tragedi /tragédi/ | 2 sandiwara, lakonan dll mengenai peristiwa-peristiwa sedih. | Kamus Pelajar |
tragedi /tragédi/ | 1 peristiwa yg menyedihkan. | Kamus Pelajar |
tragedi | /tragédi/ 1 peristiwa yg menyedihkan. 2 sandiwara, lakonan dll mengenai peristiwa-peristiwa sedih. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tragedi | (tragédi) 1. cerita (sandiwara, lakonan) yg mengisahkan peristiwa dll yg sedih: persatuan drama ini akan mementaskan ~ tersebut; 2. peristiwa (keadaan dll) yg sedih atau menyedihkan: sajak itu menceritakan suatu ~ tentang pembunuhan dan penderitaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keserabutan | 1. keadaan berserabut atau berambu-rambu; 2. ki keadaan kucar-kacir, keadaan tidak menentu, kekusutan: plot tragedi moden dgn adegan-adegan kesedihan, kompleksiti dan penuh ~; tragedi konven-sional Greek yg dimulai dgn kegembiraan dan diakhiri dgn ~ dan pembunuhan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tragik | penuh tragedi, menyedihkan: peristiwa ini mengandungi humor dan ~ sekali gus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tragikomedi | (tragikomédi) drama atau lakonan yg menggabungkan kedua-dua unsur tragedi dan komedi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melodramatik | (mélodramatik) bersifat (bercorak) melodrama, mengandungi banyak ciri melodrama: bentuk tragedi komedi dan dra-ma tradisional yg sifatnya ~ turut berkem-bang dgn pesatnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hibur | ; menghibur menyenangkan atau menggirangkan hati: cerita sedih atau tragedi juga ~ dgn caranya sendiri; berhibur, berhibur-hibur berbuat sesuatu utk menghiburkan (menyenangkan) hati: kurangnya kemahuan utk mengikis sikap suka ~; menghiburkan menyenangkan, menggirangkan, melipurkan: yg boleh ~ hatinya ialah kekanda dan adindanya sahaja; muzik ~ hati, lebih-lebih lagi setelah penat memeras otak; terhibur menjadi senang (girang, gembira) hati, terlipur hatinya: setelah Sira Panji bertemu dgn saudaranya, maka ~lah sedikit hatinya; hiburan sesuatu (perbuatan, benda, dll) utk menghiburkan (menyenangkan, menenteramkan) hati: mudah-mudahan cerita ini dapat menjadi ~ kpd sekalian pembaca; taman ~ tempat menghiburkan hati; penghiburan hal menghibur(kan); penghibur 1. sesuatu yg boleh menghiburkan hati, pelipur; 2. orang (spt penyanyi, pelawak, dsb) yg kerjanya menghiburkan orang ramai, pelipur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
disorientasi | /disoriéntasi/ proses, keadaan dsb yg mengelirukan atau membingungkan berhubung dgn masa, tempat dan identiti: Tragedi itu berlaku disebabkan juruterbang mengalami ~ yg menyebabkan beliau tidak dpt mengawal pesawat tsb lalu terhempas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |