membuka jalan | memulakan sesuatu tindakan utk memungkinkan tindakan-tindakan berikutnya dilakukan dgn licin. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertikai | 1. berbeza, tidak sama (dgn): lukisan ini ~ sangat dgn mukanya; 2. berbantah, bersengketa, bertelingkah, berselisih (faham): sejak keluarga masing-masing ~, perhubungan mereka tidak mesra lagi; 3. bertentangan (dgn), bersalahan (dgn): tindakan-tindakan itu ~ dgn peraturan-peraturan yg telah dipersetujui; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
batal(cancel) | 1. Tindakan memberhentikan proses yang akan dilaksanakan. 2. Tindakan membatalkan tempahan. 3. Tindakan membatalkan pilihan yang sudah dilakukan. | Kamus Komputer |
cipta(create) | 1. Tindakan mewujudkan fail komputer baru dalam cakera. 2. Tindakan mewujudkan tingkap baru dalam atur cara. 3. Tindakan mewujudkan proses baru dalam sistem. 4. Tindakan mentakrifkan medan bagi rekod baru dalam pangkalan data. | Kamus Komputer |
tikai | selisih, beza: badannya sendiri belumlah berubah, masih belum banyak ~nya dr dahulu; bertikai 1. berbeza, tidak sama (dgn): lukisan ini ~ sangat dgn mukanya; 2. berbantah, bersengketa, bertelingkah, berselisih (faham): sejak keluarga masing-masing ~, perhubungan mereka tidak mesra lagi; 3. bertentangan (dgn), bersalahan (dgn): tindakan-tindakan itu ~ dgn peraturan-peraturan yg telah dipersetujui; menikai tidak menyetujui, membantahi, menentang; mempertikaikan 1. memperbezakan; 2. mem-persoalkan, memperbantahkan, memperdebatkan; pertikaian 1. perselisihan, perbezaan; 2. per-telingkahan, perkelahian, persengketaan, pertentangan (faham, pendapat): segala ~ dapat diselesaikan secara aman menerusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tindakan tatatertib | tindakan yg diambil atau hukuman yg dikenakan terhadap seseorang yg melanggar peraturan tatatertib perkhidmatan, organisasi dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tindakan perusahaan | tindakan spt mogok dan bekerja lambat-lambat, yg diambil oleh para pekerja kerana tidak berpuas hati terhadap kadar gaji yg diterima, suasana kerja dsb; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelucutan | perihal (proses, tindakan dsb) melucuti atau melucutkan: ~ senjata; ~ jawatan; ~ jawatan tindakan menarik balik (menggugurkan, membatalkan dsb) jawatan ygsedang disandang oleh seseorang, pemecatan; ~ senjata a) tindakan merampas atau menghapuskan senjata drpd seseorang atau sesuatu kumpulan; b) tindakan mengecilkan atau mengurangkan kekuatan angkatan bersenjata oleh sesebuah negara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tindakan pentadbiran | (Udg) tindakan yg perlu dilaku-kan utk melaksanakan dasar dan maksud perundangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelan tindakan | langkah-langkah tindakan yg diambil utk mencapai sesuatu tujuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |