serong I | (sérong) 1. menyimpang dr arah yg lurus (garis dll), tidak tepat atau tidak lurus (letak, potongan sesuatu, dll): letak rumah-nya ~; batang itu mestilah dikerat melintang, tidak dipotong ~; jalan yg ~ a) jalan yg tidak lurus (ke barat, ke timur, dll); b) perbuatan yg salah (tidak sbg semestinya); kain ~ (bugis) sj cara memakai kain; memandang ~ a) memandang ke samping; b) menganggap tidak wajar; 2. ki tidak lurus hati, tidak jujur, curang: berlaku ~; menyerong tidak lurus arahnya (berjalan, memotong, dll), mencong: masukkan jarum ~ dr belakang; menyerongkan 1. menjadikan serong (letak, bentuk, dll), memencongkan: ~ jarum ke kiri; 2. ki menjadikan curang, memesongkan: kekayaan boleh ~ kebenaran; keserongan ki perihal serong (curang dll), kecurangan; penyerongan perihal menyerongkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serong | /sérong/ 1 tidak lurus atau tidak tepat letaknya; menyimpang dr garis atau dr arah yg lurus: Tulisannya ~ sedikit. 2 ki tidak jujur; tidak lurus hatinya; curang. menyerong menyimpang dr arah yg lurus; bergerak serong. menyerongkan 1 meletakkan atau menjadikan serong. 2 ki melakukan sesuatu dgn curang; memesongkan. keserongan 1 keadaan serong. 2 kecurangan; ketidakjujuran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bengkok | /béngkok/ 1 tidak lurus; berkelok: Tongkatnya ~ sedikit. 2 ki tidak lurus hati; suka berbuat khianat; tidak jujur: Orang yg ~ akalnya tidak boleh dipercayai. membengkok menjadi bengkok: Misainya diputar-putarkan hingga ~ spt tanduk kerbau. membengkokkan membuat sesuatu menjadi bengkok: Siapa yg ~ camca ini? pembengkokan perbuatan atau hal membengkokkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bengkok | /béngkok/ 1. tidak lurus; berkelok: Tongkatnya ~ sedikit. 2. ki tidak lurus hati; suka berbuat khianat; tidak jujur: Orang yg ~ akalnya tidak boleh dipercayai. membengkok menjadi bengkok: Misainya diputar-putarkan hingga ~ spt tanduk kerbau. membengkokkan membuat sesuatu menjadi bengkok: Siapa yg ~ camca ini? | Kamus Pelajar |
incut | tidak lurus betul; bengkok; tempang. terincut-incut berjalan tempang kerana sakit kaki dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hincut | tidak lurus; bengkok; tempang. terhincut-hincut berjalan tempang (spt orang yg kakinya pendek sebelah). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyerong | tidak lurus arahnya (berjalan, memotong, dll), mencong: masukkan jarum ~ dr belakang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memirau | tidak lurus perjalanannya, melencong (menyimpang) ke kiri atau ke kanan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpirau | tidak lurus perjalanannya, melencong (menyimpang) ke kiri atau ke kanan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
incut | tidak lurus betul; bengkok; tempang. terincut-incut berjalan tempang kerana sakit kaki dll. | Kamus Pelajar |