segan tak segan | tidak malu-malu, tidak takut-takut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tak segan - segan | tidak malu-malu, tidak takut-takut, tidak harga-menghargai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hemoi | (hémoi) Kd, Pl tidak malu-malu langsung, tebal muka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mandi berpukas-pukasan | mandi bertelanjang dgn tidak malu-malu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
takut-takut | sentiasa berasa takut, sangat takut, agak takut: dlm lakonan itu, kanak-kanak bercakap dgn tidak malu-malu dan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
segan I | 1. tidak suka berbuat sesuatu, tidak mahu, tidak sudi, enggan, malas: mereka ~ hendak turun naik tangga mahkamah itu; 2. = ~-silu berasa malu (silu, hormat, dll): ada sesetengah ibu yg berasa ~ kerana mengandung; tak ~ a) mahu, sudi, suka; b) tidak malu; c) tidak takut-takut; tak ~-~ tidak malu-malu, tidak takut-takut, tidak harga-menghargai; ~ tak ~ tidak malu-malu, tidak takut-takut; ~ bergalah, hanyut serantau = ~ berkayuh perahu hanyut = ~ bertanya sesat jalan prb kalau tidak mahu berusaha tidak mungkin mendapat kejayaan; segan-segan malu-malu: janganlah ~, jem-putlah masuk; segan-menyegan saling berasa segan: rasa ~ antara jiran sebelah-menyebelah rumah masih menebal di kalangan masyarakat kita; menyegani berasa segan (hormat, malu, takut) kpd, memalui, menghormati serta menakuti: ia sangat disegani oleh teman-temannya; pahlawan perang dan anggota dewan per-wakilan rakyat yg disegani; segan-menyegani saling menghormati, malu-memalui, harga-menghargai (antara satu dgn lain); menyegankan berasa segan (hormat, malu, takut) akan: kalau begitu apalagi yg kakak segankan; keseganan 1. yg disegani (ditakutkan, di-malukan): tetapi ada anaknya yg mulia dan gagah ~ orang banyak; 2. perihal segan (malu, takut, malas, dll), keengganan, ke-malasan; penyegan orang yg segan (malas, malu, dll), pemalas, pemalu: dahulunya saya perawan yg pendiam lagi ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpukas-pukasan | sindir-menyindir dgn kata-kata yg tidak senonoh, berlaku tidak senonoh; mandi ~ mandi bertelanjang dgn tidak malu-malu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jinak | 1 tidak liar atau tidak buas (bkn binatang): Binatang yg ~ mudah ditangkap. 2 tidak malu-malu atau tidak takut-takut lagi; ramah: perempuan yg ~. ~-~ lalat tidak begitu rapat atau mesra (bkn pergaulan dsb). ~-~ merpati ramah dan mudah mesra tetapi sukar dipikat (bkn perempuan). berjinak-jinak mencuba-cuba merapatkan diri dgn seseorang dsb; beramah-tamah dgn mesra. menjinaki beramah-tamah dgn (seseorang): Dia pandai ~ orang. menjinakkan melatih sesuatu supaya tidak liar: Manusia sudah lama pandai ~ binatang-binatang spt kerbau, lembu. kejinakan sifat atau keadaan jinak: Kanak-kanak itu hairan melihat ~ haiwan tsb. penjinak orang yg menjinakkan binatang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jinak | 1. tidak liar atau tidak buas (bkn binatang): Binatang yg ~ mudah ditangkap. 2. tidak malu-malu atau tidak takut-takut lagi; ramah:perempuan yg ~. ~-~ lalat tidak begitu rapat atau mesra (bkn pergaulan dsb), ~-~ merpati ramah dan mudah mesra tetapi sukar dipikat (bkn perempuan). berjinak-jinak mencuba-cuba merapatkan diri dgn seseorang dsb; beramah-tamah dgn mesra. menjinaki beramah-tamah dgn (seseorang):Dia pandai ~ orang. menjinakkan melatih sesuatu supaya tidak liar: Manusia sudah lama pandai ~ binatang-binatang spt kerbau, lembu dll. penjinak orang yg menjinakkan binatang | Kamus Pelajar |
pukas | 1. kemaluan perempuan, puki; 2. Kd, sr orang latah (terkejut): oh ~; berpukas berbogel, bertelanjang (perempuan); berpukas-pukasan sindir-menyindir dgn kata-kata yg tidak senonoh, berlaku tidak senonoh; mandi ~ mandi bertelanjang dgn tidak malu-malu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |