luas | 1 tidak sempit; lapang: Kawasan di sekeliling rumahnya sangat ~. 2 besarnya sesuatu permukaan atau kawasan: Kawasan itu ~nya 10,000 meter persegi. 3 tidak sempit (bkn pengetahuan, pemandangan dll): Ilmu pengetahuannya ~. meluas menjadi luas; bertambah luas; merebak: Penggunaan bahasa Melayu telah mula ~. meluaskan menjadikan luas (ttg kawasan, ilmu dsb); membesarkan: ~ kawasan; ~ ilmu pengetahuan. memperluas menjadikan lebih luas (lebih besar dsb) drpd yg ada; memperbesar: Kerajaan akan ~ penggunaan komputer di jabatan-jabatan kerajaan. keluasan 1 keadaan luas: Kelulusan dan ~ pengalamannya menyebabkan dia berjaya menjadi pengarah yg baik. 2 luasnya sesuatu kawasan. perluasan hasil drpd usaha memperluas: ~ kawasan jajahan Inggeris turut memperluas penggunaan bahasanya. peluasan perbuatan (usaha dsb) meluaskan: Perkembangan ini berhubung rapat dgn ~ jajahan oleh kesultanan Melaka. pemerluasan perihal (perbuatan dsb) memperluas: Sistem perhubungan dan pengangkutan mestilah selaras dgn proses ~ wilayahnya. peluas 1 orang yg meluaskan. 2 alat yg digunakan utk meluaskan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
luas | 1. tidak sempit, lapang, lebar: tanah di belakang rumahnya ~; 2. besarnya sesuatu kawasan, besarnya sesuatu permukaan (hasil drpd panjangnya didarabkan dgn lebarnya): ~ kebun itu ialah tiga hektar; 3. ki tidak sempit (pengetahuan, pengertian, dll): pengetahuannya sangat ~; perkataan tersebut mempunyai erti yg sangat ~; 4. tidak terbatas (pemandangan), lantang; 5. besar atau banyak (pengalaman, kesempatan, perbincangan): di dlm buku itu, dibincangkan tujuan pendidikan dgn ~; kesempatan utk mengecap pelajaran tinggi terbuka lebih ~ kpd rakyat umum; seluas-luasnya paling luas; meluas menjadi luas (banyak dll), bertambah luas, merebak: penjajahan telah ~ mulai dr revolusi perindustrian di Eropah; perkembangan bahasa kebangsaan ~ sejak negara mencapai kemerdekaan; meluaskan menjadikan lebih luas (besar, banyak, dll), menambah dsb supaya menjadi lebih luas (besar dll), membesarkan: kerajaan telah membuat rancangan utk ~ kawasan padi; memperluas menjadikan lebih luas: mereka dihantar ke luar negeri utk ~ pengetahuan dan pemandangan mereka; keluasan 1. perihal luas: dlm buku itu ditunjukkan bagaimana kedudukan dan ~ benua Australia dapat ditetapkan orang; ~ badannya kecil jika dibandingkan dgn isi padu binatang itu; 2. kelapangan, kelonggaran, keringanan, kesempatan: persatuan peladang itu telah mendapat ~ memiliki tanah seluas 28 hektar; perluasan perihal menjadi luas; peluasan perihal atau perbuatan meluaskan atau memperluas: kekurangan hasil penyelidikan sastera dan bahasa terasa sekali oleh para pengajar di sekolah yg sifat pelajaran tidak lagi merupakan ~ melainkan pendalaman soal; peluas orang (alat) yg meluaskan; ~ lubang alat utk meluaskan lubang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selesa | /selésa/ 1 tidak sempit (bkn tempat); luas; lega. 2 enak atau puas ketika duduk dll; sedap: Saya berasa ~ duduk di kerusi ini. menyelesakan membuat atau menjadikan selesa: Suasana di situ ~ kami. keselesaan keadaan atau rasa selesa: Kami amat mementingkan ~ pelanggan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lebar | /lébar/ 1 tidak sempit; luas (bkn kawasan); lapang: Jalan di sana ~-~ belaka. 2 lintang sesuatu bidang (lw panjang): ~ kawasan itu ialah 10 meter dan panjangnya 30 meter. melebar menjadi lebar: Senyumnya makin ~ sewaktu melihat telatah anaknya. melebarkan menjadikan lebar; membesarkan; meluaskan: Pekerja-pekerja sedang ~ jalan. memperlebar menjadikan lebih lebar: Kerja-kerja ~ jalan raya itu dilakukan pd waktu malam. pelebaran perbuatan, hal dsb melebar atau melebarkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
panjang akal (ingatan, kira-kira) | tidak sempit (pendek) akal, boleh berfikir baik-baik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
panjang kira-kira | panjang akal (tidak sempit fikirannya); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selesa /selésa/ | 1 tidak sempit (bkn tempat); luas; lega. | Kamus Pelajar |
lebar | /lébar/ 1. tidak sempit; luas (bkn kawasan); lapang: Jalan di sana ~-~ belaka. 2. lintang sesuatu bidang (lw panjang): ~ kawasan itu ialah 10 meter dan panjangnya 30 meter. melebar menjadi lebar: Senyumnya makin ~ sewaktu melihat telatah anaknya. melebarkan menjadikan lebar; membesarkan; meluaskan: Pekerja-pekerja sedang ~ jalan. memperlebar menjadikan lebih lebar:Kerja-kerja ~ jalan raya itu dilakukan pd waktu malam. | Kamus Pelajar |
lega | 1. tidak sempit (kawasan, ruang, dll), luas, lapang: rumah besar yg ~; 2. = ~ dada (hati) tenteram perasaan (fikiran dll), aman, senang: drpd kata-kata ibunya itu ~ sedikit rasa hatinya; 3. lapang (waktu), tidak sibuk: kalau ada masa yg ~ , jemputlah ke rumah; 4. agak pulih (drpd sakit), beransur sembuh; melegakan 1. menjadikan lega (tempat), melapangkan, meluaskan; 2. = ~ dada (perasaan) menenteramkan hati (fikiran dll): jururawat itulah sahaja yg dapat ~ perasaannya; 3. menjadikan berkurang (bkn rasa sakit dsb): ubat itu ternyata dapat ~ sakit sendi yg dihidapinya; terlega menjadi lega: kegusarannya ~ di kamar ini; kelegaan perihal lega, ketenteraman hati (fikiran dll): rancangannya itu akan mendatangkan ~ kpd pekebun-pekebun kecil; pelegaan perbuatan atau usaha utk melegakan (kesakitan, kerunsingan dsb): ~ sakit secara menyeluruh dilaporkan bagi 87% pesakit; pelega sesuatu (ubat dsb) yg melegakan (rasa sakit dsb): ubat ~ sakit perut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lebar | (lébar) 1. lapang (kawasan dll), luas, tidak sempit: Jawa Tengah tidak se~ Jawa Barat dan Jawa Timur; 2. lintang (lwn panjang) pd sesuatu kawasan: ~ tanah ini kira-kira dua puluh meter; ia tersenyum ~; ~ mulut (orang yg) banyak cakap; melebar menjadi (lebih) lebar: senyuman Datuk Ujang yg sudah tumpas tadi ~ semula; melebarkan membuat jadi lebar, melapangkan, meluaskan: mereka datang hendak ~ tanah jajahan mereka; ~ jalan-jalan yg sempit; memperlebar menjadikan lebih lebar; kelebaran keadaan lebar; pelebaran perihal atau perbuatan melebarkan, peluasan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |