Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tran.sit] | ترنسيت

Definisi : 1. lintasan barang-barang dagangan, pengangkutan (barang, orang); 2. tempat singgah, persinggahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tran.sit] | ترنسيت

Definisi : 1 singgah (dlm penerbangan dsb). 2 tempat singgah. 3 pengangkutan awam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata transit


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
LRTLight Rail Transit (Transit Aliran Ringan, iaitu sj rangkaian kereta api penumpang yg menggunakan kuasa elektrik yg beroperasi di bandar raya Kuala Lumpur dan juga di kawasan sekitarnya).Kamus Dewan Edisi Keempat
transit1 singgah (dlm penerbangan dsb). 2 tempat singgah. 3 pengangkutan awam.Kamus Pelajar Edisi Kedua
transit1. lintasan barang-barang dagangan, pengangkutan (barang, orang); 2. tempat singgah, persinggahan.Kamus Dewan Edisi Keempat
penumpang transitpenumpang yg singgah sebentar di sebuah lapangan terbang utk mengambil penerbangan sambungan lain yg berikutnya ke destinasi yg ditujui.Kamus Dewan Edisi Keempat
transitoIB lintasan pengangkutan barang-barang dagangan, transit; pelabuhan ~ pelabuh­an yg menjadi lintasan pengiriman barang-barang antara dua negeri; perdagang­an ~ perdagangan barang-barang yg terus dikirim ke tempat lain.Kamus Dewan Edisi Keempat
tumpang; ~ sekaki bp turut sama melakukan sesuatu yg sedang dilakukan oleh orang lain: seronok juga mendengar orang mengumpat, bolehlah ~ sekaki; bertumpang; ~ tindih saling tindih-menin-dih (bersusun-susun, bertompok-tompok): beberapa buah buku yg ~ tindih di atas rak disusun semula dgn penuh hati-hati; menumpang 1. terletak (terdapat, berada) di atas sesuatu yg lain; pokok ~ tumbuhan yg hidup pd pokok lain, bendalu; ganja ~ ganja yg melekat (bukan ganja iras); 2. diam (tinggal, bermalam) di rumah orang, singgah (utk bermalam, tinggal) buat sementara sahaja: buat sementara ini biarlah saya ~ di sini dahulu; 3. naik dan berpergian (dgn kereta, kapal, dll): dr Singkarak ia ~ kereta api ke Padang dgn selamat; 4. turut berpergian dgn kenaikan orang (dgn percuma), membon­ceng: apabila dilihatnya saya mahu belayar juga maka pergilah ia hendak ~; 5. bersama mengerjakan (melakukan) sesuatu, ikut serta; ~ mati bersama-sama mati, ikut mati; 6. meminta atau memohon supaya mendapat keizinan (kebenaran dll): boleh saya ~ ber-tanya, apa nama kampung ini?; ~ hidup tinggal bersama supaya dapat hidup; ~ makan (tidur dll) turut serta makan (tidur dll); menumpangi ikut tinggal di, menumpang pd atau di, menaiki (kereta, kapal, dll) utk berpergian: maka ditumpanginya sebuah bas dr Jogja ke Semarang; menumpangkan 1. meletakkan di atas benda lain, meletakkan bertindih: sebelah kakinya ditumpangkannya pd lutut kaki lain; 2. menyuruh tinggal (bermalam) di, membiar­kan menumpang, menyuruh menumpang: anak isterinya sudah ditumpangkan di rumah orang; 3. menyuruh menaiki kapal dll (utk berpergian), membiarkan menum­pang kapal dll: anak yg cedera itu telah ditumpangkan di kapal TUDM utk dibawa ke Kuala Lumpur; 4. meminta supaya dibawa bersama, memberikan sesuatu supaya dibawa bersama, menyertakan: kalau tuan hendak ke Singapura, saya hendak ~ sedikit kuih utk anak saya; 5. menyerahkan sesuatu supaya diurus (dijagai dll), mengamanahkan, menitip-kan: di kedai itulah ibu Nurshahid ~ kuihnya utk dijual; ~ diri (hidup, nyawa) kpd menyerahkan diri (hidup, nyawa) kpd seseorang (supaya diselamatkan dll); tertumpang 1. (telah) ditumpangkan: kerana kemiskinan maka ia ~ di biduk tiris aku di sini; 2. dikembarkan, disertakan: bersama surat ini ~ sekeping cek berharga RM45.00 utk anakanda; ~ salam drpd terimalah salam drpd; ~ salam kpd sampaikan salam kpd; tumpangan 1. sesuatu yg ditumpangkan (utk diurus, dikirim, dibawa, dll); barang ~ barang yg diamanahkan (utk diurus dll); 2. tempat menumpang yg ditumpangi (rumah, kapal, perahu, dll): ia sedang duduk berehat-rehat di serambi luar rumah ~nya; enam hari lamanya sahaya dalam negeri Alfiah itu, sebab hendak menantikan kapal ~; wang ~ bayaran kerana menumpang, sewa; mencari ~ a) mencari tempat utk menum­pang; b) mencari orang utk ikut serta (ber­pergian); penumpangan perihal menumpang atau menumpangkan; penumpang 1. orang yg menaiki kereta dll (utk berpergian): setelah kereta api berhenti, berebut pula ~ hendak turun; kapal ~ kapal yg membawa orang (bukan yg membawa barang); 2. orang yg tinggal (menginap, singgah, dll) di tempat orang; ~ transit penumpang yg singgah sebentar di sebuah lapangan terbang utk mengambil penerbangan sambungan lain yg berikutnya ke destinasi yg ditujui.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas