Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj binatang mengerip; jenis-jenisnya: ~ air = ~ lembah, Rattus muelleri; ~ bandar = ~ mondok, Rattus norvegicus; ~ rumah, Rattus rattus; ~ sawah, Rattus argentiventer, dll; ~ belanda sj binatang mengerip yg rupanya seakan-akan arnab tetapi lebih kecil, marmut, Cavia porcellus; dimakan ~ bp diambil (dicuri) orang sedikit demi sedikit; awak ~ hendak menampar kepala kucing prb tidak berdaya mencapai sesuatu yg dicita-citakan atau diharap-harapkan; bagai ~ mem-baiki labu prb orang yg mencuba mem­baiki sesuatu yg tidak diketahuinya, akhirnya merosakkannya; (labu) ditebuk (dikerebuk) ~ prb gadis yg sudah dinodai; marahkan ~, lengkiang dibakar prb kerana sakit hati akan sesuatu yg kecil maka melakukan sesuatu yg mendatangkan kerugian besar; rumah ter­bakar, ~ habis keluar prb apabila negeri ditim­pa sesuatu malapetaka, penduduknya drpd orang dagang pun keluarlah meninggal­kannya; spt ~ jatuh ke beras prb orang yg mendapat kedudukan yg mewah; spt ~ masuk roman prb orang yg berasa kecewa kerana tidak mendapat spt yg diharapkannya; menikus mendiamkan diri (tidak berkata-kata atau membantah kerana takut dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tikus I

Puisi
 

Tikus mondok berbaju kemeja,
     Naik ke balai memetik kecapi;
Adik tunduk malukan siapa,
     Malu ke abang belum biasa lagi.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Marahkan tikus rengkiang dibakar.

Bermaksud :

Takutkan bahaya yang kecil, maka keuntungan yang banyak dibuang, akhirnya meranalah badan. (Peribahasa lain yang sama makna: Marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah).

 

Lihat selanjutnya...(22)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kundur tikussj tumbuhan (pokok menjalar), pedendang tikus, timun tikus, Melothria affinis;Kamus Dewan Edisi Keempat
kundursj tumbuhan (herba memanjat), beligu, Benincasa cerifera; ~ tikus sj tumbuhan (pokok menjalar), pedendang tikus, timun tikus, Melothria affinis; ~ tidak melata pergi, labu tidak melata mari prb persetujuan hendaklah berdasarkan tolak ansur dan persahabatan haruslah datangnya drpd kedua-dua belah pihak; kalau spt ~ labu, boleh dibelah prb utk menegaskan kebenaran atau kejujuran.Kamus Dewan Edisi Keempat
celurutJk sj tikus kecil, tikus kesturi, cencorot.Kamus Dewan Edisi Keempat
mondokgemuk dan pendek. tikus ~ sj tikus yg gemuk, Rattus norvegicus.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mondok Igemuk dan pendek; tikus ~ sj tikus yg gemuk, Mus decumanus.Kamus Dewan Edisi Keempat
sendayan masinsj tumbuhan (rumpai), mengkuang tikus, pandan tikus, pokok selangsang, Pandanus oratus;Kamus Dewan Edisi Keempat
sendayansj tumbuhan (rumpai), rumput sendarayan, senayan batu, seratit, Tho­ra-costachyum bancanum; ~ masin sj tumbuhan (rumpai), mengkuang tikus, pandan tikus, pokok selangsang, Pandanus oratus; ~ piah = rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), rumput pepara, Rhynchospora corymbosa.Kamus Dewan Edisi Keempat
gerit; menggerit menggigit sedikit-sedikit dgn gigi hadapan (ttg tikus, serangga dll); mengerip. geritan kesan atau bekas digigit (tikus dll): Jika ada tanda ~ tikus pd tandan buahnya, letakkan racun tikus pd pangkal pokok itu. penggerit sesuatu yg menggerit; pengerip: serangga ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
geritmenggerit menggigit sedikit-sedikit dgn gigi hadapan (ttg tikus, serangga dll); mengerip. geritan kesan atau bekas digigit (oleh tikus dll): <i>Jika ada tanda ~ tikus pd tandan buahnya, letakkan racun tikus pd pangkal pokok itu.i> penggerit sesuatu yg menggerit; pengerip: <i>serangga ~.i>Kamus Pelajar
geritankesan atau bekas digigit (tikus dll): Jika ada tanda ~ tikus pd tandan buahnya, letakkan racun tikus pd pangkal pokok itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas