mengarkibkan | menyimpan sesuatu bahan (rekod, dokumen, dsb) di arkib: tradisi-tradisi itu didokumentasikan bukan utk diarkibkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tradisi | sesuatu kebiasaan (adat, kepercayaan, dll) yg kekal turun-temurun, sesuatu yg sudah menjadi amalan yg sudah sebati dgn sesuatu masyarakat (golongan, kumpulan, dsb): suatu ~ orang Islam di Malaysia ketika menyambut Hari Raya ialah saling menziarahi; saya sangat bimbang apabila melihat masyarakat kita yg tidak ada ~ membaca; bertradisi mempunyai tradisi; mentradisi menjadi tradisi: ada pembaharuan itu yg telah ~; mentradisikan menjadikan sesuatu (fahaman, pemikiran, dll) sbg tradisi: Islamlah yg ~ kita; pentradisian proses mentradisikan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tradisi | sesuatu kebiasaan, kepercayaan dll yg kekal turun-temurun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tradisi | sesuatu kebiasaan, kepercayaan dll yg kekal turun-temurun. | Kamus Pelajar |
kampungan | 1. ada kaitannya dgn kebiasaan, tradisi, dsb yg terdapat di kampung: yg menarik tentang Ngoyang ialah mitos dan nilai tradisi teater ~ yg wujud di dalamnya; 2. ki tidak moden, kuno: akronim mesti membentuk nama yg indah yg tidak ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
arkib | 1. kumpulan naskhah (piagam) yg disimpan; 2. tempat menyimpan naskhah-naskhah, rekod umum dan dokumen-dokumen sejarah sesebuah negara; 3. (Komp) tempat menyimpan atur cara dan data komputer bagi jangka masa yg lama; mengarkib (Komp) menyalin atur cara atau data ke dlm cakera, pita, dll utk penyimpanan jangka panjang; mengarkibkan menyimpan sesuatu bahan (rekod, dokumen, dsb) di arkib: tradisi-tradisi itu didokumentasikan bukan utk diarkibkan; kearkiban segala yg berkaitan dgn fungsi (kegiatan, urusan, dsb) arkib: anugerah itu sbg sumbangannya dlm bidang ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
musuh tradisi | lawan (dlm pertandingan dsb) sejak dahulu hingga masa kini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mentradisi | menjadi tradisi: ada pembaharuan itu yg telah ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertradisi | mempunyai tradisi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tambok | Sr sj bakul tradisi orang Iban: tergerak hatinya utk melihat kandungan ~ itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |