ketidaklogikan | perihal (keadaan, sifat, dsb) yg tidak logik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
logik | 1. sains yg berkaitan dgn prinsip yg membolehkan pemikiran dan penaakulan dibuat secara teratur dan bersistem, ilmu tentang cara berfikir (atau kaedah berfikir), ilmu mantik; 2. dapat diterima oleh akal, masuk di akal, munasabah: kanak-kanak itu dilatih berfikir secara teratur dan ~; pendapatnya itu ~; kelogikan perihal, keadaan logik (diterima akal); ketidaklogikan perihal (keadaan, sifat, dsb) yg tidak logik; pelogik yg menjadikan sesuatu logik (diterima akal). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jidar hingar(noise margin) | Had voltan hingar yang diperlukan untuk membolehkan litar logik tidak bekerja. | Kamus Komputer |
ingatan teras magnet(magnetic core memory) | Sistem ingatan komputer yang menggunakan teras logam kecil feromagnet yang disimpai dalam bingkai bagi melambangkan bit komputer. Setiap teras boleh dimagnetkan kepada logik 1 atau logik 0. Sistem ini mula digunakan oleh Jay Forrester pada 1950 dalam sistem komputer Whirlwind 1, dan tidak digunakan lagi dengan adanya ingatan jenis mikroelektronik. | Kamus Komputer |
tak kembali ke sifar(nonreturn-to-zero) | Kaedah mengekodkan isyarat perduaan untuk mendapatkan kadar penghantaran tertinggi. Dalam kaedah pengisyaratan ini aras isyarat tidak akan kembali ke sifar selepas isyarat tersebut beralih dari aras logik sifar ke aras logik satu. Dalam penggunaan pada rakaman pita magnet, arus yang melalui kepala penulis tidak akan kembali kepada sifar selepas denyut tulis selesai. Singkatan NRZ. | Kamus Komputer |
bertunjang | 1. ada akar tunjangnya (tumbuh-tumbuhan); 2. ki berpegang teguh (pd), berasas (pd), bersandar (pd): ajaran mereka itu tidak ~ pd agama, tidak bersandar pd logik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lemah I | 1. tidak bertenaga (berkuasa, kuat), lesu: dgn gerak yg ~ spt orang kehabisan tenaga, ia berjalan perlahan-lahan menuju jendela; 2. rendah (dr segi pencapaian): prestasi kerjanya ~; 3. tidak diyakini sbg benar atau logik: hadis yg ~; 4. tidak tegas: dia ~ dlm membuat keputusan; ~ gemalai = ~ gemulai gerak berliuk-liuk yg elok (tubuh badan); ~ hati mudah dipengaruhi orang, tidak tegas, tidak teguh hati; ~-laun lemah dan perlahan (gerak-geri dll); ~ lentur tidak mudah patah (tetapi boleh dilenturlentur), liat; ~ longlai a) = ~ gemalai; b) tidak bermaya, lemah; ~ lumpuh lemah sekali; ~ persendian tidak bertenaga; ~ semangat mudah terperanjat (mudah kena sakit dll); ~ syahwat (zakar) lemah tenaga batin, zakar tidak bertenaga; ~ diraih, pantai dititi prb sikap yg bijaksana dlm mengeluarkan sesuatu perintah; ~ liat kayu akar, dilentur boleh dipatah tak dapat prb pd lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenarnya tidak dapat dipengaruhi atau dipermain-mainkan; berlemah berbuat lemah, bersikap lemah, lwn berkeras; melemah menjadi lemah (bertambah lemah): suara itu kemudiannya memanjang dan berlanjut-lanjut dan makin ~ pula; melemahkan menjadikan lemah, menyebabkan menjadi lemah: penyakit selesema itu boleh ~ tenaga seseorang; nasib dua watak yg penting ini kurang memuaskan dan merupakan faktor besar yg ~ novel ini; memperlemah menjadikan lebih lemah; kelemahan perihal lemah: ia manusia biasa dan mempunyai berbagai-bagai ~ dan kekurangan; pelemahan perihal menjadi atau menjadikan lemah; pelemah sesuatu yg (dapat) melemahkan (semangat dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tunjang I | ; akar ~ akar yg tumbuh lurus ke bawah ke dlm tanah (utk menguatkan pendirian pokok); bertunjang 1. ada akar tunjangnya (tumbuh-tumbuhan); 2. ki berpegang teguh (pd), berasas (pd), bersandar (pd): ajaran mereka itu tidak ~ pd agama, tidak bersandar pd logik; ~ kayu ara, ~ pula mali-mali prb orang hina dan miskin hendak menyerupai orang mulia dan kaya; bertunjangkan ki berasaskan, berdasarkan, bersandarkan: Hassan Ali akan mewakili generasinya dlm bidang penulisan cerita-cerita pendek lucu dan menyindir yg ~ jiwa orang Melayu; kenyataan ini ~ fakta bahawa bahasa baku adalah ragam yg dihubungkan dgn suasana rasmi dan formal; menunjang 1. menyokong (menopang, menongkat, dll) supaya jangan rebah atau runtuh; 2. = menunjangi memberi sokongan dsb, menolong menjadikan (lebih) kukuh (berkesan, berpengaruh, dll), membantu: se-masa aku sekolah, mamakku turut ~ belanjaku itu dgn wang; dunia kesusasteraan masa kini masih dikuasai dan ditunjangi oleh golongan penulis veteran yg telah lama berkarya; tunjang-menunjang saling bantu-membantu: saling bertukar pengalaman, pandangan, dan pendapat serta ~ dlm setiap gerakan dan kegiatan sasterawan; tunjangan bantuan (berupa wang dll) yg diberikan, pertolongan, sokongan: kaum penganggur di sini mendapat ~; penunjang 1. orang yg memberi tunjangan (bantuan dll), penyokong; 2. orang yg menyokong sesuatu pihak (dlm perlawanan bola sepak dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
atur cara logik(logical program) | Atur cara yang mempunyai algoritma yang betul logiknya berbanding dengan atur cara yang tidak tentu algoritmanya dan belum tentu boleh dilaksanakan. | Kamus Komputer |
teorem | (téorem) (Mat) prinsip (dlm ilmu geometri) yg telah dibuktikan secara logik; ~ binomial rumus yg membolehkan sesuatu ungkapan binomial digandakan dgn tidak perlu didarab berkali-kali; ~ Pythagoras teorem yg menyatakan bahawa pd segi tiga yg bersudut tepat luas segi empat sama pd garisan sendengnya sama dgn jumlah luas segi empat sama pd sempadan-sempadan sudut tepat itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |