tindas | ; menindas 1 menghimpit atau menekan dgn kuat: ~ kutu. 2 melakukan sesuatu dgn sekehendak hati atau dgn kekerasan; menekan. 3 menghapuskan sesuatu (pemberontakan dll) dgn kekerasan atau dgn paksa. tertindas diperlakukan sekehendak hati atau dgn kekerasan; ditindas; ditekan. penindasan perbuatan atau hal menindas. penindas orang dll yg menindas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tindas | 1. menghimpit (menekan) dgn kuat: ~ kutu; 2. membuat dgn sekehendak hati (dgn kejam dll) terhadap, memeras, memperkuda, menganiaya: ia menerangkan bahawa pemberi pinjaman wang dapat ~ petani-petani dgn berbagai-bagai cara; 3. menumpaskan (pemberontakan dll), menguasai (menghapuskan dll) dgn kekerasan, menekan: parti komunis melaksanakan ajaran-ajaran Lenin utk ~ kebebasan peribadi; pergerakan-pergerakan utk mendapatkan kemerdekaan bagi negeri itu ditindas oleh kerajaan penjajah; tertindas ditindas, ditekan (dikuasai) dgn kekerasan: rakyat yg lama ~ itu akhirnya menentang pemerintah penjajah; tindasan 1. hasil perbuatan menindas, tekanan; 2. tembusan atau rakaman surat (stensil dll); penindasan perbuatan menindas: dlm pemerintahan diktator kerap berlaku ~ kebebasan dan hak-hak asasi manusia; penindas orang dll yg menindas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tindas; menindas | penindas orang dll yg menindas. | Kamus Pelajar |
tindas; menindas | penindasan perbuatan atau hal menindas. | Kamus Pelajar |
tindas; menindas | tertindas diperlakukan sekehendak hati atau dgn kekerasan; ditindas; ditekan. | Kamus Pelajar |
tindas; menindas | 3 menghapuskan sesuatu (spt pemberontakan dll) dgn kekerasan atau dgn paksa. | Kamus Pelajar |
tindas; menindas | 2 melakukan sesuatu dgn sekehendak hati atau dgn kekerasan; menekan. | Kamus Pelajar |
tindas; menindas | 1 menghimpit atau menekan dgn kuat: ~ kutu. | Kamus Pelajar |
kerenyet | (kerényét) Kl tindas (pijat-pijat, kutu, dll) supaya mati, tenyeh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merajalela | 1. berbuat sesuka hati (sewenangwenang): lanun-lanun ~ di daerah itu; 2. berkecamuk, berjangkit dgn hebat (penyakit dll): penyakit taun ~ setelah peperangan itu; 3. menjadi-jadi: tindas-menindas terus ber-laku, kekejaman ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |