Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Besar kayu dua pemeluk,
     Hendak ditebang berdiri duduk;
Kalau tidak panjang penjolok,
     Mana mendapat bunga yang elok.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Sepanjang-panjang tali,
     tidak sepanjang mulut manusia.

Bermaksud :

Cakap orang dapat dilakukan dengan sesuka hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Sepanjang-panjang lorong masih panjang mulut).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
keris alangkeris yg tidak panjang dan tidak pula pendek. 2 sedikit; kurang: tidak ~ tidak sedikit; banyak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pendek/péndék/ 1 sedikit ukurannya dr hujung ke pangkal; tidak panjang; tidak tinggi; pandak; rendah: Bajunya berlengan ~. 2 tidak lama; singkat: dlm waktu yg ~. ~ akal (fikiran) tidak luas fikirannya; tidak berfikiran panjang. ~ kata (cakap, kaji), = ~nya dgn ringkasnya; ringkasnya. ~ nafas mudah berasa mengah; sesak nafas. ~ umur lekas mati. memendekkan membuat jadi pendek; menyingkatkan; meringkaskan: Dia ~ ceritanya. kependekan 1 keadaan pendek. 2 singkatan atau ringkasan drpd sesuatu perkataan atau kumpulan perkataan: AMN ialah ~ Ahli Mangku Negara.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pendek(péndék) 1. tidak panjang, tidak tinggi, pandak, rendah, ringkas: mereka memakai seluar kain kapas yg ~ dgn baju singlet; 2. tidak lama, singkat: dlm waktu yg ~; umur semakin ~, badan semakin uzur; ~ akal = ~ fikiran = ~ ingatan = ~ kira-kira sempit, tidak luas fikiran (ikhtiar, pengetahu­an, dll), picik; ~ kata (cakap) = ~ kaji = ~nya dgn ringkas, ringkasnya: ~nya segala hukum Islam telah lengkap dan sempurna pd masa baginda masih hidup; ~ nafas tidak tahan berlari jauh, mudah tercungap, sesak nafas; ~ permintaan pendek umur; memendek menjadi pendek: otot itu ~ dan menggemuk apabila digerakkan; memendekkan 1. menjadikan pendek, me­motong dll supaya pendek: Muda ~ langkahnya sambil menoleh ke belakang; sama ada masa penjara itu hendak dipanjangkan atau dipendekkan terserah kpd pertimbangan hakim; 2. mengikhtisarkan, menying­katkan, meringkaskan: guru melatih kanak-kanak ~ sebutan itu; dipendekkan cerita, jadilah keluargaku dan keluarga Pak Hamid jiran yg paling baik dan ikrab; kependekan 1. perihal pendek: pergerakan semua haiwan itu adalah hasil drpd ~ dan kegemukan gentian otot; 2. ringkasan (perkataan, kumpulan perkataan, dll), singkatan: PBB adalah ~ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; pemendekan perihal (perbuatan dsb) me­mendekkan atau menyingkatkan: ujaran spt ini menunjukkan ciri-ciri ~ spt yg berlaku pd pesanan telegram.Kamus Dewan Edisi Keempat
singkat1. tidak panjang (waktu, umur, dll), pendek: kunjungannya sangat ~; kain pen­dek, tarik ke atas ~, tarik ke bawah senteng; 2. ringkas (berita, cerita, percakapan, dll): “Besok aku ke mari lagi,” katanya ~, lalu melangkah hendak pergi; 3. ki picik atau cetek (fikiran dll): orang-orang yg ~ pemi­kirannya dan yg sangat tamak terlalu ramai; ~ akal (faham, fikiran) tidak bijak, pendek akal, cetek akal, picik; ~ bayang alamat tidak panjang umur; ~ kata = ~nya pendek kata, pendeknya; ~ pengetahuan lekas mati; ~ sungu Mn (orang yg) pemarah; ~ tangan orang yg kedekut (kikir); ~ umur (usia) tidak panjang umurnya, lekas mati; ~ diulas, panjang dikerat prb yg kurang hendaklah ditambah sedangkan yg lebih hendaklah dikurangkan; ~ tidak terulas, panjang tidak terkerat prb tiap-tiap orang akan mati apabila telah sampai ajalnya dan kalau belum ajal berpantang mati; senteng dibilai, ~ diulas prb yg kurang ditambah dan yg pendek disambung; menyingkatkan 1. menjadikan singkat (pen­dek dll), memendekkan (waktu dll): kerana kekurangan wang, saya terpaksa ~ lawatan saya itu; 2. meringkaskan (karangan dll), mengikhtisarkan; mempersingkat menjadikan lebih singkat; singkatan, kesingkatan sesuatu yg di­singkatkan, kependekan, ringkasan: ~ spt pakdr bapak, bu dr ibu, merupakan gejala umum dlm pemakaian bahasa; penyingkatan perihal menyingkatkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pendek /péndék/1 sedikit ukurannya dr hujung ke pangkal; tidak panjang; tidak tinggi; pandak; rendah: Bajunya berlengan ~. 2 tidak lama; singkat: dlm waktu yg ~. ~ akal (fikiran) tidak luas fikirannya; tidak berfikiran panjang. ~ kata (cakap, kaji), = ~nya dgn ringkasnya; ringkasnya. ~ nafas mudah berasa mengah; sesak nafas. ~ umur lekas mati. memendekkan membuat jadi pendek; menyingkatkan; meringkaskan: Dia ~ ceritanya. kependekan 1 keadaan pendek. 2 singkatan atau ringkasan drpd sesuatu perkataan atau kumpulan perkataan: A.M.N. ialah ~ Ahli Mangku Negara.Kamus Pelajar
ringkastidak panjang (bkn cerita, karangan, laporan dll); pendek: Jawab soalan ini dgn ~. laporan ~. meringkaskan menjadikan pendek atau singkat (bkn cerita, laporan dll); menyingkatkan; memendekkan: Murid-murid diajar cara-cara ~ karangan. teringkas ringkas sekali; paling ringkas. ringkasan sesuatu yg telah diringkaskan; inti sari drpd sesuatu cerita dll; singkatan. keringkasan keadaan atau sifat ringkas.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kontottidak panjang; pendek: parang ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kontottidak panjang; pendek:parang ~.Kamus Pelajar
lingkasark tidak panjang (berita dll), ringkas.Kamus Dewan Edisi Keempat
singkat umur (usia)tidak panjang umurnya, lekas mati;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas