Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tikar (kata nama)
Bersinonim dengan serampin, kelasa, sejadah, hamparan, permaidani, ciu.,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bidang1 bahagian drpd sesuatu yg datar lagi tertentu luasnya: Kotak itu enam ~nya. 2 terbuka dgn lebar; luas: Dadanya ~. 3 ukuran panjang yg besarnya lebih kurang 5 hasta: Berapa ~nya tikar ini? 4 penjodoh bilangan utk benda-benda yg luas spt layar, tanah: Saya memiliki dua ~ tanah sawah di kampung. 5 sesuatu jurusan ilmu pengetahuan, penyelidikan dsb yg diikuti; lapangan hidup yg dijalani: Kita masih ketinggalan dlm ~ ekonomi. ~ kuasa kuasa yg telah ditetapkan batasannya dan diberikan kpd sesebuah badan kerajaan atau pejabat sesuatu jawatan utk membolehkannya menjalankan tugas dgn berkesan. membidangkan 1 membentangkan kulit (belulang dsb) dgn bingkai. 2 mengelompokkan sesuatu mengikut bidang (lapangan dsb) yg sama. 3 membuat jadi bidang; melebarkan: ~ dada membusungkan dada. pembidangan perbuatan atau hal membidangkan; pengelompokan mengikut bidang (lapangan) yg sama. pembidang bingkai tempat membentangkan atau tempat meregangkan kulit (kain tenunan dsb).Kamus Pelajar Edisi Kedua
hampar; menghampar terbuka dgn luas dan rata; terpapar: Sawahnya rata bagai tikar ~. menghampari membentangkan (sesuatu) pd: Lantai itu dihampari tikar mengkuang yg halus buatan­nya. menghamparkan 1 membuka sesuatu yg bergulung atau yg berlipat lebar-lebar; membentangkan: ~ tikar. 2 menerangkan sesuatu dgn panjang lebar. terhampar 1 terbuka luas dan rata; terbentang: Di lantai, ~ permai­dani yg indah. 2 bertaburan; bertebaran merata-rata: Darah pun banyak ~ di bumi. hamparan 1 sesuatu (spt permaidani, tikar) yg dihamparkan: Berapa meter persegikah ~ yg dikehendaki utk bilik yg besarnya 5 meter dgn 4 meter? 2 sesuatu yg terbentang luas (sawah dll): ~ sawah yg menghijau.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bidang1. bahagian drpd sesuatu yg datar lagi tertentu luasnya: Kotak itu enam ~nya. 2. terbuka dgn lebar; luas: Dadanya ~. 3. ukuran panjang yg besarnya lebih kurang 5 hasta: Berapa ~nya tikar ini? 4. penjodoh bilangan utk benda-benda yg luas spt layar, tanah dsb: Saya memiliki dua ~ tanah sawah di kampung. 5. sesuatu jurusan ilmu pengetahuan, penyelidikan dsb yg diikuti; lapangan hidup yg dijalani: Kita masih ketinggalan dlm ~ ekonomi. ~kuasa kuasa yg telah ditetapkan batasannya dan diberikan kpd sesebuah badan kerajaan atau penjabat sesuatu jawatan utk membolehkannya menjalankan tugas dgn berkesan. membidangkan 1. membentangkan kulit (belulang dsb) dgn bingkai. 2. mengelompokkan sesuatu mengikut bidang (lapangan dsb) yg sama. 3. membuat jadi bidang; melebarkan: ~ dada membusungkan dada. pembidangan perbuatan atau hal membidangkan; pengelompokan mengikut bidang (lapangan) yg sama. pembidang bingkai tempat membentangkan atau tempat meregangkan kulit (kain tenunan dsb).Kamus Pelajar
bidang I1. permukaan yg datar (batasnya tertentu): maka seludang mayang itu menjadi gong, Jeming namanya, ~nya menjadi pedang; 2. ukuran lebar sesuatu (spt kain, tikar, dll): kain ini ~nya 39 inci atau satu meter; 3. lebar: dadanya ~; 4. ukuran panjang (kira-kira lima hasta): dua ~; 5. penjodoh bilangan bagi benda yg luas (spt tanah dsb): di tengah-tengah se~ sawah; 6. kegiatan yg diceburi, lapangan: berkecimpung dlm ~ seni lakon; 7. bahagian ilmu pengetahuan (penyelidikan dsb) yg tertentu, lapangan, jurusan: melanjutkan pelajaran dlm ~ kejuruteraan awam; 8. bahagian drpd permukaan sesuatu yg datar dan mempunyai keluasan yg tertentu: kotak itu mempunyai enam ~; ~ kuasa ketentuan-ketentuan yg menyatakan sejauh mana atau sebanyak mana kuasa yg ada pd atau yg boleh digunakan oleh seseorang; ~ tugas butir-butir mengenai tugas seseorang; membidangkan membentangkan (kulit dll) pd bingkai; ~ dada membusungkan dada; bidangan ark bidang, petak; pembidang, pembidangan bingkai (tempat membentang kulit, gambar, dll): ~ sebuah gambar harganya drpd harga gambar itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
menghamparimembentangkan (sesuatu) pd: Lantai itu dihampari tikar mengkuang yg halus buatan­nya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
alassesuatu spt kain, kertas yg digunakan utk melapik atau utk tempat meletakkan sesuatu; lapik. ~ baju lapik baju. ~ bantal kain yg diletakkan di atas bantal yg tidak bersarung. ~ cawan piring. ~ kaki tikar atau bangku tempat meletakkan kaki. ~ meja kain dsb sbg penutup meja. ~ perut a. makanan yg pertama dimakan pd pagi hari supaya perut tidak masuk angin. b. makanan yg sedikit yg dimakan supaya tidak terlalu lapar. ~ tilam kain penutup tilam. beralas memakai alas; berlapik. beralaskan 1 menggunakan sesuatu sbg alas: Meja itu ~ kain putih. 2 ki menggunakan sesuatu sbg asas atau dasar (ketika memberikan pendapat): Tuduhan itu hanya ~ bukti-bukti palsu. mengalas memberi beralas; melapik: Emaknya ~ meja makan dgn sehelai kain putih. mengalasi menjadi sbg alas kpd: Sehelai tikar ~ tilamnya. mengalaskan 1 meletakkan atau menjadikan sesuatu (tikar dll) sbg alas kpd: Dia ~ sehelai tikar di bawah tilam anaknya. 2 mendasarkan pendapat (tindakan dll) pd; menjadikan sesuatu sbg dasar. alasan sebab-sebab yg menjadi pendorong utk membuat sesuatu; keterangan atau bukti yg dijadikan dasar: Apa ~nya maka ia tidak mahu menghadiri majlis itu?Kamus Pelajar Edisi Kedua
duduk bertimpuhduduk dgn melipatkan kedua-dua belah kaki dan dgn punggung di atasnya, bersimpuh: Normah ~ di atas tikar, suaminya bersila di hadapan­nya;Kamus Dewan Edisi Keempat
bertimpuh= duduk ~ duduk dgn melipatkan kedua-dua belah kaki dan dgn punggung di atasnya, bersimpuh: Normah ~ di atas tikar, suaminya bersila di hadapan­nya;Kamus Dewan Edisi Keempat
timpuhbertimpuh = duduk ~ duduk dgn melipatkan kedua-dua belah kaki dan dgn punggung di atasnya, bersimpuh: Normah ~ di atas tikar, suaminya bersila di hadapan­nya; timpuhan keadaan bertimpuh, simpuhan.Kamus Dewan Edisi Keempat
duduk1. beristirahat di atas punggung (spt bersila, bersimpuh, dll): saya terpaksa ~ di atas pokok itu sahaja; anak kecil itu ~ di atas pangkuan ibunya; 2. tempat letaknya: skru itu tidak betul ~nya, senget; 3. terletak, berada: sebuah lampu yg ~nya 3 meter dr lantai; rumah kediaman bapa Busu ~nya di hujung suatu lorong; 4. = kedudukan keadaan yg sebenarnya (bkn sesuatu hal dll): pekerjaan berternak kuda lain ~nya dgn bercucuk tanam; 5. tinggal (di), diam (di), menetap, berumah: maka ~lah dia di Sungai Baharu menjadi khatib; sudah bertahun-tahun mereka ~ di rumah itu; 6. terus berada (di sesuatu tempat), tinggal: malam itu selepas makan, Bakar ~ di biliknya spt biasa; 7. berkahwin, bernikah, bersatu: Tun Teja su­dahlah bertunangan dgn raja Pahang dan hampirlah akan ~; 8. hampas (kopi, teh, dll); 9. = terduduk termendak atau meng­endap (bkn serbuk kopi, teh, bauran, dll); 10. mempunyai tempat atau kerusi (di parlimen, majlis tertinggi, dsb), berada: dia adalah salah seorang wakil rakyat yg ~ dlm Majlis Ter­tinggi Keselamatan Dalam Negeri; 11. bp sedang (melakukan sesuatu): dia ~ termenung seorang diri; ~ menjahit (membaca, menulis, dll); ~ antara dua sujud duduk selepas sujud yg pertama (di dlm sembahyang orang-orang Islam); ~ berapit duduk di antara dua orang; ~ berjuntai duduk di tempat yg tinggi dgn men­juntaikan kaki; ~ berlutut duduk dgn kaki dibengkokkan dan kepala lutut mengenai lantai, bertelut; ~ bernama bunga sekuntum duduk berlutut ketika mengangkat sembah; ~ bersila duduk dgn melipatkan dan menyi­langkan kaki; ~ bersimpuh (bertimpuh) duduk dgn melipatkan kedua-dua belah kaki ke belakang; ~ bertindih lutut duduk di atas kerusi dgn sebelah lutut diletakkan di atas lutut yg satu lagi, bersila panggung; ~ bertinggung mencangkung; ~ perut mengandung; ~ berkelompok, tegak berpusu prb orang yg duduk pd tempat selayaknya dlm sesuatu majlis; ~ berkisar tegak berpaling prb mung­kir janji atau tidak menepati cakap; ~ di ambung-ambung taji prb orang yg selalu dlm kerunsingan; ~ di dlm tabir langit-langit ber­bau tembelang prb perempuan yg ber­kurung dlm rumah tetapi kejahatannya di­ketahui orang; ~ dlm duri yg banyak, ber­sandar di tiang rengas prb hidup yg serba salah kerana menghadapi bencana; ~ dgn cupak gantang prb ketua yg adil; ~ dgn sukatan prb orang yg kaya; ~ meraut ranjau, tegak meninjau jarak prb orang yg sentiasa membuat kerja; ~ sama rendah, berdiri (tegak) sama tinggi prb orang yg sama sedarjat; ~ sehamparan, tegak sepermatang prb orang yg sedarjat dlm adat; ~ seorang bersempit-sempit, banyak ber­lapang-lapang prb fikiran yg diperoleh drpd perbincangan lebih bernas drpd fikiran yg bersendiri; ~ spt kucing, melompat spt hari­mau prb orang pendiam yg tangkas bekerja dan berfikir; belum ~ sudah berlunjur meng­anggap sudah memperoleh atau me­miliki sesuatu perkara yg belum pasti dapat dimiliki atau dikuasai atau bergirang dahulu sebelum maksud tercapai; jikalau kita ~ di atas ciau emas sekalipun, lamun hati tiada senang juga prb jika hati seseorang itu selalu susah dan resah, walau bagaimana senangnya tetap berduka juga; duduk-duduk berehat-rehat (mengambil angin dsb): sewaktu sampai di situ, aku melihat Said dan beberapa orang lain sedang ~ di bawah pokok; berdudukan sedang duduk (di atas bangku, kerusi, dsb): orang-orang yg ~ di bangku-bangku panjang di ruang menunggu itu memandang ke arah mereka yg baru me­masuki ruang itu; menduduki 1. mengambil tempat duduk, duduk di: tikar terbentang diduduki; 2. = mengeduduki mendiami, tinggal di: bebe­ra­pa orang datang ke bilik yg diduduki orang baru itu; rumah itu sudah lama tidak di­duduki orang; 3. menakluki (mengalahkan) dan menguasai sesebuah negeri dll: penye­rangan itu bermaksud hendak ~ Sri Wijaya; 4. mengambil (memasuki, mengikuti) sesuatu peperiksaan atau ujian: mereka telah ~ pe­pe­riksaan itu dlm bahasa Inggeris pd tahun lalu; 5. duduk (berada) di (kerusi parlimen, majlis tertinggi, dsb): beliau akan ~ kerusi dlm Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu; 6. ki memikat hati se­seorang: pe­muda itu telah berjaya ~ hatinya yg kosong selama ini; mendudukkan 1. meletakkan (menyuruh, mempersilakan) duduk: maka baginda pun ~ anakanda baginda di atas singgahsana yg dua belas tingkat; dia mengambil anak­nya dan ~nya di atas ribanya; 2. men­dapatkan kesimpulan (penyelesaian) sesuatu perkara; 3. mengahwinkan, menikahkan: maka oleh Raja Aftabul-Ardl akan Raja Chulan itu didudukkan baginda dgn anak­anda baginda tuan puteri Mathabul-Bahri; terduduk 1. terjatuh duduk, duduk dgn tiba-tiba dan tidak sengaja; 2. mengendap atau terendap (serbuk kopi, teh, dll); kedudukan 1. tempat tinggal (yg didiami); 2. tempat letaknya: ~ Singapura di tengah-tengah jalan laut yg menghubungkan Timur dan Barat menyebabkannya menjadi pe­labuh­an yg begitu penting di Asia; 3. keadaan atau selok-belok (hal) sesuatu perkara (ter­utama pd masa tertentu), situasi: sudah berkali-kali ia menerangkan ~ yg sebenar­nya kpd penduduk-penduduk di situ; ~ politik (eko-nomi dsb); 4. tingkatan taraf (martabat, darjat, dsb): tiap-tiap orang ada harapan utk mendapat pangkat dan ~ yg tinggi dlm negaranya; sekedudukan 1. sama tarafnya (martabat­nya, darjatnya); 2. bersetubuh: ada suami yg terus membunuh laki-laki yg ~ dgn isterinya sendiri; bersekedudukan 1. bersetubuh: terasa loya tekaknya, kerana rasa getik dan jijik ~ dgn orang tua bangka itu nanti; 2. tinggal ber­sama (spt suami isteri) tanpa bernikah: Cik Mah dihadapkan ke Mahkamah Syariah di atas tuduhan ~ dgn Kandasamy selama 27 tahun sehingga mendapat sembilan orang anak; berkedudukan 1. mempunyai kedudukan (tempat letaknya), terletak, berada: jarum penimbang itu diganjakkan sehingga ~ betul-betul pd nombor 0; 2. mempunyai kedudukan (taraf, darjat, dsb), bertaraf, berdarjat, bermartabat: dia ~ tinggi di mata masyarakat; pendudukan perihal atau perbuatan men­duduki sesuatu daerah atau negara oleh kuasa luar (tentera dll): dlm masa ~ Jepun saya bekerja di Berita Malai; penduduk orang yg menduduki sesuatu daerah (tempat, negeri, dll): tidak ada seorang pun drpd ~ kampung itu yg berani keluar melihat pembunuhan itu; berpenduduk mempunyai penduduk: Malaysia ~ lebih drpd 14 juta orang dlm tahun 1984; kependudukan segala hal mengenai pen­duduk (sesuatu tempat, daerah, negeri, dsb): aspek ~ dibincangkan dlm simposium itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas