bebas | (bébas) 1. tidak terhalang (utk bergerak, bercakap, dll), tidak terkongkong, tidak terkurung, lepas, leluasa: angkasa ~; dunia ~; politik ~; setiap orang ~ mengeluarkan pendapatnya; 2. lepas drpd kewajiban (tuntutan, ketakutan, cukai, hukuman, dll): ia ~ drpd kewajiban memberi belanja kpd bekas isterinya; tidak seorang pun ~ drpd cukai; 3. merdeka (tidak dikuasai oleh negara lain): negara-negara ~ menjadi ahli BB; ~ cukai tidak dikenakan sebarang cukai (tentang perniagaan, barang, dll); ~ tol a) tidak dikenakan bayaran utk panggilan telefon: syarikat itu menyediakan satu talian telefon ~ tol; b) tidak dikenakan bayaran utk menggunakan jalan raya, jambatan dll: kerajaan akan menyediakan laluan alternatif ~ tol bagi setiap jalan bertol;membebaskan 1. memberi keadaan bebas (utk bergerak, bercakap, dll), memberi keleluasaan, melepaskan: baru beberapa hari dibebaskan drpd tahanan, ia sudah mencuri lagi; 2. melepaskan drpd kewajiban (tuntutan, tekanan, hukuman, dll): tidak patut ia ~ diri drpd tanggungjawab terhadap gadis itu; 3. memerdekakan (drpd kekuasaan lain): angkatan bersenjata Sekutu ~ Yunani drpd tangan Fasis; 4. memberhentikan (drpd tugas atau jawatan): pegawai itu dibebaskan drpd jawatannya;kebebasan perihal (keadaan) bebas, kemerdekaan: Kedah mencari ~ negerinya drpd takluk orang-orang Siam; ~ akhbar kebebasan surat khabar menyiarkan berita (membuat ulasan dsb) tanpa dikongkong atau disekat;pembebasan perihal (perbuatan, tindakan, usaha) membebaskan: negara itu meneruskan perjuangan ~ wilayahnya yg diduduki musuh; pembebas orang (alat dll) yg membebaskan: kuman ~ nitrogen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ucul | Jw tidak terikat (terkurung dll), lepas, bebas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengepung | mengelilingi orang dll supaya terkurung atau tidak lepas lari: Mereka sedang ~ pengganas-pengganas yg bersembunyi di pondok itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengepung | mengelilingi orang dll supaya terkurung atau tidak lepas lari:Mereka sedang ~ pengganas-pengganas yg bersembunyi di pondok itu. | Kamus Pelajar |
kepung | ; berkepung berdiri atau duduk mengelilingi sesuatu. mengepung mengelilingi orang dll supaya terkurung atau tidak lepas lari: Mereka sedang ~ pengganas-pengganas yg bersembunyi di pondok itu. terkepung sudah dikelilingi (oleh pihak lawan atau musuh). kepungan lingkungan yg dibuat oleh orang-orang yg berkepung atau mengepung: Beliau berjaya melepaskan diri drpd ~ musuh. pengepungan perbuatan atau hal mengepung: ~ itu berlaku selama tiga hari, kemudian barulah pihak musuh menyerah diri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kepung | berkepung berdiri atau duduk mengelilingi sesuatu. mengepung mengelilingi orang dll supaya terkurung atau tidak lepas lari:Mereka sedang ~ pengganas-pengganas yg bersembunyi di pondok itu. terkepung sudah dikelilingi (oleh pihak lawan atau musuh). kepungan lingkungan yg dibuat oleh orang-orang yg berkepung atau mengepung: Beliau berjaya melepaskan diri drpd ~ musuh. pengepungan perbuatan atau hal mengepung: ~ itu berlaku selama tiga hari, kemudian barulah pihak musuh menyerah diri. | Kamus Pelajar |
mengepung | mengelilingi (orang dll) supaya terkurung atau terperangkap (tidak dapat lepas lari), melingkungi (orang, binatang, tempat persembunyian, dll): mereka sedang ~ seekor harimau buas; maka dikepunglah oleh Bugis kubu Terampak itu dilingkunginya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terperap | 1. tertahan, tidak terurus, tertumpuk (surat dll); 2. terkurung, terpendam: dia lebih suka ~ di dlm biliknya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terpenjara | 1 terkurung atau dikurung dlm penjara: Selama lima tahun, dia ~ kerana melakukan kesalahan itu. 2 ki tidak bebas (melakukan sesuatu): Jiwanya ~, walaupun dia tidak dihalang utk ke mana-mana. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terperuk | 1. tersimpan (terbenam dll) dlm beg (di ceruk, di pelosok rumah, dll): di dlm peti itulah ~ sebuah novelnya; 2. ki tinggal dlm rumah sahaja dll (tidak keluar-keluar), terkurung (dlm rumah dll): ia ~ sahaja di rumah hingga tidak mengetahui perkara-perkara yg berlaku di kampung itu; 3. Jk terbenam (ke dlm lubang dll), terperosok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |