mengendurkan radio | memutarkan pesawat radio supaya tidak nyaring bunyinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sayu | 3 tidak berseri (bkn air muka, mata dll); muram; tidak nyaring (bkn suara): Mukanya pucat, matanya ~ | Kamus Pelajar |
bengap | 1. pekak (kerana masuk air dlm telinga dll); 2. tidak nyaring atau jernih bunyi (wang syiling dll); 3. sukar bercakap (kerana malu dll), gagap; 4. bodoh kerana sukar mengerti dan mempelajari sesuatu: kalau ~ sangat, tentu ITM tidak menerimakau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perlahan | 1 tidak tergesa-gesa; lambat-lambat: berjalan dgn ~. 2 tidak kuat atau tidak nyaring bunyinya; lembut: Bercakaplah ~ sedikit. 3 tidak dgn tenaga yg banyak; tidak kuat-kuat: Tekan pin itu dgn ~. memperlahankan 1 membuat jadi perlahan; melambatkan: Dia ~ keretanya. 2 merendahkan atau mengecilkan bunyi sesuatu: ~ radio. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perlahan | 1 tidak tergesa-gesa; lambat-lambat: berjalan dgn ~. 2 tidak kuat atau tidak nyaring bunyinya; lembut: Bercakaplah ~ sedikit. 3 tidak dgn tenaga yg banyak; tidak kuat-kuat: Tekankan pin itu dgn ~. memperlahankan 1 membuat jadi perlahan; melambatkan: Dia ~ keretanya. 2 merendahkan atau mengecilkan bunyi sesuatu: ~ radio. | Kamus Pelajar |
sayu | 1 = ~ rawan (rayu) (berasa) sangat sedih dan pilu; (berasa) sangat dukacita atau hiba: ~ hatiku mendengar tangis anak itu. 2 perasaan sedih dan pilu; hiba: Bernyanyi dgn ~. 3 tidak berseri (bkn air muka, mata dll); muram; tidak nyaring (bkn suara): Mukanya pucat, matanya ~. menyayukan menyebabkan menjadi sayu; menyedihkan; menghibakan: Apa yg ~ hatimu? kesayuan hal atau keadaan sayu; perasaan sayu: ~ jelas terbayang pd wajahnya yg kelihatan muram. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pekak | 1. tidak dapat mendengar langsung atau tidak dapat mendengar dgn baik, tuli: ayahanda orang tua, kabur mata, ~ telinga; 2. bengap, tidak nyaring bunyinya; ~ (-pekak) badak a) = ~ batu pekak (tuli) benar-benar; b) pura-pura tidak mendengar, sengaja tidak mahu mendengar; c) tidak mendengar bunyi (suara) yg kuat tetapi boleh mendengar bunyi (suara) yg lembut; ~ labang kurang baik pendengarannya, tuli sedikit; yg ~ pelepas bedil, yg buta pengembus lesung, yg bisu penggera ayam, yg lumpuh penghuni rumah prb setiap orang ada gunanya; memekak membuat bising; memekakkan 1. menjadikan pekak; 2. menyebabkan terasa pekak: bunyi enjinnya ~ telinga. terpekak pekak dgn serta-merta (kerana kepalanya kena pukul dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sayu | 1. = ~ rawan = ~ rayu perasaan sedih (pilu, gundah, hiba, dll): hatinya mengkal bercampur ~; ia selalu merindui anak itu dgn ~ rawan; 2. tidak berseri (mata), kuyu, muram atau suram (muka): matanya layu, pemandangan ~; 3. tidak nyaring (suara), lembut dan menyedihkan; bersayu-sayu sedih (suara dll), sedih benar: dia merayu ~; menyayu menjadi sayu (sedih dll): tangan-nya meraba-raba perutnya yg sakit itu dan suaranya ~; menyayukan menyebabkan jadi sayu (sedih, hiba, dll), menyedihkan, menghibakan: Lamah memeluknya dgn ratapan yg ~, suaranya hampir tidak dapat didengar; kesayuan perihal sayu (sedih, pilu, dll), kesedihan, kepiluan: masa utk berpisah sudah tiba, dan mereka pun berpeluk-peluk ~; aku juga merasai ~ yg dirasai oleh mereka itu; penyayu orang yg mudah berasa sayu: dia seorang gadis yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melaung | 1 memanggil dgn suara yg kuat dan nyaring: Apabila penghulu yg ~, barulah dia datang. 2 berseru atau berteriak nyaring-nyaring: Engkau tidak perlu ~, aku ada di sisimu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengendurkan | menjadikan atau menyebabkan kendur (tidak tegang, keras, cemas, dll): tujuan senaman ini ialah utk ~ urat-urat yg telah menjadi tegang; ~ hutang mengurangkan hutang; ~ ikat pinggang melonggarkan ikat pinggang; ~ keadaan yg tegang menjadikan keadaan tidak genting atau mencemaskan; ~ tekanan kikir melemahkan tekanan kikir; ~ radio memutarkan pesawat radio supaya tidak nyaring bunyinya; ~ syarat-syarat yg dikenakan melonggarkan syarat-syarat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |