Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ting.kat.ting.kat] | تيڠکت٢

Definisi : Mn pemijak kaki; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tingkat (kata nama)
Bersinonim dengan paras, lantai;,
Kata Terbitan : tingkat-tingkat, bertingkat-tingkat, meningkat, meningkatkan, tingkatan, peningkatan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tingkat-tingkatMn pemijak kaki;Kamus Dewan Edisi Keempat
teres/térés/ 1 kawasan tanah yg ber­tingkat-tingkat (biasanya utk bercucuk tanam dll). 2 tebing atau pantai yg agak tinggi di sepanjang pantai, sungai dll. meneres membuat teres: Kerja-kerja ~ di kawasan itu belum selesai lagi. menereskan membuat sesuatu menjadi teres: Lereng-lereng bukit itu ditereskan utk mencegah hakisan tanah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kepenyairansegala hal yg berhubungan dgn penyair: nilai tradisi yg teguh dgn ke­agamaan dlm tingkat-tingkat ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
tangga1 tempat berpijak yg ber­tingkat-tingkat yg digunakan utk naik atau utk turun dr rumah dll: Dia berdiri di hadapan ~ rumahnya. 2 ki bahagian drpd sesuatu yg bertingkat-tingkat; peringkat; tingkatan. ~ bongsu anak tangga yg di bawah sekali. ~ gaji tingkatan gaji. ~ pilin (sulur batang) tangga yg berbelit-belit keadaannya. ~ sigai tangga drpd batang kayu yg diberi bersigai. ~ sulung anak tangga yg di atas sekali. bertangga 1 ada tangganya; menggunakan tangga. 2 bertingkat-tingkat; berperingkat. se­tangga; orang ~ orang yg tinggal di sebelah-menyebelah rumah; jiran; tetangga.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tingkat1. lapis drpd sesuatu benda (binaan dll) yg berbentuk bersusun-susun (bertindih-tindih, berlapis-lapis), lantai ketinggian, leng­gek (bangunan), tumpuan (tangan dll): bangunan enam ~ itu akan siap hujung tahun ini; mangkuk ~ bekas yg bertindih-tindih dan dirangkaikan oleh pemegangnya, mangkuk tepen, siya; ~ peraduan lantai yg lebih tinggi letaknya utk tempat tidur; 2. = tingkatan taraf kedudukan (jawatan, kema­juan, dll), darjat, kelas, pangkat, peringkat: jawatannya sekarang lebih tinggi ~nya drpd jawatan sebelumnya; kemajuan ekonomi negeri ini sudah mencapai tingkatan yg agak tinggi; ~ hidup taraf hidup; 3. = tingkatan batas waktu, perenggan sesuatu kejadian (proses), takat: rancangan itu masih dlm ~ permulaan; setingkat 1. satu tingkat (tingkatan); 2. = ~ dgn sama tingkatnya atau martabatnya dll (dgn), setaraf (dgn); ~ demi ~ sedikit demi sedikit (bertambah dll); tingkat-tingkat Mn pemijak kaki; tetingkat kepingan papan dsb tempat me-letakkan buku (pakaian, kasut, dsb), rak, para; bertingkat ada tingkatnya, mempunyai tingkat; bertingkat-tingkat 1. berlenggek-lenggek, bersusun-susun, bertindih-tindih: bangunan-bangunan lama dirobohkan dan pd tempat­nya didirikan bangunan yg ~; 2. berkelas-kelas, berpangkat-pangkat, bertaraf-taraf: kebolehan kanak-kanak dlm pelajaran mereka ~ antara seorang dgn yg lain; kedudukan manusia dlm sesuatu masyarakat lazimnya ~; 3. makin tinggi (naik, sukar, dll) sedikit demi sedikit: dlm tempoh sepuluh tahun pangkatnya naik ~ drpd askar biasa menjadi kapten; meningkat 1. menginjak (tangga dll) utk naik ke atas, memanjat (pokok dll), menaiki (basikal dll): sedang mentuanya membawa perian dan labu ke pancuran, Basanai ~ pintu itu; 2. mencapai tingkat (angka dll), naik (meninggi, mengatas, dll), bertambah banyak (hebat, penting, dll): perbelanjaan utk pendidikan ~ dr setahun ke setahun; dgn ini jumlah kematian telah ~ ke angka 79 orang; keriangannya ~ dan ia berdiri mem­beri pidato tanpa rancangan; 3. berubah dlm keadaan (masa dll) yg lain: apabila ~ dewasa anak itu menjadi seorang pahlawan muda yg gagah berani; meningkat-ningkat 1. terus meningkat (ber-tambah dll): keuntungan yg diperolehnya ~; 2. menjadikan bertingkat-tingkat (ber­lapis-lapis, bersusun yg satu di atas yg lain); meningkatkan meninggikan kedudukan (taraf dll), membesarkan (pengeluaran dll), memper-hebat: daya usaha ini akan ~ kemungkinan pertumbuhan ekonomi; kerjasama antara parti-parti komponen BN perlu ditingkatkan lagi; ~ diri membesarkan (mengangkat) diri; mempertingkatkan menjadikan lebih tinggi atau lebih besar lagi (kedudukan, taraf, mutu, hasil pengeluaran, dll), menjadikan lebih hebat (giat, erat, dll), memperhebat: peranan ~ mutu bahasa Melayu tidak terletak di bahu pengkaji dan peminat bahasa sahaja; sikap kejam Soviet itu telah menambah keazaman Mujahideen utk ~ perjuangan mereka; tingkatan tingkat, kelas, peringkat, pereng­gan, takat; ~ gaji peringkat (tingkat) gaji; orang ~ atasan orang kelas (golongan) atasan; peningkatan perbuatan (usaha dsb) mening­katkan atau mempertingkatkan: ~ daya pengeluaran; ~ hasil jualan; ~ mutu.Kamus Dewan Edisi Keempat
syair1. sj karangan bersajak (tiap-tiap rangkap terdiri drpd empat baris yg sama bunyi hujungnya): ~ Burung Pungguk; 2. sajak, puisi; bersyair 1. (sedang) menggubah syair; 2. membaca syair dgn berlagu: ramai orang yg mengambil bahagian dlm peraduan ber­syarah, ~, bersajak, dll; mensyairkan ark 1. mengarang syair; 2. membaca syair dgn berlagu, melagukan syair; pensyair penyair; penyair orang yg mengarang syair (sajak), pujangga; kepenyairan segala hal yg berhubungan dgn penyair: nilai tradisi yg teguh dgn ke­agamaan dlm tingkat-tingkat ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
tingkat bertingkat-tingkatKamus Pelajar
lifalat utk membawa orang atau barang dr satu tingkat ke satu tingkat lain, terutamanya di bangunan yg tinggi.Kamus Dewan Edisi Keempat
tingkat1 lapis sesuatu benda (spt ba­ngunan, tangga) yg bersusun-susun atau berlonggok-longgok: Rumah pang­­­sa itu sepuluh ~ tingginya. 2 taraf kedudukan; darjat; pangkat: Ada antara Duta Besar yg sama ~nya dgn Menteri. 3 peringkat sesuatu kejadian: Pembinaan masjid itu masih pd ~ awal. bertingkat ada tingkatnya; mempunyai tingkat. bertingkat-tingkat 1 bersusun-susun atau berlapis-lapis: Bangunan di bandar itu kebanyakannya ~. 2 ber­pangkat-pangkat atau berkelas-kelas. meningkat 1 bertambah banyak; naik sedikit demi sedikit; naik makin tinggi: Suhu badan­nya ~ drpd 100oF kpd 103oF. 3 ber­ubah menjadi peristiwa atau keadaan lain: Semenjak ia ~ dewasa, perangainya sudah ber­tam­bah baik. meningkatkan meninggikan kedudukan, taraf dll. Mereka berusaha utk ~ taraf hidup. mem­pertingkatkan menjadikan bertingkat(-tingkat). ting­­­katan 1 peringkat; kelas; taraf (ke­dudukan dsb): orang ~ atasan orang dr golongan atasan. 2 darjah (di sekolah menengah). peningkatan per­buatan, hal dsb meningkat atau me­ningkatkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pangkat I1 tingkat pd tangga atau pd sesuatu yg bersusun-susun. 2 tingkat rumah. berpangkat-pangkat bersusun berlapis-lapis; bertingkat-tingkat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas