serau I | tidak rapat (barang tenunan), kurang kedap, jarang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jarang I | 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): gigi ~; kain yg ~; 2. tidak lebat, tidak padat: rambut yg ~; 3. = jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; ~ berlaku tidak sering berlaku; ~ dapat tidak selalu dapat; dia ~ datang dia tidak sering datang; ~ dipakai tidak lazim dipakai; menjarangkan 1. = memperjarang membuat supaya jarang (renggang dll); 2. menjadikan (mengusahakan supaya) tidak kerap atau tidak rapat masanya berlaku sesuatu: ~ kelahiran anak; penjarangan 1. perihal (perbuatan dsb) menjadikan renggang atau bersela-sela; 2. perihal (perbuatan dsb) menjadikan tidak kerap (tidak selalu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ganggang II | Mn 1. ruang di antara dua benda, celah: ~ pintu; 2. renggang (tidak rapat): hubungan mereka sudah mulai ~;berganggang 1. bercelah, merenggang: sambung kayu itu mulai ~; 2. bercerai (bkn suami isteri): laki bini itu sudah ~; mengganggang menjadi bercelah, merenggang: papan ~; mengganggangkan merenggangkan, menjadikan bercelah: ~ pintu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpisah | 1. tidak berhubungan (tidak berdampingan, tidak rapat, dll), bercerai: hendaknya Tuhan yg Maha Mengasihani akan menemukan saya dgn ayah sesudah sekian tahun ~; mengucapkan selamat ~ mengucapkan selamat semasa hendak meninggalkan seseorang; 2. berenggang, berjarak, berjauhan; hidup ~ Id suami isteri yg belum bercerai tetapi tidak tinggal serumah lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
litup | tertutup (tertudung dll) rapat-rapat hingga tidak kelihatan: seorang perempuan yg berselubung ~ bahagian kepala sedang menangis tersedu-sedu; melitupi menutupi rapat-rapat, menyelimuti, menyelubungi: cara memakai selendang adalah dgn menyangkutkannya hingga ~ kedua-dua belah bahu; terlitup tertutup (tertudung) rapat-rapat: pintu kebahagiaannya seakan-akan ~; litupan (Geo) sesuatu yg melitupi; ~ air batu lapisan air batu yg menutupi beberapa bahagian muka bumi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpisah | tidak berhubung antara satu dgn yg lain; tidak rapat atau tidak berdampingan kedudukannya; berenggang; berjauhan: Dr Ipoh kami bersama, sesampai di Kuala Lumpur, kami ~. Kedua-dua kota itu letaknya ~ beratus-ratus batu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pisah | ; berpisah tidak berhubung antara satu dgn yg lain; tidak rapat atau tidak berdampingan kedudukannya; berenggang; berjauhan: Dr Ipoh kami bersama, sesampai di Kuala Lumpur, kami ~. Kedua-dua kota itu letaknya ~ beratus-ratus batu. memisahkan mengasingkan yg satu drpd yg lain; menceraikan: Palung itu digunakan utk ~ bijih timah drpd pasir. perpisahan hal berpisah: Mati merupakan ~ antara jasad dgn roh. pemisahan hal atau perbuatan memisahkan. pemisah sesuatu yg memisahkan atau yg menceraikan (sesuatu). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pisah; berpisah | tidak berhubung antara satu dgn yg lain; tidak rapat atau tidak berdampingan kedudukannya; berenggang; berjauhan: Dr Ipoh kami bersama, sesampai di Kuala Lumpur, kami ~ . Kedua-dua kota itu letaknya ~ beratus-ratus batu. memisahkan mengasingkan yg satu drpd yg lain; menceraikan: Palung itu digunakan utk ~ bijih timah drpd pasir. perpisahan hal berpisah: Mati merupakan ~ antara jasad dgn roh. pemisahanhal atau perbuatan memisahkan. pemisah sesuatu yg memisahkan atau yg menceraikan (sesuatu). | Kamus Pelajar |
renggang | 1 tidak rapat (bkn dinding, lantai dll); ada selanya atau ada antaranya. 2 ki tidak karib atau tidak erat lagi (bkn perhubungan, persahabatan dll): Perbalahan menyebabkan perhubungan antara kedua-dua negara itu semakin ~. berenggang berantara; berjauhan; berpisah: Kedua-dua sahabat itu tidak pernah ~. merenggangkan menjadikan atau menyebabkan renggang: ~ tangan; ~ persahabatan. memperenggang menjadikan lebih renggang. kerenggangan keadaan atau hal renggang. perenggang alat dll yg merenggangkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menjarangkan | 1. = memperjarang membuat supaya jarang (renggang dll); 2. menjadikan (mengusahakan supaya) tidak kerap atau tidak rapat masanya berlaku sesuatu: ~ kelahiran anak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |