Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
harus1. tidak boleh tidak, tidak dapat tidak, mesti, patut, wajib: kita mempunyai kepen­tingan sendiri yg ~ dijaga; engkau ~ berlaku adil dan saksama; 2. boleh jadi, mungkin: padinya ~ tidak menjadi disebabkan ke­kurangan air; 3. tidak mustahil (berlaku, terjadi, dsb), mungkin: ~ seorang musuh itu bertukar menjadi seorang kawan; 4. boleh dilakukan dan boleh pula ditinggalkan, jaiz, mubah: mandi tiga kali sehari adalah ~ hukumnya di sisi agama Islam; seharusnya sepatutnya, semestinya: sudah ~lah kita memelihara diri drpd kekejian; mengharuskan 1. memandang mustahak, (perlu, patut), memestikan, mewajibkan: penuntut-penuntut sekolah diharuskan me­ma­kai pakaian seragam; 2. membolehkan, membenarkan, mengizinkan: pd bait ketiga ulangan suara itu kurang sesuai, tah di­haruskan bersajak dgn ta; agama Islam ~ perceraian; keharusan 1. sesuatu yg harus (patut dll) dilakukan atau sesuatu yg mesti terjadi, ke­mestian, kewajiban: membela maruah orang tuanya memang suatu ~; 2. sesuatu yg boleh berlaku atau mungkin berlaku (ter­jadi), ke­mung­kinan.Kamus Dewan Edisi Keempat
ceroboh1 tidak senonoh; tidak sopan; kasar (ttg perangai): Perbuatannya terhadap kedua-dua temannya itu sangat ~. 2 tidak dgn saksama; tidak hati-hati: Tiada sesiapa yg mahu menghargai kerjanya yg ~ itu. 3 keji; hina: Gadis yg ~ itu kasar perangainya. menceroboh berbuat ceroboh; berbuat tidak senonoh. mencerobohi 1 membuat ceroboh terhadap (kpd): Berani engkau ~ anak penghulu itu? 2 melanggar negeri (kawasan dsb) orang lain. kecerobohan kelakuan ceroboh; ketidaksopanan. pencerobohan perbuatan (hal dsb) menceroboh atau mencerobohi: Me­lihatkan ~ Belanda itu, Raja Haji menjadi marah. penceroboh orang (negara dll) yg menceroboh atau mencerobohi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ceroboh1. tidak senonoh; tidak sopan; kasar (ttg perangai): Perbuatannya terhadap kedua-dua temannya itu sangat ~. 2. tidak dgn saksama; tidak hati-hati:Tiada sesiapa yg mahu menghargai kerjanya yg ~ itu. 3. keji; hina: Gadis yg ~ itu kasar perangainya. menceroboh berbuat ceroboh; berbuat tidak senonoh. mencerobohi 1. membuat ceroboh terhadap (kpd): Berani engkau ~ anak penghulu itu? 2. melanggar negeri (kawasan dsb) orang lain. kecerobohan kelakuan ceroboh; ketidaksopanan. pencerobohan perbuatan (hal dsb) menceroboh atau mencerobohi: Melihatkan ~ Belanda itu, Raja Haji menjadi marah. penceroboh orang (negara dll) yg menceroboh atau mencerobohi.Kamus Pelajar
saksama1. cermat, hati-hati, hemat-hemat, teliti: menjatuhkan hukuman dgn ~; 2. tidak berat sebelah, tidak menaruh prasangka, adil: inilah raja yg adil lagi ~ pd zaman itu; mereka hendaklah menjalankan pekerjaan mengikut undang-undang syarikat dgn adil, ~, timbang rasa, dan dgn tidak berperasaan pilih kasih; 3. berpatutan, munasabah: sebilangan drpd majikan enggan membayar upah yg ~; kesaksamaan perihal saksama (teliti, adil, dll), sifat saksama: ~, kejujuran, kewibawaan, dan kemampuan seseorang hakim.Kamus Dewan Edisi Keempat
saksama1 tidak terburu-buru; cermat dan hati-hati sekali: Tiap-tiap masalah hendaklah dikaji dgn ~. 2 tepat benar dan sesuai sekali; tidak salah lagi. Anak-anak hendaklah dididik supaya dpt menghitung dgn ~. kesaksamaan hal atau keadaan saksama; ketelitian.Kamus Pelajar Edisi Kedua
saksama 1 tidak terburu-buru; cermat dan hati-hati sekali: Tiap-tiap masalah hendaklah dikaji dgn ~.Kamus Pelajar
saksama 2 tepat benar dan sesuai sekali; tidak salah lagi: Anak-anak hendaklah dididik supaya dpt menghitung dgn ~.Kamus Pelajar
cermat1. dgn penuh periksa (perhatian), saksama, teliti: kabinet telah bersidang beberapa kali dan mengkaji dgn ~ sebelum mengambil keputusan itu; 2. hati-hati dlm berbelanja, hemat, jimat, tidak boros: kalau tidak ~, takkanlah dia boleh jadi kaya; bercermat berhati-hati, berteliti: kami berbual-bual dan masing-masing ~ menjaga adab supaya tidak berlaku langgar bahasa; mencermati memerhatikan dgn sungguh­sungguh, mengecamkan; mencermatkan 1. melakukan sesuatu dgn cermat (teliti, hati-hati); 2. menghematkan, menjimatkan: ia memberitahu saya bagaimana ~ wang belanja; kecermatan 1. perihal bercermat, ketelitian; 2. perihal berhati-hati (beringat-ingat, berjimat), kehematan, kejimatan: kehidupan mereka tergantung sangat-sangat pd ~ mereka menggunakan air.Kamus Dewan Edisi Keempat
cermat1 dgn sepenuh minat; saksama; teliti: Kertas jawapan itu dikaji dgn ~. 2 tidak boros (dlm berbelanja); hati-hati; hemat: Ia anak yg ~. bercermat berlaku (dgn) cermat; berhati-hati: Masing- masing ~ menjaga adab dlm upacara itu. mencermatkan 1 melakukan dgn cermat. 2 menjimatkan (wang dll); menghematkan: Mereka terpaksa ~ wang utk membeli sebidang tanah. kecermatan 1 keadaan cermat dlm melakukan se­suatu; ketelitian: ~ mengambil bacaan pd skala itu adalah penting. 2 keadaan jimat dlm perbelanjaan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berlambatmembuat sesuatu dgn perlahan-lahan, tidak terburu­-buru: ia berasa perlu berlambat-lambat sehingga ia dapat membuat keputusan yg saksama;Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas