Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
rancutidak teratur, campur aduk, kacau (ba-hasa); merancukan menjadikan tidak teratur, mencampuradukkan, mengacaukan; kerancuan keadaan rancu (tidak teratur dsb), kekacauan: kekeliruan penggunaannya hanya akan meningkatkan kadar ~ kita ber­bahasa.Kamus Dewan Edisi Keempat
kacau I1. tidak tersusun (teratur), campur baur, campur aduk: susunan kad itu ~; 2. kusut, tidak berketentuan, tidak teratur, tidak ten­teram: fikirannya ~; 3. huru-hara, tidak aman, tidak tenteram: pemimpin-pemimpin Perikatan menenteramkan keadaan ~ di Singapura; ~ daun mengganggu urusan peribadi, ketenangan, keselesaan dsb, orang lain; 4. = berkacau; berkacau 1. bercampur baur, bergaul betul: tunggu sampai cat itu sudah ~ benar; 2. ber­campur aduk (dgn hal-hal lain), berkecamuk, tidak kemas dan teratur: suasana pd masa itu ~ dgn soal perkauman; fikirannya ~; mengacau 1. menggaul sampai berkacau, mengaduk: ~ air kopi; 2. menjadikan kacau (tidak teratur, tidak aman, dll), menimbulkan huru-hara (kesulitan dll): ~ ketenteraman; 3. merunsingkan (fikiran, perasaan): ~ fikiran; anaknya ~ hatinya; mengacaukan 1. menjadikan bercampur (bergaul) betul; 2. menjadikan berkacau dgn hal-hal lain; 3. mengacau, menimbulkan keadaan yg kacau: satu pembaikan yg agak luas mempengaruhi sistem ejaan baru ini ialah dr segi keselarasan vokal yg dahulunya hal ini amat ~; memperkacaukan menjadikan berkacau; kacauan (sesuatu) yg bercampur aduk: bahasa Melayu pasar ialah bahasa ~; kekacauan keadaan kacau, keadaan tidak teratur (tidak aman dsb), kejadian yg merosak­kan (mengganggu) ketenteraman, kerusuhan: melawat tempat berlakunya ~; kepelbagaian ejaan utk satu bahasa tentulah menimbulkan ~ sahaja; pengacauan perihal mengacau; pengacau 1. (orang) yg mengacau, perusuh; 2. alat utk mengacau.Kamus Dewan Edisi Keempat
lambaklonggokan atau timbunan barang-barang yg tidak teratur: jual ~ jualan yg dibuat secara lambak (boleh dibeli satu-satu atau secara borong); pasar ~ pasar yg barang-barang dagangannya dilonggokkan (tetapi boleh dibeli secara runcit atau secara borong). berlambak 1. bertimbun-timbun dgn tidak teratur; tidak tersusun rapi. 2. terlalu banyak. melambakkan melonggokkan (barang-barang dgn tidak teratur): Ia ~ kain-kain kotor di lantai.Kamus Pelajar
pincang-pincungtidak teratur, tidak betul perjalanannya; ®pincang I.Kamus Dewan Edisi Keempat
pincung; pincang-~ tidak teratur, tidak betul perjalanannya; ®pincang I.Kamus Dewan Edisi Keempat
jangkih-mangkihtidak teratur, tidak keruan, jongkang-jangking.Kamus Dewan Edisi Keempat
camuk II; bercamuk tidak teratur, bersepah­sepah, berselerak: kain baju di dlm almari itu ~ ditariknya; kecamukan keadaan tidak teratur, kecela­ruan: persoalan tersebut menimbulkan ~ dan ketidaktentuan dlm sistem perkhidmatan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kekacauankeadaan kacau, keadaan tidak teratur (tidak aman dsb), kejadian yg merosak­kan (mengganggu) ketenteraman, kerusuhan: melawat tempat berlakunya ~; kepelbagaian ejaan utk satu bahasa tentulah menimbulkan ~ sahaja;Kamus Dewan Edisi Keempat
berlambak1 bertimbun-timbun dgn tidak teratur; tidak tersusun rapi. 2 terlalu banyak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pasukan liarId pasukan yg tidak teratur (tidak termasuk tentera rasmi);Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas