rimas | 1. berasa tidak enak (tidak nyaman, tidak senang) kerana panas dll: kebanyakan orang muda sekarang kurang gemar lagi memakai pakaian kebangsaan, ~ kata mereka; 2. tidak senang hati, gelisah hati: perkataan itu seolah-olah utk menyenangkan hatinya sendiri yg berasa ~ bergelap begitu; merimaskan menyebabkan tidak enak (tidak nyaman, tidak senang, dll), mengganggu (fikiran), merunsingkan: ia disuruh memakai pakaian yg ~; berita buruk yg diterimanya itu ~ kepalanya; kerimasan perasaan rimas, kegelisahan hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keki | (kéki) Jk 1. berasa tidak senang (tidak gembira) melihat hal atau kelakuan orang lain: saya ~ melihat kelakuannya; 2. (berasa) iri hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rimas | 1 (berasa) tidak enak atau tidak senang kerana panas, bersesak-sesak dll. 2 tidak senang hati; (berasa) gelisah. merimaskan menyebabkan atau menimbulkan rasa rimas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyesal | 1. berasa tidak senang kerana telah melakukan sesuatu kesalahan (kejahatan dll), insaf telah bersalah: kalau rugi jangan ~ nanti; 2. berasa kecewa (akan), berasa tidak senang (akan): ia tidak ~ atas perbuatannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keperihan | 1. kepedihan, kesakitan: setitik air sabun yg masuk ke matanya menyebabkan ~; 2. ki perasaan tidak senang (tidak gembira dll), kepahitan, kepedihan (perasaan): dia sendiri dapat berasa ~ yg mencengkam hatinya itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terkilan | 1. terasa tidak senang hati, tersinggung perasaan: sahabat-sahabatnya ~ dgn kelakuannya yg bongkak sekarang; 2. berasa agak kesal atau tidak senang (kerana belum tercapai hajat, keinginan, dsb), terkelindan, terbuku: aku makan di kedai terasa ~ kalau barang makanan itu tidak dibawa pulang; dia tidak puas dgn nama Ahmad, dia sudah ~ hendak menjadi Haji Ahmad. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
susah | 1 rasa tidak puas hati kerana mengalami kesulitan dll; rasa tidak senang: Jika anakanda ~ tinggal di bandar, pulanglah ke kampung. ~ hati tidak senang hati; sedih; dukacita. | Kamus Pelajar |
kesal | 1. berasa kecewa atau tidak senang hati (di atas sesuatu perkara, perbuatan, dll), berasa sebal, berasa jengkel: penduduk-penduduk di situ ~ kerana tidak ada hospital atau klinik di daerah itu; katanya ia tidak ~ tentang apa yg berlaku ke atas dirinya kerana itu adalah suatu takdir; 2. perasaan kecewa (sesal, tidak senang hati), perasaan jengkel: ia mengisahkan dgn ~ tentang perceraiannya dgn isterinya; mereka berbuat sesuatu dgn tidak berfikir, kemudian timbul pula ~; mengesali berasa kesal (tidak senang) akan: menteri itu ~ sikap setengah-setengah parti pembangkang dlm hal ini; beliau ~ pergaulan bebas pemuda-pemudi; mengesalkan menyebabkan berasa kesal (kecewa, tidak senang hati), menimbulkan (membangkitkan) kesal: hal itu sangat ~ hati mereka berdua; kesalan rasa kesal: raut mukanya yg berkerut-kerut itu menunjukkan ~nya di atas segala-gala yg telah berlaku; kekesalan perihal (perasaan) kesal, kekecewaan, kesebalan, kejengkelan: mereka yg tidak berjaya kembali dgn penuh ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kilan I | ; terkilan 1. terasa tidak senang hati, tersinggung perasaan: sahabat-sahabatnya ~ dgn kelakuannya yg bongkak sekarang; 2. berasa agak kesal atau tidak senang (kerana belum tercapai hajat, keinginan, dsb), terkelindan, terbuku: aku makan di kedai terasa ~ kalau barang makanan itu tidak dibawa pulang; dia tidak puas dgn nama Ahmad, dia sudah ~ hendak menjadi Haji Ahmad. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sesal | perasaan tidak senang kerana telah melakukan sesuatu yg tidak baik (dosa dll), keinsafan telah bersalah: apabila ia melihat perbuatannya yg kasar itu, ia berasa ~; ~ dahulu pendapatan, ~ kemudian tiada berguna prb sebelum mengerjakan atau melakukan sesuatu hendaklah difikirkan habishabis; bersesal = ~ hati = menyesal; bersesalan, bersesal-sesalan salah-menyalahkan; ~ bagai Batak lari prb tuduhmenuduh sesama sendiri; menyesal 1. berasa tidak senang kerana telah melakukan sesuatu kesalahan (kejahatan dll), insaf telah bersalah: kalau rugi jangan ~ nanti; 2. berasa kecewa (akan), berasa tidak senang (akan): ia tidak ~ atas perbuatannya; menyesali 1. berasa sesal terhadap: tidak baik ibu berkata demikian sbg ~ untung; 2. berasa tidak senang kpd, mempersalahkan: dia ~ jawatankuasa pengelola yg seakanakan tidak tahu menjalankan tugasnya; sesal-menyesali bersesalan; menyesalkan 1. berasa sesal atau kecewa terhadap sesuatu, menyesali, menyalahkan: siapa yg hendak disalahkan, siapa yg harus disesalkan, manusia juga yg mengajar manusia jadi begini; 2. menyebabkan jadi menyesal: perbuatan yg sangat ~ dirinya; sesalan 1. perasaan sesal, (sesuatu) yg disesalkan: jikalau datang sesuatu hal di jalan, mati hidup tiadalah kami ketahui, jangan menjadi ~; air mukanya membayangkan rasa ~nya; 2. penentangan, celaan: keris inilah kelak akan menebus ~ patik hari ini; kesesalan perihal sesal, kekesalan: utk membuktikan ~ saya itu, saya sudi bekerjasama dgn pemerintah; penyesalan perihal menyesal(i). | Kamus Dewan Edisi Keempat |