Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ting.gi] | تيڠݢي

Definisi : 1. besar jaraknya di bahagian bawah (tapaknya), jauh ke atas (di atas), lwn rendah: bangunan tersebut dibina di suatu tempat yg ~; kapal terbang pengebom jenis ini dapat terbang ~; dataran (tanah) ~ dataran (tanah) yg permukaannya jauh ke atas dr permukaan laut; 2. panjang (bkn bangun tubuh dll), lwn pendek: Hasan ~ orangnya; ~ pokok itu 20 kaki; 3. hampir sampai ke tempat yg di atas sekali; matahari telah ~ sudah hampir setengah hari; 4. luhur, mulia: kami berdoa agar tercapai cita-citanya yg ~; budi pekerti yg ~; 5. peringkat atau tingkat atas (bkn pangkat, taraf, dll), sangat baik (mutu dll): mahkamah ~; jawatan ~; martabat ~; sekolah ~; barang-barang bermutu ~; 6. sudah lanjut (umur); usia ~ sudah tua; 7. mahal (harga dll), besar (perbelanjaan dll): pd masa harga getah ~ dahulu rakyat hidup mewah; sara hidup di Eropah lebih ~ drpd di Asia; 8. sudah maju (kecerdasan, tamadun, dll), berada pd tingkatan atas (pelajaran, penge­tahuan, dll): bertamadun ~; seni yg ~; 9. angkuh, besar diri, sombong: cakapnya selalu ~; hidung ~ ki bongkak, sombong; 10. halus dan keras (suara), muluk, nyaring: lagu yg ~ hendaklah dinyanyikan dgn suara yg ~ ~ hari hampir tengah hari; ~ hati megah, sombong; ~ rezeki tidak mudah mendapat rezeki; ~ disusupi, rendah dilangkahi = ~ disigai, besar ditebang prb dicari (disiasat) sehabis upaya; ~ kelepur, rendah tikam = ~ gelepur, rendah laga prb banyak cakap tetapi tidak ada buktinya; ~ lawak-lawak prb perihal hidup melampaui kemampuannya (kuasa­nya); awak rendah sangkutan ~ prb besar belanja drpd pendapatan; hendak ~ terlalu jatuh, hendak panjang terlalu patah prb orang yg hendak terlalu meninggikan dirinya jatuh (kecewa) juga akhirnya; (yg) ~ tampak jauh, yg dekat julung bersua prb pemimpin yg bertanggungjawab (yg mendapat pujian dan celaan); meninggi 1. menjadi tinggi, naik tinggi ke atas: pokok itu tumbuh membesar dan ~ dr sehari ke sehari; 2. menjadi kuat dan nyaring (suara), muluk (suara): suara orang mengaji semakin ~; 3. angkuh, sombong: cakapnya ~ sahaja; 4. menghampiri atau hampir berada pd waktu tengah hari: hari semakin ~; ~ hari tinggi hari; setinggi 1. (hingga) sama tinggi, mencapai tinggi: air di kawasan rumah pengantin lelaki naik ~ 0.6 meter; pembangunan itu mengan-dungi sebuah bangunan pejabat ~ 28 tingkat; 2. seberapa tinggi: mereka dikatakan lebih berminat utk mendapatkan tawaran gaji ~ yg boleh; memang saya mahu mencipta nama ~ yg mungkin; setinggi-tinggi 1. seberapa banyak yg mung-kin, tidak terhingga banyaknya, se­banyak-banyaknya: baginda mengucap­kan ~ terima kasih kpd sekalian rakyat; beliau juga mengucapkan ~ tahniah dan peng­hargaan atas kejayaan sahabatnya itu; 2. seberapa tinggi yg mungkin, paling tinggi: ~ terbang bangau, hinggap ke bubungan juga; meninggikan 1. menjadikan tinggi, menam-bahkan (mutu dll): bangunan itu telah di-tinggikan lagi dua tingkat; kerajaan sedang berikhtiar ~ taraf pendidikan dan ekonomi rakyat; 2. mengangkat (menyan­jung) menjadi tinggi; ~ diri membesarkan diri; 3. mengeraskan atau menguatkan (suara); mempertinggi menjadikan lebih tinggi; ~ tempat jatuh, memperdalam tempat kena prb sengaja membesar-besarkan kesalahan sendiri sehingga mendapat hukuman (kerugi­an) yg lebih berat; ketinggian 1. perihal tinggi, taraf (keadaan dsb) yg tinggi: pendidikan dapat membawa kpd kejayaan dan ~ kedudukan seseorang dlm masyarakat; sastera yg mengagungkan ~ budi; 2. (tempat dll) yg lebih tinggi duduk­nya (letaknya): peti yg berisi jenazah itu di-letakkan di tempat yg agak ~ di tengah aula; 3. terlalu tinggi: dahan itu tidak dapat dicapai-nya kerana ~; peninggian perihal meninggikan, penam­bahan (mutu, pendapatan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ting.gi] | تيڠݢي

Definisi : 1 jauh jaraknya dr bawah ke atas; lw rendah: Hotel itu sangat ~. dataran ~ dataran yg permukaannya jauh dr permukaan laut. 2 panjang (ttg bangun tubuh); lw rendah: Suaminya lebih ~ drpdnya. 3 peringkat atas (ttg pangkat, taraf dll); sangat baik (mutunya dll): jawatan ~; Mutunya ~. 4 mulia: ~ cita-citanya. 5 mahal (ttg barang); besar (ttg perbelanjaan): Harga beras sangat ~ sekarang. 6 berada pd peringkat yg atas; sudah maju: Pengetahuannya ~. ~ hari hampir tengah hari. ~ hati sombong. ~ usia sudah tua; sudah lan­jut umurnya. meninggi 1 menjadi tinggi; naik tinggi. 2 menjadi kuat dan nyaring (ttg suara). 3 sombong: Cakapnya ~ saja. ~ hari menjadi ham­pir tengah hari. meninggikan 1 menjadikan tinggi; menaikkan: Ia ~ harga gula di kedainya. 2 mengangkat atau menyanjung menjadi tinggi. mem­pertinggi menjadikan lebih tinggi: Ia belajar bersungguh-sungguh utk ~ ilmu pengetahuannya. ketinggian 1 keadaan atau hal tinggi. 2 tempat yg tinggi. peninggian perbuatan atau hal meninggikan; peningkatan (mutu dsb); penambahan (pendapatan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tinggi (adjektif)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan panjang, lampai, langsing, renjong, tonjeng, lonjong, agam, ampai,
Berantonim dengan pendek

2. Bersinonim dengan luhur: mulia, murni, besar, agung,
Berantonim dengan hina

3. Bersinonim dengan angkuh: bongkak, congkak, sombong, pongah,

4. Dalam konteks suara
bersinonim dengan nyaring, muluk, halus dan keras,
Berantonim dengan rendah

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan mahal, melambung, menjulang, meningkat, naik,
Berantonim dengan rendah

Kata Terbitan : meninggikan, ketinggian,

Puisi
 

Rumput tinggi tepi hutan,
     Bintang timur tinggi melambung;
Minta rezeki besar lautan,
     Minta umur tinggi gunung.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Tinggi terbawa oleh ruasnya.

Bermaksud :

Orang yang tubuhnya saja besar, tetapi masih bodoh.

 

Lihat selanjutnya...(90)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
memuncak1. menuju ke puncak, membum­bung tinggi-tinggi, meningkat ke paras dsb yg tinggi atau makin tinggi, tinggi-tinggi: api yg sedang marak dan ~ sekali; 2. menjadi sangat (genting, tegang, dll), meluap-luap (semangat dll), melambung (harga): kemarahannya kian ~; kegiatan pejuang-pejuang BK yg ~ dr hari ke hari; harga barang-barang di kedainya ~ naik;Kamus Dewan Edisi Keempat
lanting; melanting melempar tinggi-tinggi. melantingkan menyebabkan sesuatu dilempar tinggi-tinggi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memuncakmeningkat tinggi-tinggi; membumbung tinggi; menjadi sangat-sangat: Harga barang-barang telah ~ naik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
renjong(rénjong) ark tinggi: seorang yg ~; tinggi ~ tinggi; merenjong 1. mengangkat, meninggikan; 2. renjong: tinggi ~; ~ lidah berkata.Kamus Dewan Edisi Keempat
melangitmembumbung tinggi; tinggi sekali: Cakapnya ~ tetapi semuanya bohong. Bangunan itu tinggi ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rabung1. puncak bumbung rumah; air pasang ~ pasang yg naik tinggi-tinggi; bercakap ~ bercakap besar (banyak); 2. jalur tanah tinggi yg panjang, barisan bukit, kemuncak bukit; 3. Kd terlalu ramah, bercakap banyak; merabung membumbung tinggi, memuncak, meninggi; air pasang ~ air pasang rabung; perabung, perabungan puncak atap rumah, puncak bumbung rumah; ~ limas (panjang) Id bumbungan rumah yg berbentuk limas (panjang); berperabungkan mempunyai perabung: ruang tetamu bersiling tinggi yg berhiaskan kayu dan ~ konkrit.Kamus Dewan Edisi Keempat
muluk II1. terbang tinggi-tinggi (burung merpati dsb); 2. tinggi lagi merdu (suara), nyaring; 3. = muluk-muluk indah-indah (per­kataan, janji, dll), elok-elok: kutawarkan batu itu dgn perkataan yg ~; kemulukan perihal muluk.Kamus Dewan Edisi Keempat
muluk1 tinggi lagi merdu (bkn suara); nyaring. 2 terbang tinggi-tinggi (bkn burung). 3 = muluk-muluk indah-indah (bkn perkataan, janji dll); elok-elok.Kamus Pelajar Edisi Kedua
melantingmelempar tinggi-tinggi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengawang1 naik tinggi-tinggi (ke udara); melangit. 2 tidak menentu dan bukan-bukan (ttg apa-apa yg ada dlm ingatan dsb): fikirannya ~ memikirkan yg bukan-bukan; berkhayal. 3 tidak hati-hati (ketika melakukan sesuatu): Kalau menembak, bidiklah baik-baik, jangan ~ saja.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas