peroi I | 1. mudah pecah-pecah (tanah dll), tidak padat (padu), gembur: tanah itu ~ dan senang dikerjakan; 2. = seroi Kd nasi yg tidak boleh dikepal-kepal kerana kurang air; memeroikan menjadikan peroi, menggemÂburkan, menghancurkan: menggali dan membajak utk melonggarkan atau ~ tanah; keperoian perihal, sifat atau keadaan peroi (tidak padat). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peroi | tidak padat (bkn tanah dll); berderai-derai; gembur: Tanah yg ~ itu mudah diusahakan. memeroikan menjadikan peroi; menggemburkan: Jentera pembajak digunakan utk ~ tanah. keperoian keadaan atau sifat peroi. pemeroian proses (hal dsb) menjadi peroi atau memeroikan: Proses hablur natrium karbonat kehilangan air penghablurannya disebut ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
peroi | tidak padat (bkn tanah dll); berderai-derai; gembur: Tanah yg ~ itu mudah diusahakan. memeroikan menjadikan peroi; menggemburkan: Jentera pembajak digunakan utk ~ tanah. pemeroian proses (hal dsb) menjadi peroi atau memeroikan: Proses hablur natrium karbonat kehilangan air penghablurannya disebut ~. | Kamus Pelajar |
gembur II | tidak padat, berderai-derai (tanah, pasir, dll), lembut, lunak; sakit ~-~ basal, busung air; menggemburkan mencangkul (tanah) supaya gembur; penggembur alat utk menggemburkan tanah; ~ putar alat penggembur tanah yg berputar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gambut | lembut dan tidak padat (biasanya tanah): Nanas dpt hidup dgn suburnya di tanah ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gambut | lembut dan tidak padat (tanah): nanas ditanam di tanah ~ atau di ladang getah yg ditinggalkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gambut | lembut dan tidak padat (biasanya tanah): Nanas dpt hidup dgn suburnya di tanah ~. | Kamus Pelajar |
keperoian | perihal, sifat atau keadaan peroi (tidak padat). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berongga | berlubang, beruang: batu-bata yg ~; gelang itu ~, tidak padat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jarang | 1 tidak kerap atau tidak rapat; bersela; renggang: gigi ~; kain ~. 2 tidak lebat atau tidak padat: Rambutnya ~. 3 = jarang-jarang tidak selalu atau tidak sering; tidak lazim: Ia ~ datang ke rumahku. Perkataan itu ~ digunakan. menjarangkan membuat supaya jarang atau renggang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |