Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tim.bul] | تيمبول

Definisi : 1. naik dr dlm air (lumpur dll) hingga tampak pd permukaannya: ikan itu ~ ke permukaan air dr semasa ke semasa utk menyedut udara; 2. terapung-apung pd per­mukaan air, tidak tenggelam: untung sabut ~, untung batu tenggelam; batu ~ sj batu yg ringan dan terapung-apung pd permukaan air; beras ~ kulit (kelongsong) padi yg terapung di air; 3. terkeluar (tersembul) sedikit dr per­mukaan yg rata; gambar ~ gambar (lukisan dll) yg tersembul pd latar belakangnya (ukiran pd batu dll); huruf ~ huruf yg menyembul pd permukaan kertas dll; peta ~ peta yg bahagian-bahagiannya menyembul utk meng­gambarkan keadaan yg sebenar; 4. ki muncul, keluar, kelihatan: kuman-kuman ini menye­babkan ~ bengkak-bengkak pd tubuh; hilang-hilang ~ seketika kelihatan seketika tidak; 5. terlintas di hati, berbangkit, datang: dlm hatinya ~ keinginan utk berumah tangga; 6. berlaku, terjadi: pendirian yg berlainan ini menyebabkan kerap ~ per­balahan antara mereka; 7. terbit (bulan, matahari); bulan ~ a) bulan terbit; b) bulan baru (perhitungan kalendar); ~ tenggelam = tenggelam ~ a) seketika tim­bul seketika tenggelam (spt benda yg di­umbang-ambingkan ombak); b) ki terkadang-kadang tidak, hilang timbul (bkn seseorang, sesuatu kegiatan, dll), ada kalanya beruntung (berjaya dll) dan ada kalanya malang (kecewa dll); c) ki selalu berhutang; d) ki terlalu sibuk (dlm pekerjaan); bertimbulan timbul merata-rata, banyak yg timbul: remis pun penuh di tepi pasir itu, ~ sendirinya, maka sebentar dipungut boleh dapat bergantang-gantang; otot-otot ~ di sana sini; menimbulkan 1. menyebabkan timbul (naik ke permukaan air dll): orang-orang di dlm kapal selam dapat melihat keadaan di atas muka laut dgn tidak payah ~ kapal itu; 2. ki mengemukakan (utk diperbincangkan dll), membangkitkan (perkara, persoalan, dll): beberapa perkara telah ditimbulkan dlm mesyuarat agung kesatuan tersebut; 3. ki menerbitkan (membangkitkan) sesuatu pe-rasaan (spt benci, cemburu, gembira, dll): sifat­nya yg kasar ~ rasa benci orang ter­hadap­nya; 4. ki menyebabkan berlaku (ter­dapat) sesuatu kejadian (keadaan, perkara, dll), mengakibatkan, mendatangkan (meng­adakan, menjadikan, dll); ~ perang dunia menyebabkan berlakunya perang dunia; ~ keru­mit­an menyebabkan terdapatnya kerumit­­­an; ~ kesan buruk mendatangkan (meng­akibatkan) kesan buruk; 5. Mn menutup kerugian, mencukupi (kekurangan, perbelan­jaan, dll), memperbaiki kesalahan (kecuaian dll): keuntungan ini digunakan utk ~ kerugian dahulu; timbulan (S.Bina) bentuk ukiran yg lebih tinggi drpd permukaan satah sesebuah karya; penimbulan perihal (perbuatan dsb) menim­bulkan: cerita akan terus digerakkan utk memasuki peringkat ~ krisis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tim.bul] | تيمبول

Definisi : penimbul = ~ raksa = apung ~ jampi dll utk menjadikan orang kebal; ilmu ~ ilmu yg mengebalkan orang (dgn meng­gosokkan raksa pd badan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tim.bul] | تيمبول

Definisi : 1 keluar atau naik ke atas dr dlm air, lumpur dll: Setelah menyelam beberapa ketika, dia ~ kembali. 2 terapung-apung di atas air dll; tidak tenggelam: Sabut ~ kalau dicampakkan ke dlm air. 3 terbit (ttg bulan, matahari dll). 4 menyembul sedikit dr permukaan yg rata: huruf ~ huruf yg menyembul pd permukaan kertas dll. 5 ki terbit atau terlintas dlm hati: Maka ~lah keinginan dlm hatinya hendak pergi berdagang. 6 ki berlaku; terjadi: Maka ~lah perselisihan yg hebat antara kedua-dua sahabat itu. ~ tenggelam a. sebentar timbul sebentar tenggelam (spt sabut yg diumbang-ambingkan oleh ombak). b. ki kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada. menimbulkan 1 menyebabkan naik ke atas dr dlm air dll: Setelah jauh dr kapal pembinasa musuh, barulah mereka ~ kapal selam mereka. 2 ki membangkitkan sesuatu perasaan (spt rasa benci, rasa cemburu); menerbitkan: Sifatnya yg angkuh itu ~ ra­sa benci orang terhadapnya. 3 ki menye­babkan berlakunya sesuatu peperangan, pergaduhan dll; mengakibatkan; men­datangkan: Kejadian-kejadian itu dpt ~ perang saudara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
timbul (kata kerja)
1. Bersinonim dengan naik: terapung, melampung, tidak tenggelam,
Berantonim dengan tengelam

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan muncul keluar, kelihatan, tampak, terbit,
Berantonim dengan lenyap

3. Bersinonim dengan berlaku: terjadi, tercetus,

Kata Terbitan : menimbulkan,

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Dapat harta timbul.

Bermaksud :

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat kijang teruit, d. Dapat tebu rebah).

 

Lihat selanjutnya...(29)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
gerutubenda atau sesuatu yg timbul (-timbul) atau tersembul pd permukaan yg rata. bergerutu ada atau terdapat gerutu. menggerutu 1 tidak licin kerana ada gerutu; kasar lagi tidak licin (spt kulit katak puru dll): Mukanya ~ kerana banyak jerawat. 2 banyak mengeluarkan kata-kata kerana marah; bersungut-sungut; mencomel; mengomel.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gerutubenda atau sesuatu yg timbul(-timbul) atau tersembul pd permukaan yg rata. bergerutu ada atau terdapat gerutu. menggerutu 1. tidak licin kerana ada gerutu; kasar lagi tidak licin (spt kulit katak puru dll): Mukanya ~ kerana banyak jerawat. 2. banyak mengeluarkan kata-kata kerana marah; bersungut-sungut; mencomel; mengomel.Kamus Pelajar
terbit3 timbul perasaan atau timbul kemahuan utk berbuat sesuatu: Dlm hatinya ~ keinginan hendak mengambil gadis itu utk dijadikan teman hidupnya.Kamus Pelajar
tenggelam timbula) sekejap tenggelam sekejap timbul; b) ki sekejap muncul (ada, kelihatan, jelas, terang dsb) sekejap hilang (tiada, perlahan dsb): suaranya ~ timbul;Kamus Dewan Edisi Keempat
timbul IIpenimbul = ~ raksa = apung ~ jampi dll utk menjadikan orang kebal; ilmu ~ ilmu yg mengebalkan orang (dgn meng­gosokkan raksa pd badan).Kamus Dewan Edisi Keempat
timbul3 ki menyebabkan berlakunya sesuatu peperangan, pergaduhan dll; mengakibatkan; mendatangkan: Kejadian-kejadian itu dpt ~ perang saudara.Kamus Pelajar
timbul2 ki membangkitkan sesuatu perasaan (spt rasa benci, rasa cemburu dll); menerbitkan: Sifatnya yg angkuh itu ~ rasa benci orang terhadapnya.Kamus Pelajar
timbul1 menyebabkan naik ke atas dr dlm air dll: Setelah jauh dr kapal pembinasa musuh, barulah mereka ~ kapal selam mereka.Kamus Pelajar
timbul6 ki berlaku; terjadi: Maka ~lah perselisihan yg hebat antara kedua-dua sahabat itu.Kamus Pelajar
timbul5 ki terbit atau terlintas dlm hati: Maka ~lah keinginan dlm hatinya hendak pergi berdagang.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas