tontonan | sesuatu yg ditonton; pertunjukan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tontonan | pertunjukan (wayang gambar dll), sesuatu yg (patut) ditonton: filem-filem Melayu yg menjadi ~ kita; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tontonan | sesuatu yg ditonton; pertunjukan. | Kamus Pelajar |
tonton; menonton | tontonan sesuatu yg ditonton; pertunjukan. | Kamus Pelajar |
temasya | 1. peristiwa yg kelihatan, pertunjuk-an, tontonan: beliau akan menyampaikan hadiah kpd yg berjaya pd akhir ~ sukan tersebut; 2. pemandangan yg menarik hati, keindahan alam: baginda belayar mengembara ke sebelah barat melihat ~ negeri-negeri orang; bertemasya pergi mengembara utk menghiburkan hati (melihat-lihat pemandangan yg indah-indah dll): ~ ke pulau yg indah dan permai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pertunjukan | 1. sesuatu yg dipertontonkan (wayang gambar, sandiwara, dll), tontonan: pd suatu malam rombongan pemuda-pemudi mengadakan ~ kebudayaan di gedung ke-senian; 2. apa yg dipertunjukkan; 3. pameran: ~ pertanian dan perkebunan; 4. perihal me-nunjukkan (cara melakukan sesuatu dll), pengajaran: guru hendaklah sentiasa sedia utk memberikan ~ dan pertolongan; 5. = ~ perasaan ark tunjuk perasaan, demonstrasi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
klip video | petikan ringkas gambar video mengenai sesuatu peristiwa, persembahan dsb yg ditayangkan utk tontonan umum. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
klip II | ; ~ video petikan ringkas gambar video mengenai sesuatu peristiwa, persembahan dsb yg ditayangkan utk tontonan umum. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tonton | ; menonton melihat atau menengok sesuatu pertunjukan (wayang gambar dll): Selepas makan malam, kami pergi ~ di panggung Rex. mempertontonkan menyebabkan sesuatu dpt ditonton; memperlihatkan atau mempertunjukkan (sandiwara dll). tontonan sesuatu yg ditonton; pertunjukan. penontonan perbuatan atau hal menonton. penonton orang yg menonton (pertunjukan dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tonton | ;menonton menengok (pertunjukan, wayang gambar, dll): ~ perlawanan bola; jangan ~ saja jangan melihat saja; mempertontonkan memperlihatkan (sandi-wara dll), memperagakan, mempertunjukkan, mempamerkan (lukisan dll): dipertontonkan sebuah drama di televisyen kita; melihat-lihat barang yg cantik-cantik yg dipertontonkan di kedai; tontonan pertunjukan (wayang gambar dll), sesuatu yg (patut) ditonton: filem-filem Melayu yg menjadi ~ kita; penontonan perbuatan menonton; penonton 1. orang yg menonton (pertunjukan dll): para ~ bertepuk tangan; 2. ki orang yg hanya menengok saja (tidak ikut serta): biarlah kita jadi ~ saja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |