tilam | lapik tidur yg dibuat drpd kain yg diisi dgn kabu-kabu dll, kasur; ~ berspring tilam yg di dalamnya terdapat lingkaran spring; ~ catur = ~ cekam (bercengkam) tilam yg dijahit pd beberapa tempat supaya padat (mampat); kain ~ kain cadar, kain penutup tilam; jatuh di atas ~ prb beruntung kerana berkahwin dgn perempuan cantik serta kaya dll; bertilam berlapik (memakai) tilam, berkasur: walaupun ia berbaring itu di atas katil ~ catur, namun matanya tidak juga dapat dilelapkan; ~ air mata sl menangis ketika tidur (orang dlm percintaan); ~ pasir prb tidak mempunyai tempat tinggal (tidur di merata tempat); bertilamkan mempunyai (menggunakan dsb) sesuatu sbg tilam: ~ susunan surat khabar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cadar | 1. kain penutup kepala atau muka perempuan; 2. = kain ~ kain penutup tilam; memasang (membentangkan) ~ menutup tilam dgn cadar; bercadar memakai cadar, bertutup atau berpasang dgn cadar: tilam itu belum ~; bercadarkan mempunyai sesuatu sbg cadar: ~ kain batik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tilam getah | tilam yg dibuat drpd getah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tilam catur | tilam yg dijahit pd beberapa tempat supaya padat (mampat); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tilam berspring | tilam yg di dalamnya terdapat lingkaran spring; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tilam cekam (bercengkam) | tilam yg dijahit pd beberapa tempat supaya padat (mampat); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alas tilam | kain penutup tilam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jatuh ke tilam (di atas tilam, ke kasur, di atas kasur) | a) memperoleh kesenangan (kekayaan dll); b) walaupun mendapat kesulitan dll tetapi tetap senang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tilam | lapik tempat tidur dll yg dibuat drpd kain yg diisi kekabu dll: ~ getah tilam yg dibuat drpd getah. bertilam ada tilamnya; berlapik dgn tilam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tilam | bertilam ada tilamnya; berlapik dgn tilam. | Kamus Pelajar |