Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = kurang ~ tidak patut atau tidak sopan (perkataan, perbuatan, dll), tidak menentu (pakaian), tidak manis dipandang: ia tidak suka aku bercampur dgn orang yg tidak ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Peribahasa

Tegak seroman-roman,
     duduk serupa-rupa.

Bermaksud :

Kelihatannya seperti orang pandai, tetapi tidak senonoh kelakuannya. roman = rupa.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ceroboh1 tidak senonoh; tidak sopan; kasar (ttg perangai): Perbuatannya terhadap kedua-dua temannya itu sangat ~. 2 tidak dgn saksama; tidak hati-hati: Tiada sesiapa yg mahu menghargai kerjanya yg ~ itu. 3 keji; hina: Gadis yg ~ itu kasar perangainya. menceroboh berbuat ceroboh; berbuat tidak senonoh. mencerobohi 1 membuat ceroboh terhadap (kpd): Berani engkau ~ anak penghulu itu? 2 melanggar negeri (kawasan dsb) orang lain. kecerobohan kelakuan ceroboh; ketidaksopanan. pencerobohan perbuatan (hal dsb) menceroboh atau mencerobohi: Me­lihatkan ~ Belanda itu, Raja Haji menjadi marah. penceroboh orang (negara dll) yg menceroboh atau mencerobohi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lucahtidak sopan; tidak senonoh; keji: kata-kata ~ kata-kata yg tidak senonoh. perempuan ~ pelacur.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ceroboh1. tidak senonoh; tidak sopan; kasar (ttg perangai): Perbuatannya terhadap kedua-dua temannya itu sangat ~. 2. tidak dgn saksama; tidak hati-hati:Tiada sesiapa yg mahu menghargai kerjanya yg ~ itu. 3. keji; hina: Gadis yg ~ itu kasar perangainya. menceroboh berbuat ceroboh; berbuat tidak senonoh. mencerobohi 1. membuat ceroboh terhadap (kpd): Berani engkau ~ anak penghulu itu? 2. melanggar negeri (kawasan dsb) orang lain. kecerobohan kelakuan ceroboh; ketidaksopanan. pencerobohan perbuatan (hal dsb) menceroboh atau mencerobohi: Melihatkan ~ Belanda itu, Raja Haji menjadi marah. penceroboh orang (negara dll) yg menceroboh atau mencerobohi.Kamus Pelajar
jangak I= penjangak orang yg berkelakuan tidak senonoh (cabul, jahat); perempuan ~ perempuan lacur; menjangak 1. hidup secara tidak senonoh; 2. berzina.Kamus Dewan Edisi Keempat
ugal-ugalanJw berkelakuan tidak senonoh (tidak sopan), kurang ajar.Kamus Dewan Edisi Keempat
lucahhina, keji, sangat rendah, tidak senonoh, tidak sopan: kata-kata ~; perempuan ~ pelacur; kelucahan kecabulan, kehinaan, kekejian.Kamus Dewan Edisi Keempat
ceroboh I1. tidak senonoh atau tidak sopan (bkn kelakuan, perbuatan, dsb), melanggar tatasusila, biadab: berlaku ~ terhadap anak gadis orang; 2. keji, hina; menceroboh 1. berbuat atau berlaku ceroboh (biadab, tidak senonoh, dsb): engkau berani ~ memegang tangan anakku!; dialah orangnya yg selalu ~ masuk ke bilik gadis atau isteri orang; 2. masuk ke kawasan orang atau ke wilayah sesebuah negeri dsb tanpa kebenar­an (dgn tujuan utk mengganggu, mencabuli, melanggari, dsb): pengganas komunis telah ~ masuk ke kawasan sempadan Malaysia-Thai; mencerobohi 1. melakukan perbuatan ceroboh (curang, tidak senonoh, dll) terhadap (se­seorang), berlaku biadab terhadap perempuan utk mencemarkan kehormatannya dsb, men­cabuli: jadi kau yg masuk ke bilik Aida dan cuba hendak ~nya tadi? 2. memasuki ka­wasan orang atau wilayah sesebuah negeri dsb tanpa kebenaran (dgn tujuan hendak meng­ganggu, menyerang, mendudukinya, dsb): bangsa yg berniat jahat sahaja yg ~ negeri orang; mempertahankan tanah air drpd dicerobohi tentera asing; ceroboh-mencerobohi saling mencerobohi: satu tempoh kestabilan dan tidak ~ selama 40 tahun; kecerobohan perihal ceroboh, kecabulan, kebiadaban, ketidaksopanan (kelakuan, tindakan); pencerobohan perihal (perbuatan, tindakan) menceroboh(i), pencabulan: kita mesti mempertahankan diri drpd ~ musuh; kita sering terdengar rungutan nelayan kita tentang ~ nelayan asing ke kawasan perairan negara ini; penceroboh orang (negara dll) yg mence­roboh(i).Kamus Dewan Edisi Keempat
semenggahpatut, senonoh, layak; ke­lakuan-nya tidak ~ tidak senonoh ke­lakuannya.Kamus Dewan Edisi Keempat
rumbu II1. tidak tentu hala, tidak senonoh (kelakuan); 2. rambu: budak ini ~ sangat; merumbu 1. berlaku tidak senonoh; 2. ber­jalan ke mana-mana, berkeliaran, merambu.Kamus Dewan Edisi Keempat
lancang II1. tidak senonoh (kelakuan, peng­ucapan, dll), tidak sopan, biadab: jangan marah kalau aku terlanjur dan dipandang ~ menulis surat kepadamu; 2. terlalu cepat (mengatakan atau melakukan sesuatu yg tidak baik atau sopan), lepas cakap (mulut): mengapa mulut engkau begitu ~?; ~ mulut suka mengeluarkan kata-kata yg tidak senonoh (yg menyakiti hati dsb); melancangkan melakukan sesuatu (yg tidak senonoh) dgn berani atau dgn cepat: mereka cuba ~ tangan mereka utk mengusik tubuh Esah; terlancang terlangsung (melakukan sesuatu), terlanjur; kelancangan perihal lancang; ~ mulut peri­hal (sifat, perbuatan) lancang mulut.Kamus Dewan Edisi Keempat
123456789

Kembali ke atas