tonggeng /tonggéng/; menonggeng | menonggengkan meletakkan sesuatu menonggeng: Ia ~ periuk itu supaya lekas kering. | Kamus Pelajar |
tonggeng /tonggéng/; menonggeng | membongkok dgn kepala ke bawah dan punggung ke atas; bahagian depan ke bawah dan bahagian belakang ke atas. | Kamus Pelajar |
tonggeng | /tonggéng/; menonggeng membongkok dgn kepala ke bawah dan punggung ke atas; bahagian depan ke bawah dan bahagian belakang ke atas. menonggengkan meletakkan sesuatu menonggeng: Ia ~ periuk itu supaya lekas kering. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tonggeng II | (tonggéng) sl hari ketiga sesudah esok, tubin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tonggeng I | (tonggéng) I; menonggeng 1. membongkok dgn kepala ke bawah dan punggung ke atas; 2. tenggelam dgn buritan ke atas (perahu, dll) atau bahagian depan ke bawah dan bahagian belakang ke atas; 3. menjunam (kapal terbang dll); 4. tertiarap (gelas dll); menonggengkan 1. menyebabkan menonggeng, meletakkan (memegang dll) sesuatu hingga menonggeng; 2. menjunamkan; 3. ki menjatuhkan atau menggulingkan (pemerintah dll); tertonggeng (jatuh, terlepas, dll) menonggeng (gelas, periuk, dll); ~ bagai kodok dlm lubang prb perihal orang miskin dlm kesusahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tungging | ® tonggeng I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tonggek | (tonggék) 1. tonggeng; 2. tidak lurus punggungnya apabila berjalan, punggungnya terkeluar ke belakang (apabila berjalan); tunggang-~ tunggang balik; menonggek menonggeng; menonggekkan menonggengkan, menjungkirkan (kepala ke bawah dan kaki atau ekor ke atas): ia ~ punggungnya ke muka kipas; tertonggek jatuh terjungkir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tubin I | sl hari keempat selepas hari ini (selepas tulat), tonggeng. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tunggang I | terbalik (kepala ke bawah dan kaki ke atas), terjungkir, tertelungkup, tertonggeng; ~-langgang = ~-tenggang a) berlari pontang-panting (lintang-pukang); b) = ~ balik jungkir balik, berguling-guling; ~-tunggit = ~-tonggek a) tidak rata (permukaan jalan dll), lekuk-lekak, berjendul-jendul; b) bergerak turun naik (orang berjalan); c) terumbang-ambing (perahu dimainkan gelombang dll); d) menundukkan kepala dan kemudian menegakkannya semula (spt orang sembahyang), tunduk dan tegak semula; ~ buyung pergerakan dlm gimnastik apabila belakang tengkuk berada di lantai, gulingan depan; kuat ~ kuat minum (minuman keras); bersetunggang berputar balik (kepala ke bawah kaki ke atas), berjungkir: tidur ~ kaki ke atas; ~ balik berputar-putar (kepala ke bawah kaki ke atas), berjungkir balik; menunggangkan 1. membalikkan (cawan, botol, dll) supaya tumpah isinya, menunggitkan supaya tumpah, menuangkan, menumpahkan: ia ~ air yg di dlm baldi itu ke dlm tempayan; 2. = mempertunggang, mempertunggangkan menjadikan bersetunggang, membalikkan (kepala ke bawah kaki ke atas), menjungkirkan: di situ diusahakannya mempertunggang supaya air keluar dr hidung dan mulutnya; budak itu ditung-gangkan ke atas asap sabut kering itu; tertunggang 1. terbalik (yg di bawah ke atas dan yg di atas ke bawah), terjungkir; 2. tertumpah atau tercurah (sesuatu dr bekasnya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |