pot I | 1. bekas yg dibuat drpd tin, tin; 2. Id, bp jambangan bunga, pasu bunga; 3. Id, bp tempat buang air kecil, pispot. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpelantingan | jatuh (tercampak) terguling-guling: ditepisnya tin-tin itu habis ~ semuanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelanting | ; berpelantingan jatuh (tercampak) terguling-guling: ditepisnya tin-tin itu habis ~ semuanya; memelantingkan menjadikan jatuh (tercampak) terguling-guling; terpelanting (tercampak) terguling-guling, tercampak jauh-jauh: ia menyerbu pengawal itu hingga ~ senjata apinya; ~ memilihi, terserak mengampungkan prb Mn kewajiban mamak utk menjaga harta benda kemanakannya (menyatukan mereka kembali jika kemanakan itu cerai-berai); yg ~ akan dipilih yg terserak tidak dikampungkan lagi prb Mn mestilah hemat tetapi apabila perlu jangan kikir mengeluarkan belanja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bergulingan | berguling berkali-kali; berguling beramai-ramai (dgn banyaknya): Tin-tin kosong ~ di tanah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bergulingan | berguling berkali-kali; berguling beramai-ramai (dgn banyaknya): Tin-tin kosong ~ di tanah. | Kamus Pelajar |
bergulingan | berguling-guling, bergolek-golek: meja dan kerusi tidak menentu letaknya, tin-tin kosong ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
paluan | bunyi dipalu; hasil drpd memalu; pukulan: Haiwan tsb dpt ditakutkan dgn mercun, dgn ~ gendang atau dgn goncangan tin-tin kosong. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menabungkan | memasukkan wang dll ke dlm tabung, menyimpan dlm tabung (bank dll): mereka ~ wang syiling atau ringgit lama dlm tin-tin susu yg ditebuk; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
paluan | bunyi dipalu; hasil drpd memalu; pukulan: Haiwan tsb dpt ditakutkan dgn mercun, dgn ~ gendang atau dgn goncangan tin-tin kosong. | Kamus Pelajar |
tin I | 1. kepingan drpd logam (biasanya berlapis timah): baldi dibuat drpd plastik atau ~; 2. bekas yg dibuat drpd logam yg berlapis timah: ~ minyak tanah; ~ rokok; ~ susu; buah ~ buah dlm tin; susu ~ susu dlm tin; bertin-tin beberapa banyak tin: ~ susu tepung juga telah dihantar sbg bantuan kecemasan kpd mangsa banjir itu; mengetin membubuh atau menaruh ke dlm tin: kerja-kerja ~ dilakukan oleh mesin; mengetinkan menyimpan (makanan, buah-buahan) dlm tin yg dipateri supaya tahan lama: ~ makanan; ~ nanas; pengetinan kerja (proses dsb) mengetin atau mengetinkan: ~ buah-buahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |