tiru | ; meniru 1 mengikut perbuatan atau gaya orang lain; mencontoh: Kanak-kanak suka ~ gaya orang tua itu berjalan. 2 membuat sesuatu yg bukan asli atau yg tidak tulen: Budak penipu itu pandai ~ tandatangan orang lain. tiruan hasil drpd meniru; sesuatu yg tidak asli atau yg tidak jati: getah ~ getah yg bukan asli. peniruan perbuatan atau hal meniru. peniru orang yg (suka) meniru. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tiru-tiruan | suka meniru-niru: ia mesti berpunca drpd jiwa dan lubuk hati pelakonnya sendiri dan bukan semata-mata ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tiru teladan | (sesuatu yg menjadi) contoh, teladan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tiru; meniru | peniru orang yg (suka) meniru. | Kamus Pelajar |
tiru; meniru | tiruan hasil drpd meniru; sesuatu yg tidak asli atau yg tidak jati: getah ~ getah yg bukan asli. | Kamus Pelajar |
tiru; meniru | 2 membuat sesuatu yg bukan asli atau yg tidak tulen: Budak penipu itu pandai ~ tandatangan orang lain. | Kamus Pelajar |
tiru; meniru | 1 mengikut perbuatan atau gaya orang lain; mencontoh: Kanak-kanak suka ~ gaya orang tua itu berjalan. | Kamus Pelajar |
tiru | ~ teladan (sesuatu yg menjadi) contoh, teladan; meniru 1. mengikuti perbuatan (perkataan, gaya, cara, dll) orang dll, mencontoh, meneladan: kanak-kanak dgn senang dapat mem-bentuk sesuatu tabiat dgn jalan ~; ahli kelakar itu berkelakar dgn ~ cara bangsa lain bercakap; 2. membuat sesuatu yg bukan asli (tulen), memalsukan: orang Jepun dapat ~ berbagai-bagai jenis barang buatan Eropah; ~ tandatangan orang; meniru-niru mengikut-ikut (perbuatan dll orang), menyama-nyamai: pd sangka mereka itu, sekalian ilmu mengarang itu suatu pekerjaan yg ringan, boleh mendapat dgn mendengar-dengar dan ~ sahaja; tertiru-tiru terikut-ikut: dgn ~ sikap seseorang boleh menjadi kafir; tiruan 1. perbuatan meniru; 2. hasil meniru (bukan asli atau tulen), hasil drpd usaha mem-buat sesuatu yg sama atau hampir sama dgn yg asli; getah ~ getah buatan (bukan getah asli); sutera ~ sutera buatan (bukan sutera asli); tiru-tiruan suka meniru-niru: ia mesti berpunca drpd jiwa dan lubuk hati pelakonnya sendiri dan bukan semata-mata ~; peniruan perihal (proses, perbuatan) meniru: kami tidak menggalakkan ~ terus teknik Jepun ataupun falsafah pengurusan dan kebuda-yaan mereka; peniru orang yg meniru: kita akan menjadi ~ Barat yg sentiasa taat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tertiru-tiru | terikut-ikut: dgn ~ sikap seseorang boleh menjadi kafir; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
salin | tukar (pakaian, nama, dll), ganti (kenaik-an), tiru (tulisan, karangan, dll); (se)~ tak tumpah prb dua orang yg serupa benar; bersalin 1. bertukar (pakaian dll), berubah (warna, kulit, bulu, dll): dia mahu ~ pakaian; 2. bh melahirkan anak, beranak: maka permaisuri pun datanglah sakit hendak ~; bersalin-salin bertukar-tukar, berganti-ganti; menyalin 1. menukar (dgn yg lain), meng-ganti: pakaian hendaklah selalu disalin; 2. memindahkan (ke bekas, tempat lain, dll): penjaga kedai itu sedang ~ minyak ke dlm botol; 3. meniru, menulis (serupa dgn yg ada): bapaku diupah utk ~ hikayat-hikayat yg tua itu; 4. menterjemah: pd hari itu juga aku mulai ~ buku itu ke bahasa Melayu; menyalini, mempersalin, mempersalini sl memberi hadiah atau anugerah (dgn selengkap pakaian): maka dipersalini oleh Raja Iskandar akan Raja Kida Hindi spt pakaian dirinya; utusan hendak bermohon diri, dipersalin oleh ratu Bestari; mempersalinkan sl menghadiahkan seleng-kap pakaian, menganugerahkan: baiklah kita suruh paduka bonda sambut Tun Tuah supaya kita persalinkan dia; salinan 1. turunan (surat dll), halaman atau lembaran yg bukan asal, tetapi sama setiap butirannya dgn yg asal: hanya ~-~ sijil sahaja yg perlu dihantar; 2. terjemahan; persalinan, persalin 1. = pesalin sl seleng-kap pakaian (sbg hadiah): segala orang yg datang itu semuanya dianugerahinya pesalin; 2. pakaian utk bersalin: diambilnya pakaian dua ~, satu pakaian laki-laki dan satu pakaian perempuan; 3. perihal bersalin: ~ kulit itu berlaku hanya sehingga lipas itu bersayap; penyalinan perbuatan dsb menyalin (sesuatu naskhah dsb); penyalin 1. orang yg menyalin (menterjemah dll): ~ hikayat tersebut ialah seorang peranakan; 2. alat atau mesin yg digunakan utk membuat salinan bahan bercetak dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |