Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tom.po/] | تومڤوق

Definisi : 1. kumpulan yg tidak begitu besar, kelompok kecil; 2. longgokan yg kecil, tim­bun­an: se~ rambutan; 3. bintik besar yg bulat (pd binatang dll): atap zinknya sudah merah berkarat, hanya ada sedikit sahaja ~-~ putihnya; bertompok-tompok 1. berkelompok-kelompok: anak-anak muda ~ duduk di atas pasir; 2. bersusun-susun, bertimbun-timbun: buku yg ~; 3. tidak rata (warna dll), setempat-setempat, berbintik-bintik besar: anak kambing yg berwarna coklat ~ putih; 4. ki bertimbun-timbun, banyak sekali; menompokkan 1. meletakkan bersusun-susun, melonggokkan; 2. mengumpulkan banyak-banyak, menimbun-nimbunkan; tertompok tersusun bertindih-tindih, ter-kumpul banyak-banyak; tompokan longgokan, timbunan; penompokan perihal (proses, perbuatan, tindakan dsb) menompokkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tom.po/] | تومڤوق

Definisi : 1 kumpulan atau kelompok yg agak kecil; longgok kecil: Ia mem­beli se~ buah langsat. 2 bintik besar pd kulit binatang dll. bertompok ada tompok pdnya. bertompok-tompok 1 terdapat banyak tompok pdnya; ber­kelompok-kelompok. 2 tidak rata (ttg warna dll): Bulu kucingnya berwarna putih ~ hitam. menompokkan me­letakkan bertompok-tompok; me­long­­gokkan. tompokan kumpulan yg bertompok-tompok; longgokan; timbunan. penompokan perbuatan atau hal menompokkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tompok (kata nama)
Bersinonim dengan capuk, topok, bintang, bintik, titik, totol;,
Kata Terbitan : bertompok-tompok, menompokkan,

Peribahasa

Tersenget-senget bagai katung di bawah reba.

Bermaksud :

Orang kecil yang takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersendeng-sendeng bagai sepat di bawah mengkuang). katung = sebangsa penyu; reba = ranting daripada dahan kering yang bertompok-tompok bekas ditebas.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
capuk1. tompok(-tompok) pd sesuatu per­mukaan (spt pd kulit muka, kain, dll), borek; 2. = bercapuk(-capuk) mempunyai (banyak) capuk; bercapuk, bercapuk-capuk mempunyai atau menampakkan (banyak) capuk (bkn ku­lit dll), bertanda capuk (bkn kulit, kain, dll): mukanya bercapuk-capuk akibat sesuatu penyakit kulit; beberapa helai pakaian lembap yg ditimbunkan sahaja semalaman itu ~ di beberapa tempat; mencapukkan menjadikan bercapuk atau bercapuk-capuk: dia ~ kertas putih dgn cat air.Kamus Dewan Edisi Keempat
tuah periukBr tompok-tompok biru tua pd bayi ketika dilahirkan;Kamus Dewan Edisi Keempat
kerlipanperihal mengerlip, kedipan: tompok-tompok awan putih menutup ~ bintang; ®kelip I.Kamus Dewan Edisi Keempat
jeragatbintik-bintik (atau tompok-tompok) gelap pd muka.Kamus Dewan Edisi Keempat
telaubelang yg berwarna lebih muda pd dasar yg lebih gelap; tompok-tompok cahaya (ttg cahaya matahari di bawah pokok dsb). bertelau-telau berbelang-belang dgn warna yg lebih muda; bertompok-tompok.Kamus Pelajar Edisi Kedua
psoriasis(Ubat) penyakit yg menyebabkan kulit mengalami tompok-tompok merah yg diliputi sisik keputih-putihan, biasanya terdapat pd lutut, siku dan kulit kepala.Kamus Dewan Edisi Keempat
berlonggokberhimpun, beronggok(-onggok), bertimbun-timbun, ber­tompok-tompok: kain baju yg belum bercuci berlonggok-longgok; beberapa orang pekerja duduk berlonggok-longgok di situ;Kamus Dewan Edisi Keempat
kurap Ipenyakit kulit berjangkit yg berupa tompok-tompok merah dan bulat dan gatal; ~ anjing kurap yg terdapat pd anjing; berkurap 1. mendapat (menghidap) penyakit kurap; 2. ki cacat, buruk.Kamus Dewan Edisi Keempat
panausj penyakit kulit yg berupa bintik-bintik, (tompok-tompok) putih (kadang-kadang gatal); jenis-jenisnya: ~ besi, ~ bunga, ~ lekir, ~ meng-harung, ~ terkukur, dll; berpanau berpenyakit panau: di sana ini lengannya ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
berlonggok-longgokberhimpun, beronggok(-onggok), bertimbun-timbun, ber­tompok-tompok: kain baju yg belum bercuci berlonggok-longgok; beberapa orang pekerja duduk berlonggok-longgok di situ;Kamus Dewan Edisi Keempat
123456789

Kembali ke atas