kegoncangan | keadaan tidak tenteram (tidak aman dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gelisah | tidak tenang (hati), tidak tenteram, tidak sabar (menanti dll), risau: hari sudah jauh malam, perempuan itu ~ memikirkan hal anaknya yg belum pulang lagi; resah ~ sangat gelisah;menggelisah berlaku (bertindak) gelisah, berada dlm keadaan gelisah: ia duduk salah, berdiri tidak kena, ke sana ke mari ~; menggelisahkan menimbulkan atau menyebabkan rasa gelisah, mencemaskan, merunsingkan: keluarnya Singapura drpd Malaysia ~ sebahagian besar penduduk di Malaysia;kegelisahan perihal gelisah, perasaan gelisah: inilah punca penderitaan dan ~ jiwa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selirat | ; berselirat 1. berjalin-jalin dan kusut (sarang labah, jaring, dll): saluran-saluran darah yg halus ~ di dlm dinding usus; 2. ki berkecamuk (fikiran dll), tidak tenteram: banyak benar perkara yg ~ dlm kepala saya; menyeliratkan menjadikan atau menyebabkan berselirat; ~ fikiran menyebabkan fikiran berkecamuk atau tidak tenteram; ® sirat I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
golak II | ; bergolak 1. menggelegak, mendidih (air yg masak dll); 2. timbul huru-hara, tidak tenang (keadaan politik dll); 3. tidak tenteram (fikiran, perasaan), bergelora, sangat gelisah: hatinya ~ kerana mendapat berita buruk;pergolakan kekacauan (kekalutan, kekeruhan) dlm lapangan politik dll, huru-hara, keadaan tidak tenteram: ~ politik akibat percubaan rampasan kuasa itu makin meruncing; ~ perjuangan merasmikan bahasa Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pusang hati | tidak tenteram hati, rusuh hati, gelisah: di dlm hati sangatlah ~ melihat pangkalan ditutup pasang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelesah | (kelésah) tidak tenteram (perasaan), resah, gelisah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kegemuruhan | keadaan tidak tenteram, keributan: berlaku suatu ~ drama sejarah pd awal-awal tahun 1950-an. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
goda | ; menggoda 1 mengajak (memujuk) atau menghasut supaya berbuat jahat: Syaitan ~ manusia. 2 menjadikan tidak aman atau tidak tenteram; mengacau; mengganggu: Peristiwa yg ngeri itu selalu ~ fikirannya. tergoda telah digoda. godaan 1 sesuatu yg menarik kpd berbuat jahat: Jangan diturut ~ syaitan. 2 sesuatu yg menjadikan fikiran (keadaan dsb) tidak aman atau tidak tenteram; gangguan. penggodaan perbuatan menggoda; penggangguan. penggoda orang dsb yg menggoda. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pusang | ark 1. = ~ hati tidak tenteram hati, rusuh hati, gelisah: di dlm hati sangatlah ~ melihat pangkalan ditutup pasang; 2. = perut ~ perut busung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
porak-peranda | 1. (keadaan) tidak tenteram (huru-hara dsb), kucar-kacir: kampung kami yg aman damai menjadi ~; masalah ini boleh mengakibatkan ~ dlm masyarakat; ada juga yg menganggap isu itu sbg punca berlakunya ~ dan keruntuhan sesebuah rumah tangga; 2. cerai-berai, berserak; memporak-perandakan menjadi porakperanda (kacau-bilau, kucar-kacir, moratmarit): perbuatan itu akan melahirkan permusuhan dan boleh ~ masyarakat; keporak-perandaan perihal porak-peranda. | Kamus Dewan Edisi Keempat |