bius | 1. = ubat ~ sj ubat yg boleh melalikan atau membuat seseorang tidak sedar diri (pengsan dsb): macam orang telah kena ~; 2. keadaan tidak sedar diri (kerana dibius): sedar drpd ~; membius menyebabkan berasa lali atau tidak sedar dgn memberi ubat bius: ~ pesakit supaya tidak sedar;kebiusan 1. perihal bius (tidak sedar); 2. menjadi tidak sedar kerana dibius; pembiusan perihal (proses, perbuatan, dsb) membius. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebiusan | 1. perihal bius (tidak sedar); 2. menjadi tidak sedar kerana dibius; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membius | menyebabkan berasa lali atau tidak sedar dgn memberi ubat bius: ~ pesakit supaya tidak sedar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perasan | I sedar (akan berlakunya atau adanya sesuatu); tidak ~ tidak sedar (nampak): tak ~ aku bila dia meletakkan dulang yg berisi air dan kuih itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lupa diri | tidak sedar, tidak insaf atau tidak ingat lagi akan keadaan (nasib) dirinya yg sebelum itu lebih susah, menderita dsb drpd yg dialami sekarang: paling mengecewakan ialah kemewahan yg telah diusahakannya telah melahirkan sifat ~ diri dan dia menjadi sombong; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anestetik am (umum) | anestetik yg bertindak terhadap sistem saraf pusat dan menyebabkan seseorang (pesakit) tidak sedar (tidak berasa sakit), biasanya diberikan sebelum menjalani pembedahan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengsan | (péngsan) dlm keadaan tidak sedar akan diri: aku telah ~ beberapa jam lamanya, apabila aku sedar semula aku dikerumuni oleh beberapa orang tua-tua; jatuh ~ = terpengsan tidak ingat, tidak sedar akan diri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bius | keadaan tidak sedar, spt ketika pengsan: Dia baru sedar drpd ~. ubat ~ ubat utk membuat orang tidak khabarkan diri: Sebelum dibedah, pesakit itu akan diberi ubat ~ terlebih dahulu. membius membuat orang tidak sedar dgn memberinya ubat bius: Sebelum pembedahan dilakukan, doktor telah ~ pesakitnya dahulu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bius | keadaan tidak sedar spt ketika pengsan dll: Dia baru sedar drpd ~. ubat ~ ubat utk membuat orang tidak khabarkan diri: Sebelum dibedah, pesakit itu akan diberi ubat ~ terlebih dahulu. membius membuat orang tidak sedar dgn memberinya ubat bius: Sebelum pembedahan dilakukan, doktor telah ~ pesakitnya dahulu. | Kamus Pelajar |
separuh sedar | tidak sedar sepenuhnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |