Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
aset(asét) 1. wang tunai dan harta benda (spt tanah, bangunan, dll) yg dimiliki seseorang (sesebuah syarikat, pertubuhan, dll); 2. ciri, sifat istimewa, dll yg bernilai atau berguna (pd seseorang dll); ~ benar (Eko) aset berbentuk fizikal, spt bangunan dan jentera, yg tidak mudah ditukar­kan kpd wang tunai; ~ berisiko (Eko) aset bank yg nilainya tertakluk kpd perubahan harga pasaran atau perubahan kualiti kredit pelanggan, mis saham syarikat; ~ bersih (Eko) lebihan jumlah nilai aset drpd jumlah liabiliti atau tanggungan; ~ bukan kewangan (Eko) aset yg tidak merupakan tuntutan utk menerima sejumlah tetap wang tunai spt mesin, bangunan, tanah, dll; ~ cair (Eko) wang atau aset lain yg boleh ditukarkan dgn segera kpd tunai; ~ cepat (Eko) aset semasa yg boleh ditukarkan kpd wang tunai dlm tempoh yg singkat (biasanya satu bulan); ~ fizikal = ~ ketara (Eko) aset spt tanah, bangun­an, kereta, mesin, dll yg benar-benar wujud (boleh disentuh atau dilihat); ~ kewa­ng­an (Eko) aset yg merupakan tuntutan utk menerima sejumlah tetap wang tunai; ~ modal (Eko) aset ketara dan tak ketara yg digunakan utk menjalankan aktiviti sesuatu organisasi; ~ pasif (Eko) aset yg tidak men­janakan pendapatan; ~ semasa (Eko) wang atau aset lain yg mudah ditunaikan atau dijual; ~ tak ketara (Eko) aset yg tidak wujud secara fizikal (spt paten, hak cipta, dll) tetapi mem­beri hak kpd pemiliknya utk menerima bayaran atau faedah lain; ~ terakru (Eko) aset drpd hasil yg telah diperoleh, tetapi bayar­an­nya belum diterima; ~ tetap (Eko) aset yg digunakan berterusan dlm aktiviti sesebuah organisasi; ~ tunai (Eko) aset dlm bentuk tunai, termasuk wang di tangan, simpanan di bank dsb yg boleh digunakan utk bayaran serta-merta.Kamus Dewan Edisi Keempat
sakit1. menderita sesuatu (spt demam, pening, dll) yg menyebabkan seluruh tubuh atau se-suatu bahagiannya tidak segar, (berada dlm keadaan) tidak sihat, uzur: tekaknya ~; adikku ~; 2. ki menderita kesusahan (kesengsaraan, kesedihan, dll), sedih: kalau engkau terlalu boros begini alamat ~lah hidup engkau nanti; ~ akal gila; ~ angau rindu akan kekasih (bkn orang dlm percintaan); ~ angin pasang-pasang sj sakit angin pasang-pasang yg menyebabkan buah zakar laki-laki bengkak; ~ angin se-lenyap sj sakit angin pasang-pasang yg menyebabkan kemaluan laki-laki tidak nampak; ~ angin taufan = ~ (maha)raja singa penyakit yg berpunca drpd perhubungan seks (perhu-bungan kelamin) secara liar, sifilis; ~ asabat sakit pd urat saraf; ~ baka beguk; ~ berat = ~ lasat = ~ payah sakit yg teruk; ~ fikiran = ~ ingatan = ~ otak gila; ~ gajah = ~ gajah-gajahan elefantiasis, untut; ~ hati berasa sangat tersinggung dan marah (kerana dihina dll); ~ jantung apa sahaja penyakit yg ada kaitan dgn jantung; ~ jiwa a) sakit mental; b) bp tidak tenteram fikiran kerana ada unsur-unsur yg menekan jiwa; ~ kepala pening kepala; ~ kuning sakit yg menyebabkan tubuh menjadi kuning; ~ mental tidak siuman fikiran-nya, sakit otak, gila; ~ menimpa sesal terlambat prb perbuatan yg terlanjur dan tidak dapat diubah lagi; ~ perut, baharu tahu di liang lantai prb sesudah men-dapat kesusahan baru teringat akan yg perlu; ~ sama mengaduh, luka sama menyiuk prb sama-sama bertanggungjawab; apa boleh buat, biar ~ dahulu senang kemudian prb biarlah bersusah-susah dahulu asalkan senang kemudiannya; lain ~, lain diubat, lain luka, lain dibebat prb jawab yg bersalahan dgn soalan (lain yg diminta, lain yg diberikan); tiada ~ makan ubat prb menyusahkan diri sendiri; bersakit, bersakit-sakit 1. berusaha benar-benar (utk memperoleh sesuatu), bersusah payah: tidak akan dapat mencapai sesuatu dgn tidak ~; 2. selalu sakit: sudah beberapa lama dia ~ sahaja; 3. menderita kesusahan (kesukaran, kesulitan, dll): bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian; menyakit mendatangkan sakit (sengsara, sedih dll): segala maki hamun tidak ~ pada-nya; menyakiti 1. menyebabkan berasa sakit (sengsara, sedih, pilu, dll): janganlah kamu suka mengganggu dan ~ orang lain; aku tidak sanggup ~ hatimu; 2. ark sakit ketika melahirkan anak: ketika itu bininya sedang ~; menyakitkan menjadikan sakit (susah, risau, sedih, tidak senang, dll), menyebabkan berasa sakit: hulu kikir yg bujur atau runcing boleh ~ tangan ketika menggunakannya; ~ hati menyebabkan (seseorang) berasa sangat tersinggung dan marah (kerana telah dihina dsb): Zarina ketawa seolah-olah me­ngejek-nya, ini ~ hatinya; ~ mata merupakan sesuatu yg sangat buruk, tidak menyenangkan sesiapa yg melihatnya; kesakitan 1. perihal sakit, menderita sakit (susah dll): raja itu pun terlentang selaku orang ~ sangat; 2. sengsara, kesusahan hidup; penyakitan, berpenyakitan selalu sakit-sakit, selalu menghidap penyakit, sentiasa dihinggapi penyakit: anak yg berpenyakitan dan tidak cerdas dan cerdik; penyakit 1. sesuatu yg menyebabkan badan menjadi sakit (atau yg mengganggu kesihatan): dia sudah sihat drpd ~ lelah; ~ berjangkit penyakit yg mudah berjangkit (spt kurap, malaria, dll); ~ kelamin penyakit berjangkit yg lazimnya tersebar melalui hubungan seks; ~ mental (Ubat) gangguan mental; ~ organik (Ubat) penyakit yg melibatkan perubahan struktur tubuh; ~ tidur (Ubat) penyakit yg ditularkan kpd manusia melalui gigitan lalat tsetse (terutamanya di Afrika), dan dicirikan dgn demam yg berulang, pening, mengantuk, dan bengkak pd bahagian tertentu tubuh; 2. ki sesuatu yg menyebabkan keburukan, kepincangan hidup dll yg merebak (spt pelacuran, rasuah, dll), sesuatu yg me­nyusahkan: pengangguran menjadi ~ dlm negeri itu; ~ sosial amalan atau perlakuan yg tidak baik yg berlaku dlm masyarakat, mis penagihan dadah dan tabiat melepak; 3. ki, Id bangsat, sial (makian); berpenyakit menghidap penyakit, selalu menghidap sesuatu penyakit; pesakitan Id 1. orang yg didakwa (dlm mahkamah): polis telah menyilakan ~ masuk menerima hukumannya; 2. orang tahanan; pesakit orang yg sakit, si sakit; ~ dalam pesakit yg dimasukkan ke dlm wad utk menjalani rawatan penyakitnya; ~ luar pesakit yg hanya menerima rawatan di hospital atau klinik tetapi tidak dimasukkan ke dlm wad.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas