lampai I | tinggi kecil (tubuh badan dll), panjang dan ramping, renceng: badannya yg kurus ~ itu membongkok sedikit; melampai 1. = terlampai bergerak-gerak (spt daun-daun kayu ditiup angin dll), melenggok-lenggok (bkn badan ketika berjalan, menari, dll), bergerak lemah-gemalai; 2. panjang menjulai (dahan dll), kecil dan tinggi: badannya yg tinggi tegap itu tidak ~ lagi tetapi telah memboyot. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rendah I | 1. tidak jauh jaraknya dr bawah, tidak tinggi (lwn tinggi): bangunan yg ~; pokok yg ~; ~ rembunai sedang (saja) rendahnya (badan orang); 2. tidak nyaring, lembut, perlahan (suara dll): suara yg ~; 3. = ~ hati suka merendahkan diri, tidak angkuh (sombong, bongkak), baik hatinya: dia orang kaya yg ~ hatinya; 4. tidak mulia (budi hati), hina, aib, nista: ~ budi; ~ akhlak; 5. tidak mahal (harga), murah: harga getah terlalu ~ sekarang; 6. tidak banyak, kecil, sedikit (pendapatan dll): golongan yg berpendapatan ~; 7. (taraf) permulaan; sekolah (pendidikan) ~ sekolah (pendidikan) permulaan; mahkamah ~ mahkamah permulaan; 8. tidak tinggi atau tidak penting (kedudukan, pangkat, dll), tidak istimewa, kecil: bagi remaja yg sentiasa dipandang ~ dan dianggap tidak berguna, mereka tidak nampak sebarang kebaikan dlm diri mereka sendiri; pegawai ~ pegawai kecil (tidak penting, tidak tinggi); ~ pangkatnya (darjatnya, mutunya) tidak tinggi pangkatnya (darjatnya, mutunya); orang ~ orang biasa yg tidak berpangkat; berpangkat ~ berpangkat kecil; 9. kurang baik (mutu dll): barang-barang yg bermutu ~; 10. tidak maju lagi: keadaan hidup (ekonomi) yg masih ~ di negara itu; ~ di anjung tinggi, kecil di ombak besar prb perihal sifat raja di Minangkabau yg diangkat dan ditinggikan oleh rakyat dgn kata muafakat; merendah 1. menjadi rendah, menurun: bulan separuh sudah ~ di kaki langit; ayahnya sedang tidur, dengkurnya ~; suara yg ~; ~ benar rezeki Marah sangat menguntungkan (dr segala yg dikerjakan); 2. rendah hati, tidak angkuh (sombong, bongkak): sifatnya yg selalu ~ itu mendatangkan kawan yg banyak kepadanya; merendahkan 1. menjadikan rendah, menurunkan: badannya direndahkan supaya tidak dilihat orang; ~ suara menurunkan (melembutkan) suara; 2. memandang atau menganggap rendah (hina, tidak penting, dll), mengecil-ngecilkan: ia tidak suka ~ orang lain; ia berasa tidak senang dgn perkataan-perkataan yg ~ Malaysia; ~ diri a) membongkok supaya rendah; b) = ~ hati memandang (menganggap) diri sendiri rendah, tidak menyombongkan diri; ~ mutu mengurangkan mutu (nilai); ~ rezeki menurunkan (memberi) rezeki; merendah-rendahkan memandang atau menganggap rendah (hina, tidak penting, tidak bernilai, tidak berkemampuan, tidak berkualiti dsb) terhadap seseorang atau sesuatu, mengecil-ngecilkan: menangkis sikap suka ~ kemampuan wanita; rendahan yg rendah (tidak penting) pangkatnya atau kedudukannya, bawahan: dia pegawai ~ di jabatan itu; kerendahan 1. rendah letaknya (duduknya): tanah yg ~; 2. perihal rendah; ~ budi kehinaan, kenistaan; ~ hati sifat rendah hati (tidak sombong); 3. direndahkan oleh: dia pantang ~; perendahan perihal (perbuatan dsb) merendahkan, perihal (proses dsb) merendah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lambung I | naik ke atas atau melompat tinggi (bola, perahu yg dipukul ombak, dll); berlambung-lambung, berlambung-lambungan 1. saling melambung sesuatu (dlm kumpulan dan menggunakan beberapa biji bola): mereka ~ bola dlm permainan itu; 2. melambung bola berulang-ulang: anak kecil itu ~ bola seorang diri; melambung 1. naik atau membuang ke atas tinggi-tinggi (burung terbang, bola, dll): akibat letupan itu sebuah tong telah ~ ke udara setinggi seratus kaki; 2. ki memuncak naik (harga, nasib, kegirangan, dll): harga getah telah ~ tinggi dlm tempoh itu; 3. ki memberi pujian atau sanjungan yg tinggi; setinggi-tinggi ~ surutnya ke tanah juga prb selalu kembali ke asalnya; melambungkan 1. menaikkan atau membuang tinggi-tinggi: ada yg bersorak sambil ~ senjatanya; 2. memberikan puji-pujian atau sanjungan yg tinggi; ~ dada ark sombong, membesarkan diri; terlambung, terlambung-lambung terloncat (terhumban) tinggi-tinggi: kereta yg mereka tumpangi terlambung-lambung menghempaskan penumpang di dalamnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
halus | 1. tidak besar (kasar), kecil-kecil: tepung yg ~; daging itu dicencang ~; gula ~; garam ~; 2. sangat kecil ukuran kelilingnya (bkn jarum, benang, dll), lwn kasar: dawai yg ~; 3. tidak kesat (kasap), lembut, licin: kulit mukanya ~; papan itu diketam sehingga ~; 4. berbudi bahasa yg baik, beradab, bersopan-santun: budi pekerti yg ~; dgn lemah-lembut lagi ~ ia mengeluarkan kata-katanya; 5. kelihatan elok dan rapi (hasil drpd kerja yg teliti), sempurna (hasilnya): raga itu ~ buatannya; 6. dgn teliti, dgn cermat atau hati-hati, secara terperinci: dia tahu apa yg perlu dilakukannya secara ~ tanpa menyinggung sesiapa; 7. tidak langsung atau terang-terangan tetapi dalam atau tajam maksudnya (bkn percakapan, sindiran, dll); sindiran yg ~ sindiran yg tidak terang-terang (tersembunyi atau secara berkias); perintah ~ perintah dlm bentuk nasihat (tidak terang-terang); 8. tidak garau tetapi tinggi (bkn suara dll): suaranya ~; 9. tidak dapat dilihat (diraba) spt roh; orang ~ orang bunian; suara ~ a) suara yg tinggi; b) ilham; halus-halus dgn meneliti segala butir yg berkaitan, dgn teliti, secara terperinci: undang-undang yg telah didebat serta difikir ~ oleh ahli-ahli parlimen yg dipilih oleh rakyat; berhalus (bercakap dsb dgn) bersopan-santun, berlembut: kalau bercakap biarlah ~ sedikit; menghalusi 1. memperlakukan dll dgn halus (tidak dgn keras dll): budak nakal itu tidak boleh dihalusi sepanjang masa; 2. menipu dgn cara yg sangat licin; ~ musuh menipu musuh; 3. mengkaji (menyiasat, menyelidiki, memeriksa) dalam-dalam atau secara terpe-rinci: perkara itu tidak perlu dihalusi lagi; sesudah kita rakamkan rumus-rumus yg di atas, kita perlu ~ beberapa perkara lagi; menghaluskan menjadikan halus; memperhalus 1. menjadikan lebih halus: ia ~ alis matanya; 2. menjadikan lebih sempurna: cara penyampaiannya perlulah diperhalus, disisip dan dijalin melalui bahasa atau dialog yg menarik; kehalusan keadaan yg halus (perbuatan, sifat dll): ~ bahasa; penghalusan perihal (perbuatan dsb) menghalusi, menghaluskan, atau memperhalus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
panjang lampai | kecil tinggi (badan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
biji I | 1. bahagian keras biasanya di tengah-tengah buah: ~ durian; ~ rambutan; 2. buah yg kecil-kecil: ~ padi; ~ kacang; 3. = ~ kemaluan Id buah pelir; 4. bp kelentit; 5. penjodoh bilangan (bagi benda kecil dll): beri aku beberapa ~ drpd buah itu; 6. Id markah: murid itu mendapat ~ yg tinggi utk hitungan; ~ benih biji yg dijadikan benih; ~ berkepak biji yg mempunyai kepak atau sayap; ~ buah a) isi buah yg dapat ditanam; b) = ~ butir (percakapan, perbualan) isi percakapan; ~ mata a) bulatan mata; b) ki kekasih; ~ minyak biji yg mengandungi minyak; ~ timun sj ukiran, sj garis-garis pd mata pisau (keris); bagai meramas ~ cempedak prb sungguhsungguh utk mengalahkan (seseorang) atau menghadapi orang yg pandai berdolak-dalik; menanam ~ atas batu prb sia-sia memberi nasihat kpd orang yg tidak mempedulikannya; tertanam di ~ hampa prb yg ditanam bukan biji yg bernas (usaha yg tidak akan berhasil); sebiji bp betul-betul spt: filem itu ~ macam filem Mr. Os; berbiji mempunyai biji (bkn buah): buah gajus ~ di luar; berbiji-biji 1. mempunyai banyak biji (bkn buah): jambu batu ~ kecil; 2. spt ada biji: dia berasa tengkuknya ~; membiji Id memberi markah; biji-bijian segala buah yg berbutir kecil-kecil (spt padi, gandum, jagung, kacang, dll), padipadian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
panjang lampai | bentuk badan yg kecil tinggi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
halus | 1 tidak kesat; lembut; licin (apabila dipegang): Kulitnya hitam tetapi ~. Papan itu diketam sehingga ~. 2 tidak kasar, kecil-kecil; lumat (bkn pasir dll): benang yg ~; pasir yg ~. 3 dibuat dgn teliti (cermat, hati-hati): Barang-barang rotan itu begitu cantik dan ~ buatannya. 4 tidak garau; tinggi (suara): Suaranya ~. 5 berbudi pekerti yg baik; bersopan; beradab: Dia mengeluarkan kata-katanya dgn lemah lembut lagi ~. 6 tidak dpt dilihat atau dirasa: orang ~ orang bunian. berhalus melakukan sesuatu dgn sopan santun, tertib dll; berbudi bahasa: Mereka sentiasa ~ apabila berbicara. menghalusi menyelidik atau memeriksa dgn teliti: Sebelum membuat sebarang kesimpulan, kita perlu ~ perkara itu dahulu. menghaluskan menjadikan halus: Dia ~ mata penselnya. memperhalus menjadikan lebih halus: Dia ~ mata pensel yg telah diraut oleh adiknya. kehalusan keadaan atau sifat halus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
halus | 1. tidak kesat; lembut; licin (apabila dipegang):Kulitnya hitam tetapi ~. Papan itu diketam sehingga ~. 2. tidak kasar, kecil-kecil; lumat (bkn pasir dll): benang yg ~; pasir yg ~. 3. dibuat dgn teliti (cermat, hati-hati): Barang-barang rotan itu begitu cantik dan ~ buatannya. 4. tidak garau; tinggi (suara): Suaranya ~. 5. berbudi pekerti yg baik; bersopan; beradab: Dia mengeluarkan kata-katanya dgn lemah lembut lagi ~. 6. tidak dpt dilihat atau dirasa:orang ~ orang bunian. berhalus melakukan sesuatu dgn sopan santun, tertib dll; berbudi bahasa:Mereka sentiasa ~ apabila berbicara. menghalusi menyelidik atau memeriksa dgn teliti: Sebelum membuat sebarang kesimpulan, kita perlu ~ perkara itu dahulu. menghaluskan menjadikan halus: Dia ~ mata penselnya. memperhalus menjadikan lebih halus: Dia ~ mata pensel yg telah diraut oleh adiknya. kehalusan keadaan atau sifat halus. | Kamus Pelajar |
mancung | tinggi dan makin ke hujung makin kecil bentuknya; tinggi dan runcing: Hidungnya ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |