Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
benar1 tidak salah; tidak keliru; betul: Hitungan yg dibuatnya itu ~. 2 amat; sangat, sungguh; sekali: Mahal ~ buku ini. membenarkan 1 menyatakan ia atau sah; menyungguhkan; mengakui: Ali menganggukkan kepalanya sbg tanda ~ kata-kata kawannya itu. 2 memberi izin; membolehkan: Tuan tanah itu tidak ~ sesiapa pun melintasi kawasannya. kebenaran 1 sesuatu yg benar; sesuatu yg sungguh-sungguh ada atau betul: Banyak perkara mustahil ttg atom yg telah dibuktikan ~nya dgn percubaan-percubaan sains. 2 kelulusan utk membenarkan; izin: Sebelum diadakan perundingan dgn Sultan, Belanda meminta ~ hendak membawa kapal mereka mudik ke Sungai Riau. 3 keadaan benar atau cocok dgn hal yg sesungguhnya: ~ khabar itu masih disangsikan lagi. pembenaran perbuatan atau hal membenarkan. sebenarnya 1 sebetulnya; sesungguhnya; nyatanya: ~ sudah dua tahun aku tinggal di sini. 2 memang begitulah halnya; demikianlah: ~lah yg kamu katakan itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
benar1. tidak salah; tidak keliru; betul: Hitungan yg dibuatnya itu ~. 2. amat; sangat; sungguh; sekali: Mahal ~ harga buku ini. membenarkan 1. menyatakan ia atau sah; menyungguhkan; mengakui: Ali menganggukkan kepalanya sbg tanda ~ kata-kata kawannya itu. 2. memberi izin; membolehkan: Tuan tanah itu tidak ~ sesiapa pun melintasi kawasannya. kebenaran 1. sesuatu yg benar; sesuatu yg sungguh-sungguh ada atau betul: Banyak perkara mustahil ttg atom yg telah dibuktikan ~nya dgn percubaan-percubaan sains. 2. kelulusan utk membenarkan; izin: Sebelum diadakan perundingan dgn Sultan, Belanda meminta ~ hendak membawa kapal mereka mudik ke Sungai Riau. 3. keadaan benar atau cocok dgn hal yg sesungguhnya: ~ khabar itu masih disangsikan lagi. pembenaran perbuatan atau hal membenarkan. sebenarnya 1. sebetulnya; sesungguhnya; nyatanya: ~ sudah dua tahun aku tinggal di sini. 2. memang begitulah halnya; demikianlah: ~lah yg kamu katakan itu.Kamus Pelajar
sungguh1. tidak bohong, tidak lancung,benar, betul: ~ demikianlah yg sebenar­-benarnya kejadian; 2. = ~ hati = sungguh-sungguh tidak main-main, dgn segenap hati, dgn tekun: kelemahan inilah yg harus diketahui, yg harus dicari sungguh-sungguh jika ia mahu berjaya; 3. amat, sangat, terlalu: bising ~ bunyi kedua-duanya bertengkar; letih ~ rasa badan saya; 4. memang, sebenar­nya, sebetulnya: ~ ada bapamu mening­galkan engkau emas; sesungguhnya 1. bahawasanya, sebenarnya, sebetulnya: ~ dua hari yg lalu, laki-laki perem­puan banyak datang menemui dia; 2. memang (begitu), sememangnya: ~ hari telah rembang petang, matahari sudah condong benar ke barat; bersungguh-sungguh (berusaha, bekerja) dgn segenap hati, dgn penuh minat, tidak main-main: apakah pengakuannya itu satu penga­kuan yg dibuat ~ atau kerana paksaan? menyungguhi, menyungguh-nyungguhi, mempersungguhi Mn mengerjakan sesuatu dgn sungguh-sungguh (tidak main-main, dgn sedaya upaya): maka diangkat tiada ter­angkat, maka disungguhi, terangkat se­hingga lutut; menyungguhkan 1. mengakui, membe­narkan, mengesahkan: sekalian yg mende­ngar itu ~; 2. = mempersungguhkan mengusahakan benar-benar (dgn segenap hati): segala amalan mengutamakan peng­gunaan bahasa kebangsaan akan dima­jukan terus, bahkan mustahak dipersung­guhkan lagi; 3. = ~ diri menjaga diri supaya selamat (drpd musuh dll); kesungguhan perihal (sikap dsb) sungguh­-sungguh, kebulatan hati, minat serta kete­kunan (melakukan sesuatu), ketulusan: ia mendengarnya dgn penuh ~; satu persoalan yg dapat kita lihat amat relevan sekarang ialah ketegasan dan ~ kerajaan dlm usaha­nya melaksanakan penggunaan bahasa Melayu; penyungguhan perihal menyungguhkan (membenarkan, mengiakan), pembenaran, pengesahan.Kamus Dewan Edisi Keempat
meringankan1 menjadikan ringan; memudahkan; menyenangkan: Mesin-mesin moden sesungguhnya telah dpt ~ kerja para petani di kampung. 2 memandang tidak mustahak atau tidak penting; menganggap ringan (mudah): Dia tidak suka ~ agamanya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
disorientasi(disoriéntasi) proses atau keadaan yg mengelirukan atau membingungkan berhubung dgn masa, tempat dan identiti: juru­terbang mengalami ~ dan tidak dapat mengawal helikopternya; sesungguhnya budaya lepak hanya satu manifestasi kecil dr gejala yg lebih besar, iaitu ~ budaya.Kamus Dewan Edisi Keempat
secocoksesuai (dgn), setuju: sesungguhnya perbualan secara begini, sangat tidak sebulu dan ~ dgn Jamilah;Kamus Dewan Edisi Keempat
absurdmustahil, tidak masuk akal, berten­tangan dgn fikiran yg waras: sesungguhnya adalah ~ utk berbuat demikian kerana subjeknya hanya diketahui oleh segelintir manusia.Kamus Dewan Edisi Keempat
hakikatAr sesuatu yg tidak dapat ditiadakan atau dinafikan kebenaran, kenyataan: kita tidak dapat menafikan ~ bahawa manusia semakin hari semakin saling bergantungan antara satu sama lain; pd ~nya sebenarnya, sesungguhnya: pd ~nya kemunduran itu adalah akibat kemiskinan; syariat palu-memalu, ~ balas-membalas prb Mn kebaik­an hendaklah dibalas dgn kebaikan; menghakikatkan menjadikan hakikat ba­ha­wa: seseorang yg telah menerima dan mengaku dgn kerelaan hati dan ~ Allah sbg Tuhannya.Kamus Dewan Edisi Keempat
tepat1. betul (arahnya, tujuannya), lurus: memang sudah buntarlah bayang-bayang kerana matahari ~ di atas kepala; 2. tidak menyimpang drpd sasarannya (tujuannya), kena benar: tangannya terketar-ketar dan tidak dapat menembak bulan-bulan itu dgn ~; 3. tidak kurang dan tidak lebih (waktu dll), tidak berselisih sedikit pun, betul-betul: ~ pd pukul sepuluh malam, kereta api mel dr Kuala Lumpur ke Singapura mulai bergerak; ~ tengah hari; 4. tidak bersalahan lagi (dugaan, ramalan), betul, cocok: ramalannya memang ~ sekali; 5. sesuai dan patut (peraturan, kritikan, dll), jitu: tindakan yg ~ hendaklah diambil terhadap mereka yg tidak mematuhi disiplin bekerja; 6. kena benar (jawaban, perkataan, dll), betul: saya rasa memang ~ kalau saya mengatakan bahawa kita akan sentiasa kagum apabila berada di Pantai Timur; 7. tidak cakah atau tirus (sudut), betul-betul 90 darjah: jadikan penjurunya ~; tepatnya 1. sesungguhnya, betulnya, sahnya; 2. tegasnya; bertepatan 1. bersamaan dgn (waktunya), betul-betul kena waktunya dgn (sesuatu): surat itu sampai ~ dgn kedatangan sahabat-sahabat; 2. sama benar (dgn), tidak ber-salahan atau berlainan sama sekali (drpd), cocok (dgn): kandungan buku itu ~ dgn sukatan pelajaran; 3. = berketepatan ke-betulan pula, berkebetulan; menepat 1. langsung ke, terus ke, sampai (ke tempat yg dimaksudkan): jalan ini ~ ke Seremban; 2. = menepati menuju ke, pergi ke, menujui; 3. terus pergi ke (utk bermalam dll); menepati 1. berpegang teguh pd (janji, kata, dll), tidak memungkiri, menunaikan: orang yg sentiasa tidak ~ janji itu, tanda munafik, dan akan ke neraka bulat-bulat; 2. ber­tepat­an dgn, tidak bersalahan (berlainan) drpd: tulisan-tulisan Ismail Hussein baik yg bersifat kajian sastera mahupun yg memuat­kan pemikiran kritis dan analitisnya, adalah ~ istilah esei dlm kajian ini; menepatkan 1. menjadikan tepat, menya­ma­kan benar, mencocokkan; 2. menujukan tepat-tepat, mengalamatkan (surat dll) kpd, mengarahkan; 3. = mempertepat menjadi­kan betul, memperbaiki; tepatan 1. tempat atau orang yg didatangi (utk menumpang bermalam dll): kaum kera­bat ~nya tidak ada, tentu saja dia dibawa ke rumah kaum kerabat Leman; 2. orang tempat meminta pertolongan (per­lindungan dll), tempat bernaung; 3. tempat orang datang berkumpul-kumpul dll; ~ jiwa kekasih, buah hati; ~ pandang yg diper­hatikan; ketepatan perihal tepat, atau bertepatan dgn sesuatu, kejituan: ~ ramalannya itu bertang­gungjawab menyelamatkan bandar Melaka drpd kepungan tersebut; ~ semua kajian yg selanjutnya bergantung pd ~ pengklasi­fikasian; berketepatan berbetulan, kebetulan; pertepatan persamaan (waktu dll): terdapat pula oleh kita banyak ~ berlaku dlm cerita ini; penepatan perihal atau perbuatan dsb mene­pat­kan (menepat, menepati); penepat sesuatu yg menjadikan tepat; sudut ~ dua sudut yg apabila dicampurkan merupa­kan sudut 90 darjah.Kamus Dewan Edisi Keempat
taubat1. sesal akan dosa (perbuatan jahat dll) dan berazam tidak akan berbuat dosa (jahat) lagi, perasaan tidak senang (rasa kesal) kerana telah melakukan kesalahan dan berazam tidak akan mengulanginya lagi: ~lah kakanda, janganlah kakanda perbuat lagi spt yg telah lalu; 2. kembali kpd Tuhan (dgn mening­galkan perbuatan dll yg dilarang dan membuat apa-apa yg disuruh), kembali atau pindah agama kpd agama yg dianggap benar: dahulu ia seorang ateis, tetapi sekarang sudah ~ nampaknya, hendak naik haji pula; ~ nasuha taubat (rasa kesal) yg sesungguhnya; 3. bp sudah tidak berani berbuat lagi, sudah bosan, sudah jera: ~, aku tak pergi lagi; 4. kata seru utk menyatakan perasaan hairan (kesal, sebal, dll): ~, ~, bodoh benar budak ini! bertaubat 1. menyesal dan berazam mem-perbaiki diri, mengaku salah, berasa serik; 2. kembali kpd Tuhan atau agama; menaubatkan 1. membuat orang taubat (menyesali dosanya dan kembali kpd Tuhan); 2. menjerakan, mengalahkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas