Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tirai (kata nama)
Bersinonim dengan langsir, tabir, penutup jendela, bidai, skrin, adang, paldu, perdah, tebeng, tedeng, sekeran, sekesel, layar, layar sebeng, pendinding, kelir, gorden, kerai, belat, korden, langsai;,
Kata Terbitan : bertirai,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kelir I1. tirai wayang kulit, tirai (layar putih) utk tayangan wayang gambar; 2. ki sesuatu (helah, muslihat, dll) utk menyembunyikan tujuan yg sebenar; bermain di belakang ~ prb memimpin dgn diam-diam (secara sulit).Kamus Dewan Edisi Keempat
berambu-rambu1. = berambu berjeram­bai; tirai ~ tirai yg berjerambai; 2. Kd tidak kemas, sangat remeh: ia benci akan pakaian Melayu yg ~ itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
rambu I= rambu-rambu rumbai-rumbai, jumbai-jumbai, jerambat (pd tepi kain, tuai, dll); tombak ~ tombak yg diberi berjumbai; berambu-rambu 1. = berambu berjeram­bai; tirai ~ tirai yg berjerambai; 2. Kd tidak kemas, sangat remeh: ia benci akan pakaian Melayu yg ~ itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
tirai1. kain yg berumbai-umbai tepinya (perhiasan langit-langit tempat tidur atau tempat duduk pengantin dll): kerja menghias pentas persandingan, langit-langit, ~, ham­paran sudah siap; 2. kain yg dipasang labuh hingga ke lantai (utk menutup pintu, menye­kat ruang, dll), tabir: ~ ini membahagikan ruang tengah menjadi dua buah bilik; ~ belakang latar belakang (sesuatu perbuatan, perkara, dll); ~ besi garis (sempadan) yg meng­a­singkan negara-negara blok komunis dgn negara-negara blok lain; ~ kelambu kelambu tempat tidur; ~-mirai berbagai-bagai jenis tirai; bertirai berpasang tirai, bertabir: pentas itu belum ~; bertiraikan menggunakan sesuatu (kain dsb) sbg tirai, bertabirkan: ruang itu ~ sehelai kain yg besar.Kamus Dewan Edisi Keempat
labuh I1. turun atau tergantung ke bawah (bkn kelambu, sauh, tirai, dll): kainnya ~ hingga menyapu lantai; tauke yg berperut ~ itu duduk menyandar di kerusi malas; 2. panjang ke bawah atau lebih panjang ke bawah drpd yg biasanya atau seharusnya: pakaian ~ spt jubah dan gaun panjang; kebaya ~; dia memakai seluar yg ~ dan longgar; 3. penjodoh bilangan utk tirai: tirai se~; berlabuh 1. tergantung atau panjang ke bawah (bkn tirai, kelambu, dll); 2. berhenti atau singgah (bkn kapal, perahu, dll): setelah kapal itu ~, maka segala nelayan sekaliannya datang berjual ikan pd orang kapal itu; melabuh 1. menurunkan sauh (kapal dll): masa belayar kematian angin, sudah dilabuh bayu berpuput; 2. Mn beranak (bkn kerbau, lembu); melabuhkan 1. menjatuhkan atau menurunkan (kelambu, tirai, dll), memanjangkan (pakaian): setelah baginda naik ke pelaminan maka tirai kelambu pun dilabuhkan oranglah; Tun Hassan Temenggung yg pertama ~ baju Melayu; dia ~ skirtnya; 2. menghentikan (kapal, perahu, dll): dilayarkannya juga Bulang Linggi itu hingga sampai ke Betangan bertentangan dgn istana baginda itu barulah dilabuhkan; ~ kapalnya berhampiran dgn pantai; 3. mencampakkan atau membuangkan ke air (laut dll); ~ orang mencampakkan orang ke laut; ~ pancing membuangkan pancing ke air; ~ sauh menurunkan sauh, melabuh; 4. meletakkan: dia terus berlari ~ punggungnya di atas rumput yg menghijau itu; ~ hukum Id menjatuhkan hukuman (dlm perbicaraan); pelabuhan tempat kapal berlabuh, persinggahan kapal, pangkalan kapal: sasaran yg pertama ialah kapal-kapal yg berlabuh di ~ Brunei; ~ alam pelabuhan yg kedudukan dan keadaan semula jadinya elok; ~ bebas pelabuhan yg tidak mencukai barang yg keluar masuk; ~ udara Id padang kapal terbang, lapangan terbang.Kamus Dewan Edisi Keempat
berlabuh1 tergantung ke bawah (bkn kelambu, tirai dsb): Tirai ~. 2 berhenti atau singgah (bkn kapal, perahu dsb): Kerana angin kencang, kapal itu terpaksa ~ di sebuah pulau.Kamus Pelajar Edisi Kedua
labuhpanjang ke bawah; lw singkat: Dia terpaksa melipat lengan bajunya kerana terlalu ~. berlabuh 1 tergantung ke bawah (bkn kelambu, tirai dsb): Tirai ~. 2 berhenti atau singgah (bkn kapal, perahu dsb): Kerana angin kencang, kapal itu terpaksa ~ di sebuah pulau. melabuhkan 1 membiarkan supaya labuh (bkn tirai, kelambu, lengan baju, kain dll); menurunkan: Ia ~ gaunnya hingga menutupi lutut. 2 menjatuhkan sauh supaya berhenti (bkn kapal, perahu dsb). pelabuhan tempat kapal berlabuh atau singgah; pangkalan kapal. ~ bebas pelabuhan yg tidak mengenakan cukai atas barang-barang yg keluar masuk. ~ entrepot pelabuhan yg menjadi pusat perdagangan utk import, eksport, pengumpulan dan pengagihan barang-barang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
purdah1. ark kain (tirai) utk menutup orang perempuan supaya tidak dapat dilihat; 2. kain (tirai) yg dipakai di muka perempuan (supaya jangan kelihatan); berpurdah memakai (atau mempunyai) purdah: apakah wanita yg bertudung dan ~ sukar bertemu jodoh?Kamus Dewan Edisi Keempat
labuh1 tergantung ke bawah (bkn kelambu, tirai dsb): Tirai ~.Kamus Pelajar
berlabuh1 tergantung ke bawah (bkn kelambu, tirai dsb): Tirai ~.Kamus Pelajar
123456

Kembali ke atas