sampai hemat | berasa tidak segan-segan lagi, tergamak melakukan sesuatu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sampai hati | = ~ hemat berasa tidak segan-segan lagi, tergamak melakukan sesuatu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lepas laku | bebas melakukan sesuatu dgn tidak segan-segan lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyokong | 1. alat utk menyokong, sokong; 2. orang yg menyokong (membantu, menolong), pengikut: ia tidak segan-segan menghukum orang-orang yg menjadi ~-~ penderhaka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjatuhkan | 1. melemparkan ke bawah, menggugurkan: dgn sengaja dijatuhkannya benda dlm tangannya itu; 2. menurunkan (nilai, harga, dll), memerosotkan: musuh-musuh kita senantiasa cuba ~ nama baik kita; 3. menggagalkan, membubarkan, menumbangkan: parti-parti pembangkang mencuba ~ kerajaan dgn undian tidak percaya; 4. menyebabkan (miskin, melarat, dll); 5. mengenakan: hakim telah ~ hukuman penjara atas pesalah itu; ia memang tidak segan-segan ~ hukuman kpd penyokong-penyokong komunis; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sokong | tiang yg dipasang condong utk menyangga sesuatu (supaya jangan rebah dll), junjungan, penjalaran (utk tumbuh-tumbuhan spt kacang panjang dll); ~ membawa rebah prb orang yg dipercayai itu sendiri yg berkhianat kpd kita; menyokong 1. menyangga (menopang) sesuatu supaya jangan rebah atau roboh: beberapa orang ~ dan memapah dia supaya jangan rebah; 2. menyatakan persetujuan dan memberi perangsang dgn atau tanpa bantuan kebendaan dll, memberi bantuan (tenaga, wang, dll), membantu: saya ~ penuh fikiran penulis itu; gerila kami ~ pemberontakan mereka; sokongan 1. sesuatu yg dijadikan sokong (tiang dll), tunjangan; 2. perbuatan menyatakan persetujuan dan memberi perangsang dgn atau tanpa bantuan kebendaan, bantuan (wang dll), pertolongan: tidak ada sebuah parti politik yg boleh kekal berkuasa tanpa ~ orang Melayu; ~ moral sokongan yg tidak berupa bantuan kebendaan tetapi yg memberikan perangsang (mengukuhkan semangat dsb); penyokong 1. alat utk menyokong, sokong; 2. orang yg menyokong (membantu, menolong), pengikut: ia tidak segan-segan menghukum orang-orang yg menjadi ~-~ penderhaka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
segan I | 1. tidak suka berbuat sesuatu, tidak mahu, tidak sudi, enggan, malas: mereka ~ hendak turun naik tangga mahkamah itu; 2. = ~-silu berasa malu (silu, hormat, dll): ada sesetengah ibu yg berasa ~ kerana mengandung; tak ~ a) mahu, sudi, suka; b) tidak malu; c) tidak takut-takut; tak ~-~ tidak malu-malu, tidak takut-takut, tidak harga-menghargai; ~ tak ~ tidak malu-malu, tidak takut-takut; ~ bergalah, hanyut serantau = ~ berkayuh perahu hanyut = ~ bertanya sesat jalan prb kalau tidak mahu berusaha tidak mungkin mendapat kejayaan; segan-segan malu-malu: janganlah ~, jem-putlah masuk; segan-menyegan saling berasa segan: rasa ~ antara jiran sebelah-menyebelah rumah masih menebal di kalangan masyarakat kita; menyegani berasa segan (hormat, malu, takut) kpd, memalui, menghormati serta menakuti: ia sangat disegani oleh teman-temannya; pahlawan perang dan anggota dewan per-wakilan rakyat yg disegani; segan-menyegani saling menghormati, malu-memalui, harga-menghargai (antara satu dgn lain); menyegankan berasa segan (hormat, malu, takut) akan: kalau begitu apalagi yg kakak segankan; keseganan 1. yg disegani (ditakutkan, di-malukan): tetapi ada anaknya yg mulia dan gagah ~ orang banyak; 2. perihal segan (malu, takut, malas, dll), keengganan, ke-malasan; penyegan orang yg segan (malas, malu, dll), pemalas, pemalu: dahulunya saya perawan yg pendiam lagi ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sampai I | 1. tiba (di): tidak berapa lamanya belayar itu, ~lah ia ke Riau; 2. mencapai tujuan (maksud, niat, dll): maka terlalulah susah hati sahaya sebab surat itu tiada ~ ke dalam; apa lagi yg kaufikirkan? Maksudmu telah ~; 3. sehingga menjadi: mengapa mak ~ begini melarat; 4. mencapai had, cukup: gajinya tidak ~ seratus ringgit tetapi berlagak macam orang kaya; 5. hingga ke, sehingga: ~ hari ini, kami tidak pernah mempedulikan dia lagi; ~ ajal meninggal; ~ akal boleh diterima oleh fikiran, tidak mustahil; ~ bulan(nya) a) tiba waktu utk melahirkan (anak dlm kandungan); b) cukup tempoh (yg telah ditetapkan); ~ hati = ~ hemat berasa tidak segan-segan lagi, tergamak melakukan sesuatu; ~ tempoh tiba waktunya atau masanya (yg telah dijanjikan); ~ umur a) sudah dewasa; b) sudah lanjut umur; sudah ~ umurnya meninggal; nan dimaksud-kan, ~, nan diamalkan pecah prb sudah berlaku apa-apa yg dimaksudkan atau yg dicita-citakan; sesampai, sesampainya sebaik sahaja sam-pai, apabila sampai, setibanya: ~ di halaman, terdengarlah olehnya bunyi orang ber-tengkar di belakang; sampai-sampai 1. bahkan, hingga(kan), malahan: ~ memulangkan padi dr ladang pun diselenggarakannya dgn baik; 2. hingga sampai: pd rambutnya bergantung lumpur ~ ke kening dan telinganya; menyampai 1. mencukupi, cukup: jumlah denda itu terkumpul, kadang-kadang ~ angka puluhan ringgit; 2. mendatangi (sesuatu tempat): pulau ini jarang-jarang disampai orang; menyampaikan 1. membawa dan menyerah-kan, mengirimkan (surat, khabar, dll), mem-berikan kpd, mengunjukkan kpd: ia datang ~ pesan orang itu; isteri Menteri Besar telah ~ hadiah tersebut kpd pemenang; 2. mem-beritahukan, melaporkan: mereka juga wajib ~ kemusykilan rakyat kpd kerajaan; 3. melanjutkan (berita, ajaran, dll), memanjangkan (kpd umum): orang Arablah yg telah menjadi alat ~ fikiran-fikiran Aristotle kpd orang di Eropah; 4. memenuhi (permintaan, kewajiban, niat, dll), memperkenankan, mengabulkan: jikalau patik mati pun, apalah boleh buat sebab ~ kehendak tuan patik; 5. mencukupkan, menjadikan cukup; kesampaian 1. ketibaan, tibanya, sampainya: orang ramai di situ tidak menghiraukan ~ mereka; 2. tercapai (maksud, cita-cita, dll), terlaksana: janji-janjinya tidak pernah ~; 3. sampai-menyampai; penyampaian perihal menyampaikan sesuatu: adakah ~ pelajaran itu dilakukan dgn tulus ikhlas? penyampai 1. orang yg menyampaikan (surat, khabar, berita, dll); 2. (sesuatu) yg menyampaikan: namun begitu bahasa Malaysia masih belum menjadi alat ~ perasaan di kalangan mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sampai hati | tidak berasa segan-segan atau tidak menaruh belas kasihan lagi melakukan sesuatu yg buruk akibatnya kpd orang lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
silu | 1 berasa agak malu atau berasa segan-segan: Dgn tidak ~-~ lagi, dia menghampiri gadis itu. 2 berasa sedih hati atau berasa pilu. menyilukan menyebabkan berasa silu atau sedih. ~ diri berperangai sopan sekali; berlaku sopan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |