Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tindih-menindih 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tindih; bertindih 1 bersusun yg satu di atas yg lain; berlapis(-lapis): Pinggan kotor ~-tindih di dapur. 2 berasak-asak kerana orang terlalu banyak atau tem­pat terlalu sempit: Penumpang dlm bas itu ~-tindih. menindih 1 menekan ke bawah; menghimpit: Dlm pergelutan itu, Ahmad yg berbadan besar ~ lawannya. 2 menekan dgn sesuatu supaya tidak bergerak dsb; membubuh di atas sesuatu agar tidak berganjak dsb; menghimpit: Ia ~ kertas-kertas itu dgn buku supaya tidak berterbangan. 3 menindas atau menganiaya orang-orang yg lemah: Orang-orang tengah selalu ~ peniaga-peniaga kecil. menindihkan meletakkan sesuatu di atas sesuatu yg lain: Dia ~ sebuah buku yg tebal pd kertas-kertas itu. ketindihan 1 dlm keadaan ditindih; tertindih; terhimpit. 2 tidak dpt bergerak atau tidak dpt bangun ke­tika sedang berbaring walaupun dlm keadaan sedar utk bangun. pertin­dih­an hal bertindih. penindihan per­buatan (hal dsb) menindih atau me­­nin­dihkan. penindih alat utk menindih.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tindihbertindih 1. bersusun yg satu di atas yg lain, berlapis-lapis: beberapa fail tersusun bertindih-tindih di atas gerobok; ~ bangkai (mayat) bangkai (mayat) bertimbun-timbun; ~ bersusun bertompok bersusun-susun; ~ riba (dgn) = ~ paha (dgn) duduk berdekatan (berdampingan) dgn; jatuh ~ jatuh yg satu menghempap (menimpa) yg lain; 2. berasak-asak, berdekat-dekat, rapat-rapat (penuh sesak): berkampunglah segala isi negeri, sekalian itu habislah ia berkampung penuh sesak, bertindih-tindih; berjalan ~ berjalan berasak-asak (berjejal-jejal) rapat; duduk ~ (bertindih-tindih lutut) duduk rapat-rapat; 3. mencakupi atau meliputi aspek-aspek dsb yg sama atau serupa; tindih-bertindih saling menghimpit (meng-hempap); bertindihan tindih-bertindih; menindih 1. meletakkan sesuatu di atas: surat-surat di atas meja itu ditindih dgn sebuah buku supaya tidak berserakan ditiup angin; 2. menekan dr atas, menghempap, meng­himpit, menimpa: ahli gusti itu mere­bah­kan lawannya dan ~nya kuat-kuat; 3. ki menindas, memeras, menganiaya, menyusah­kan: di sini ada orang yg hidup dgn keuntung­an­nya dan ada yg hidup terus terlantar, yg satu ~ yg lain; yg rebah ditindih ki yg sudah malang (miskin) bertambah malang (miskin); ditindih yg berat, dililit yg panjang prb tidak berupaya melepaskan diri drpd kekuasaan orang (drpd kemalangan dll); tindih-menindih 1. hempap-menghempap, timpa-menimpa; 2. tindas-menindas, saling menganiaya; tertindih 1. menindih (atau ditindih) dgn tidak sengaja: dia disengat akibat ~ lipan apabila memusingkan badan; 2. ditindih (ditekan atau diasak dr atas), terhempap: dia ~ olehnya ketika mereka sedang nyenyak tidur; 3. ki mengalami kesusahan, tertekan, ter-himpit: barangkali limpahan batik fesyen baru di pasaran menyebabkan batik keluar­an syarikatnya ~; tindihan himpitan, tekanan, tindasan; ketindihan 1. tertindih, tertekan; 2. Jk tidak dapat bergerak-gerak ketika sedang tidur; pertindihan perihal atau keadaan menca­kupi atau meliputi aspek-aspek dsb yg sama: ~ fungsi; penindihan perihal menindih, penghimpit­an, penekanan, penindasan; penindih alat utk menindih (kertas, surat, dll): ~ kertas.Kamus Dewan Edisi Keempat
tindan= tindan-tindih; bertindan 1. bertimbun-timbun (bertindih-tindih) dgn tidak teratur: pokok-pokok yg ditebang bertindan-tindan dan bertumpang tindih merata-rata; 2. mencakupi atau meliputi bahagian-bahagian (aspek, bidang, dsb) yg sama (setidak-tidaknya sebahagian­nya); menindankan menimbunkan, menindih­kan: padi yg berguni-guni itu ditindankan-nya di atas penjemuran; pertindanan 1. keadaan dsb bertindan; 2. keadaan meliputi bahagian (aspek, bidang, dsb) yg sama setidak-tidaknya pd sebahagian­nya, keadaan mencakupi bahagian-bahagian tertentu yg sama: terdapat ~ antara beberapa kategori. tindan-tindih cakupan atau liputan yg seba-hagiannya sama, pertindanan; bertindan-tindih bertindih-tindih dgn tidak teratur: puluhan ribu mati berkaparan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
timpabertimpa-timpa = timpa-bertimpa 1. bertindih-tindih atau bersusun-susun banyak-banyak; 2. berturut-turut datangnya (berlakunya): penyakit pun ~lah datang; mendapat keuntungan dan kemujuran timpa-bertimpa; menimpa 1. menghempap, jatuh menindih (ke atas) sesuatu: bunyi derauan air hujan ~ atap rumah; 2. mengenai (biasanya bkn se-suatu yg menyebabkan kesusahan, penyakit, dll): mengikut kepercayaan mereka jika adat ini dilangkahi, bahaya dan bencana akan ~; tubuhnya ditimpa panas; 3. memukul (dgn senjata dll); 4. Jk mencuri, merompak; menimpai menimpa pd: titik-titik embun ~ daun; besarlah kerugian yg akan ~ mereka; menimpakan 1. menjatuhkan sesuatu supaya menindih (menghempap) sesuatu, menjadi-kan menimpa; 2. mempertang­gungkan (me-ngenakan, memikulkan) sesuatu yg tidak menyenangkan (hukuman, kesalahan, dll): begitu berat hukuman yg ditimpakan pada-nya; 3. Jk mengenakan (pukulan, tetakan): ia ~ parangnya pd bahu pencuri itu; tertimpa 1. ditimpa (oleh), tertanggung (ter-beban, terkena) sesuatu yg menyukarkan (spt penyakit, kemalangan, dll): setelah ia besar tanggungjawab mengurus hal-hal keluarga-nya ~ di atas dirinya; badannya menjadi kurus setelah ~ penyakit tersebut; 2. = ketimpaan Jk terpukul, dicuri, dirompak; timpaan 1. tindihan, himpitan (yg kuat): perkara yg aku tanggung ini lebih berat drpd ~ sebuah gunung; 2. beban atau tanggungan (yg menyukarkan); 3. Jk (barang) curian.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas