menyesal | berasa dukacita atau ralat kerana melakukan kejahatan dll; berasa insaf: Jika tidak lulus, jangan ~ nanti. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyesal | berasa dukacita atau ralat kerana melakukan kejahatan dll; berasa insaf: Jika tidak lulus, jangan ~ nanti. | Kamus Pelajar |
sesal | menyesal berasa dukacita atau ralat kerana melakukan kejahatan dll; berasa insaf: Jika tidak lulus, jangan ~ nanti. | Kamus Pelajar |
tewas | (téwas) 1. menderita kekalahan, kalah (dlm permainan, pertandingan, dll): ~ dlm pertandingan kejohanan badminton; 2. gugur (dlm peperangan), mati, terkorban: mereka telah ~ dlm peperangan itu; 3. tidak lulus (dlm ujian), gagal, kandas: dia telah ~ dlm ujian itu; 4. sl cela, cacat, aib, kekurangan (dlm ilmu dll): baiklah hamba pergi berguru kepadanya, kerana hamba sangat ~ pd ilmu penjurit; menewaskan 1. mengalahkan (musuh dll), menundukkan: dia yakin bahawa dia akan dapat ~ lawannya dlm pertandingan itu; 2. membunuh musuh (dlm peperangan, pertempuran), mematikan; ketewasan 1. kekalahan (dlm permainan dll); 2. kematian (dlm perang dll); 3. kecelaan, kecelakaan, kegagalan, bencana; 4. kalah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
malu | 1 berasa hina atau berasa aib kerana melakukan sesuatu yg tidak baik atau kerana kekurangan sesuatu: Saya ~ jika tidak lulus dlm peperiksaan nanti. 2 menaruh rasa hormat; berasa segan: Saya ~ pd mereka. 3 perasaan hina atau perasaan aib: Dia telah berbuat sesuatu utk menutup ~nya. bermalu menaruh perasaan malu. memalukan menyebabkan berasa malu; memberi malu: Kelakuannya sangat-sangat ~ kami. kemaluan 1 alat kelamin pd manusia (lelaki atau perempuan). 2 dlm keadaan malu; berasa malu. 3 rasa malu; rasa aib. 4 sesuatu yg memalukan; keaiban. kemaluan-maluan berasa sangat malu: Dia tunduk ~. pemalu orang yg sangat malu atau yg mudah berasa malu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terkandas | 1 tidak dpt bergerak atau tidak dpt belayar kerana terlanggar pd perut laut, batu karang dll: Kapal itu pun ~ pd beting pasir dan tidak dpt belayar lagi. 2 ki tidak dpt meneruskan sesuatu usaha dll; tersekat di pertengahan jalan (spt tidak lulus dlm peperiksaan dll); gagal: Banyak murid yg ~ dlm ujian itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kandas | , = terkandas 1 tidak dpt bergerak atau tidak dpt belayar kerana terlanggar pd perut laut, batu karang dll: Kapal itu pun ~ pd beting pasir dan tidak dpt belayar lagi. 2 ki tidak dpt meneruskan sesuatu usaha dll; tersekat di pertengahan jalan (spt tidak lulus dlm peperiksaan dll); gagal: Banyak murid yg ~ dlm ujian itu. mengandaskan menyebabkan kandas (gagal dsb). kekandasan hal kandas; kegagalan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lulus | 1. terus (masuk ke dlm lubang dll), lantas, tembus: sebuah bola logam yg hanya ~ melalui gelang logam pd masa ia sejuk dipanaskan; benang sekasar ini tidak dapat ~ ke dlm lubang jarum; tidak lulus pd akal (di akal) tidak dapat diterima akal, tidak masuk akal; 2. terperlus (ke dlm lubang dll), terperosok: kakinya ~ ke dlm lantai yg lapuk itu; 3. terlepas (cincin drpd jari dll), lucut: cincin itu tidak ~ drpd jarinya; 4. berjaya (menang) dlm peperiksaan, tidak gagal (dlm ikhtiarnya, usahanya), berhasil: dia ~ sekolah Melayu; 5. diperkenankan (permohonan, permintaan, dll), dipersetujui, terkabul: permohonannya ~; 6. ark hilang lenyap (sesuatu yg dimakan api), lelap (barang-barang yg digadai); ~ tidak berselam, hilang tidak bercari prb perihal seseorang yg menanggung kesusahan tetapi tidak ada yg menolongnya; sudah ~ maka hendak melantai prb, Mn sesudah mendapat kesusahan (kemalangan) baru ingat; selulus ark selalu, sentiasa; melulusi melucuti, menanggalkan (pakaian dll); meluluskan 1. membiarkan lalu, memasukkan: ~ benang ke lubang jarum; 2. melucutkan (gelang, cincin, dll); 3. memperkenankan (permintaan, permohonan, dll), mempersetujui, mengabulkan: beliau telah pun mengkaji usul itu terlebih dahulu sebelum diluluskan utk dibincangkan; kerajaan telah ~ undang-undang itu beberapa tahun dahulu; 4. menyebabkan (menjadikan) lulus (dlm peperiksaan dll); 5. melepaskan diri, membebaskan (diri), melarikan (diri): walaupun dikepung rapi, mereka dapat ~ diri; lulusan 1. orang yg telah lulus dlm peperiksaan, lepasan, keluaran: dia ~ sekolah Melayu; 2. kebenaran, izin; surat ~ surat kebenaran; selulusan 1. Mn selengkap: ~ pakaian; 2. Mn seibu: saudara ~; kelulusan 1. perihal lulus: mereka belajar hanya utk mendapat ~ dlm peperiksaan; ~ permohonan tanah di dlm bandar dibuat secara lelong; 2. tingkatan pengajian yg diperoleh, ijazah: begitulah pentingnya ~ dan kelayakan yg telah dikenakan oleh kerajaan; dia meneruskan pelajarannya hingga mendapat ~ doktor; 3. keguguran (yakni melahirkan bayi sebelum masanya); berkelulusan mempunyai kelulusan: ramai wanita di sana yg sudah ~ tinggi dan memegang jawatan-jawatan penting; pelulus orang atau pihak yg meluluskan sesuatu (bkn permohonan dsb): diluluskan oleh pegawai ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kandas | = terkandas 1. tidak dpt bergerak atau tidak dpt belayar kerana terlanggar pd perut laut, batu karang dll: Kapal itu pun ~ pd beting pasir dan tidak dpt belayar lagi. 2. ki tidak dpt meneruskan sesuatu usaha dll; tersekat di pertengahan jalan (spt tidak lulus dlm peperiksaan dll); gagal: Banyak murid yg ~ dlm ujian itu. mengandaskan menyebabkan kandas (gagal dsb). kekandasan hal kandas; kegagalan. | Kamus Pelajar |
sesal | perasaan tidak senang dsb kerana telah melakukan sesuatu yg salah dll; perasaan insaf setelah membuat kesalahan. menyesal berasa dukacita atau ralat kerana melakukan kejahatan dll; berasa insaf: Jika tidak lulus, jangan ~ nanti. menyesali menyesal akan; berasa tidak senang kpd; berasa sesal terhadap: Kebanyakan pegawai di jabatan itu ~ tindakan ketua mereka menaikkan pangkat seorang pegawai yg bukan saja tidak pernah menghasilkan apa-apa tetapi juga tidak berdisiplin. menyesalkan menyebabkan atau menimbulkan rasa sesal: Perbuatanmu itu sangat-sangat ~ hatiku. sesalan perasaan menyesal; sesuatu yg disesali: Timbullah ~ serta takut dan ngeri dlm hatinya. penyesalan hal (perbuatan dsb) menyesal atau menyesali: ~mu itu tidak bererti apa-apa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |