sihat | 1 tidak menghidap sebarang penyakit; tidak sakit-sakit; segar: Anak-anaknya ~ belaka. | Kamus Pelajar |
sihat | 1 tidak menghidap sebarang penyakit; tidak sakit-sakit; segar: Anak-anaknya ~ belaka. 2 sembuh drpd sakit: Tak usahlah engkau bekerja kuat, engkau belum ~ lagi. menyihatkan menjadikan sihat: Utk ~ badan, kita perlu selalu bersenam. kesihatan keadaan atau perihal sihat; kesegaran: Kita hendaklah sentiasa menjaga ~ kita. penyihatan perbuatan atau perihal menyihatkan: Vitamin membantu ~ badan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sihat | 1. tidak kena (menghidap) sebarang penyakit, tidak sakit-sakit, afiat, segar: anak-anaknya ~-~ sahaja; 2. sembuh drpd sakit, pulih, betah: aku ingin menolong engkau sampai anak engkau ~ spt sediakala; 3. ki dlm keadaan yg baik (elok, biasa, dll), berjalan dgn lancar (rancangan dll), masuk akal (pendapat dll), dapat diterima: walaupun kami miskin tetapi rakyat kami ~ fikirannya; 4. berjalan (dilakukan dsb) dgn baik, tidak menimbulkan keburukan (persengketaan dsb): mereka haruslah mengendalikan proses pembelian dgn berkesan agar wujud pertandingan yg ~ dlm pasaran; menyihatkan 1. menjadikan sihat: makanan itu tidak sedap tetapi mesti dimakan utk ~ badan; 2. memulihkan (spt sediakala atau lebih baik): mereka didapati menghidap penyakit yg susah hendak disihatkan; cita-citanya ialah hendak ~ masyarakat yg telah rosak moral itu; 3. mendatangkan kebaikan kpd tubuh badan, berkhasiat: makanan yg ~; penyihatan perihal menyihatkan; kesihatan perihal sihat, kesegaran, kebaikan keadaan (badan dll): Kementerian K~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
waras | tidak sakit (bkn fikiran); dpt menggunakan akal fikiran: kurang ~ (akalnya, otaknya) gila; fikiran yg ~ fikiran yg sihat dan sempurna. kewarasan hal atau keadaan waras. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
waras | tidak sakit (bkn fikiran); dpt menggunakan akal fikiran: kurang ~ (akalnya, otaknya) gila; fikiran yg ~ fikiran yg sihat dan sempurna. | Kamus Pelajar |
tahan tangan | tidak sakit kena pukul; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tahan palu (pukul) | tidak sakit jika dipukul; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nyaman | 1 enak rasanya atau enak bunyinya; segar: Cuaca ketika itu sungguh ~. Air limau ~ rasanya. Lagu itu ~ didengar. 2 tidak sakit; cergas, segar: Badan saya kurang ~. menyamankan menjadikan nyaman; menyegarkan: Udara yg bersih di situ ~ badan. kenyamanan hal atau keadaan nyaman; kesegaran: ~ udara petang di tasik itu telah menenangkan hatinya. penyaman sesuatu yg menyamankan: ~ udara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nyaman | 1 enak rasanya atau enak bunyinya; segar: Air limau ~ rasanya. Lagu itu ~ didengar. 2 tidak sakit; cergas, segar: Badan saya kurang ~. menyamankan menjadikan nyaman; menyegarkan: Cuaca malam itu sungguh ~. kenyamanan hal atau keadaan nyaman; kesegaran: ~ udara petang di tasik itu telah menenangkan hatinya. penyaman sesuatu yg menyamankan: ~ udara. | Kamus Pelajar |
tusukan | 1. hasil atau akibat menusuk, tikaman: ia telah dijumpai terbunuh di antara batu-batu bukit Tragan kerana ~ pedang di rusuknya; ~ jarum-jarum halus ini sebenarnya tidak sakit; 2. hasutan: masakan orang tuanya mahu mendengar ~ Engku Baginda Mais! | Kamus Dewan Edisi Keempat |