seorang bersempit-sempit duduk bersama berlapang-lapang prb perundingan menghasilkan fikiran yg lebih bernas drpd fikiran kita seorang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |