Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[to.la/] | تولق

Definisi : 1. dorong, sorong; kereta (gerabak, pedati) ~ kereta dll sorong; wang ~ wang suap (sogok); 2. kurang, potong; kira-kira ~ kira-kira bkn mengurangi angka; tanda ~ tanda utk mengurangkan (-); ~ ansur = ~ raih saling menuruti (memberi); ~ bahara (bara) pemberat sbg pengimbang dlm perahu; ~ bala penangkal bahaya (bencana, penyakit, dll) dgn doa, kenduri utk menjauhkan bencana dll; ~ balik a) pulang pergi; b) menghantar kembali (barang-barang dll); ~ senjata sl wang atau pemberian-pem­berian yg lain yg diberikan oleh penduduk kpd musuh supaya jangan dilanggar (diganggu dll); ~ sumpah Mn sj hiasan kalung (dokoh); ~ tepi ditinggalkan dan tidak dipedulikan, tidak masuk kira; bertolak 1. berangkat, belayar: kami ~ dgn perahu besar esok paginya; 2. pergi, beralih dr, pergi meninggalkan, berangkat: dia ~ petang ini dr Lapangan Terbang Subang; 3. ber­mula (dgn sesuatu sbg asas), berpunca, ber­pangkal: sistem sosialis ~ drpd pendapat bahawa nasib rakyat hanya boleh dibaiki kalau kerajaan campur tangan dlm ekonomi; definisi pula perlu ~ drpd dua sudut pandangan; ~ ansur saling menuruti (memberi), ber­kom-promi; ~ belakang (dgn) berpisah dan saling membelakangi (spt seorang ke utara seorang lagi ke selatan); ~ pinggang Jk bercekak pinggang; ~ punggung berangkat pergi; bertolak-tolak Mn saling membebankan orang lain (kesalahan, pekerjaan, dll), saling melepaskan tanggungjawab; bertolak-tolakan saling menolak antara satu sama lain: orang ramai berasak-asakan dan ~ utk membeli tiket perlawanan akhir bola sepak pd malam itu; menolak 1. mendorong, menyorong: mereka datang beramai-ramai ~ motokar saya hingga selamat; 2. mencegah (bahaya dll), mengelakkan atau menangkis (serangan dll), menangkal (penyakit dll): ~ serangan musuh; ~ bencana bah; 3. tidak mahu mene­rima (meluluskan, mengabulkan, membenar­kan), tidak membenarkan (pendapat), me­nam­pik: pinangannya ditolak orang; rezeki jangan ditolak; pendirianmu itu saya tolak keras; mazhab purisme bahasa memper­lihatkan kecenderungan ~ unsur asing; 4. = menolakkan menghalau, mengusir: isterinya ditolak dr rumahnya; 5. mengurangi, mem­buang, memotong: ia hanya menerima beberapa ratus ringgit sahaja drpd gajinya apabila ditolak cukai pendapatan dan hutang-hutangnya; harga ini boleh ditolak sedikit boleh dikurangi sedikit; ~ bala men­jauh­kan bala dgn berdoa dll; ~ tuah melepas­kan peluang yg baik; tolak-menolak bertolak-tolakan; menolakkan 1. mendorongkan, menyorong-kan: maka dibawanya Sang Naya ke atas kota tinggi lalu ditolakkannya keluar; 2. membebankan pekerjaan (tanggungjawab): jangan ditolakkan kesilapan itu kpd orang lain, awak sendiri yg bertanggungjawab; 3. mengurangkan, membuangkan, memotong; tertolak dapat atau berupaya menolak: dia tidak ~ seorang diri keretanya yg rosak di tepi jalan; tolakan 1. desakan ke depan, dorongan, so­rong­­an; 2. sesuatu yg sudah ditolak, tampi­kan; 3. potongan, surutan (harga dll); penolakan perihal (perbuatan dsb) meno­lak(kan), penampikan, penangkalan, penang-kisan, pencegahan, pengurangan: ~ pemakaian tenaga atom dlm peperangan; penolak sesuatu yg menolak, alat utk menolak, penangkal, penangkis, pencegah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[to.la/] | تولق

Definisi : ; kereta ~ kereta yg bergerak dgn disorong dr belakang. kira-kira ~ cara atau kaedah menghitung dgn mengurangkan sesuatu angka, jum­lah dsb (spt 6-4=2; 3-1=2). ~ bala penangkal bencana (bahaya dll) dgn jampi, doa atau dgn mengadakan kenduri. ~ balik pergi balik. ~ bara batu pemberat (di perahu). ~ tepi bp tidak dipedulikan. bertolak pergi meninggalkan sesuatu tempat; berangkat; berlepas: Ia ~ dr rumah pd pukul 4.00 petang. menolak 1 tidak mahu menerima sesuatu permintaan dll: Ia telah ~ lamaran pemuda itu. 2 menggerakkan sesuatu ke depan, ke belakang dll; menyorong: Banyak yg datang ~ batang kayu yg merintangi jalan itu. 3 mengurangkan atau memotong: Setelah ditolak cukai pendapatan, gajinya tinggal RM500/- saja. tolakan 1 hasil drpd menolak; sorongan; dorongan. 2 sesuatu yg sudah ditolak. penolakan perbuatan atau hal menolak. penolak sesuatu yg menolak; alat utk menolak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tolak
Kata Terbitan : bertolak, bertolak-tolak, menolak, tolakan, penolakan, penolak,

Puisi
 

Tolak laju terus ke Pahang,
     Haluan menuju Kuala Parit;
Bagaimana hati tak sayang,
     Hartaku habis bukan sedikit.


Lihat selanjutnya...(12)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tolak; kereta ~tolak ansur saling memberi dan menerima.Kamus Pelajar
raihtarik, lwn tolak (dorong, sorong); tolak (menolak) ~ a) beri-memberi serta ambil-mengambil; b) tawar-menawar (berjual beli); meraih 1. menarik kpd diri sendiri: Sufian diraihnya ke dadanya; ia ~ anak itu ke dlm rangkulannya; ~ dayung; 2. ki menarik (hati), memikat (orang dll); ~ hati menarik hati; 3. memborong utk menjual lagi (barang dagangan): kerjanya ~ ikan utk dibawa ke kampung-kampung; 4. memperoleh, men­dapat­kan, mengumpulkan: memang benar kata-kata Joyah isterinya, apalagi mahu diraih rezeki di sungai itu; dia hanya berjaya ~ pingat perak dlm acara 200 meter; ~ pekung ke dada prb sengaja mencari malu atau bencana; ~ pangkur ke dada prb insaf akan diri sendiri; malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih prb segala-galanya terserah kpd untung (nasib); peraih 1. pedagang yg membeli barang dgn jumlah yg banyak dan kemudian menjualnya, pemborong, orang tengah; 2. sampan utk ber­dagang (memborong barang-barang dan menjualnya); berjagal ~ Mn berjual beli barang dlm jumlah yg banyak, memborong.Kamus Dewan Edisi Keempat
minus1. kurang, dikurangi; daerah ~ Id daerah yg kurang menghasilkan bahan makanannya; 2. tolak; tanda ~ tanda tolak.Kamus Dewan Edisi Keempat
tolak ansursaling memberi dan mene­rima. bertolak-ansur bersikap mahu berlebih kurang; bersikap mahu saling memberi dan menerima.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tolak tepibp tidak dipedulikan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tolak barabatu pemberat (di perahu).Kamus Pelajar Edisi Kedua
tolak balikpergi balik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tolak balapenangkal bencana (bahaya dll) dgn jampi, doa atau dgn mengadakan kenduri.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tolak; kereta ~ kereta yg bergerak dgn disorong dr belakang. kira-kira ~ cara atau kaedah menghitung dgn mengurangkan sesuatu angka, jum­lah dsb (spt 6-4=2; 3-1=2). ~ bala penangkal bencana (bahaya dll) dgn jampi, doa atau dgn mengadakan kenduri. ~ balik pergi balik. ~ bara batu pemberat (di perahu). ~ tepi bp tidak dipedulikan. bertolak pergi meninggalkan sesuatu tempat; berangkat; berlepas: Ia ~ dr rumah pd pukul 4.00 petang. menolak 1 tidak mahu menerima sesuatu permintaan dll: Ia telah ~ lamaran pemuda itu. 2 menggerakkan sesuatu ke depan, ke belakang dll; menyorong: Banyak yg datang ~ batang kayu yg merintangi jalan itu. 3 mengurangkan atau memotong: Setelah ditolak cukai pendapatan, gajinya tinggal RM500/- saja. tolakan 1 hasil drpd menolak; sorongan; dorongan. 2 sesuatu yg sudah ditolak. penolakan perbuatan atau hal menolak. penolak sesuatu yg menolak; alat utk menolak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tolak-menolakbertolak-tolakan;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas