Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tuang
Kata Terbitan : menuang, menuangkan, penuangan,

Puisi
 

Tinggi Bukit Sagumilang-milang,
     Tuang air di daun terkenang-kenang;
Budi sedikit juga kan hilang,
     Seumur hidup jadi kenangan.


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tuang-tuang1. sj suling drpd buluh yg ditiup utk memberi alamat dll; 2. ark corong pembesar suara; tetuang.Kamus Dewan Edisi Keempat
tetuang udaraark alat pemancar radio; ® tuang-tuang.Kamus Dewan Edisi Keempat
tetuangsj alat bunyi-bunyian (dibuat drpd buluh, tanduk, dll) yg ditiup utk memberi isyarat dll; ~ udara ark alat pemancar radio; ® tuang-tuang.Kamus Dewan Edisi Keempat
tuang I; besi ~ besi yg dibuat drpd besi yg dicairkan dgn menggunakan acuan, besi cetak; pindah ~ (darah) Id pemindahan darah, transfusi darah; bertuang (yg) dicetak (drpd besi yg dicair­kan): tangga rumah emas ~, ibu tangga emas bertitik; menuang 1. mencurahkan (mengisikan) barang cair ke dlm bekas: Mahat duduk dan ~ kopi ke dlm cawan; 2. melebur (logam) dgn memanaskannya: ~ bijih timah; 3. mencetak leburan besi dll ke dlm acuan (utk membentuk sesuatu): tembaga yg sudah dileburkan itu dituang dijadikan berbagai-bagai barang; adat diisi, lembaga dituang prb dilakukan menurut aturan yg biasa; menuangi 1. menuang (air, minyak, dll) ke, mengisi (cawan dll) dgn barang cair (minuman dll): menyambar-nyambar api itu bagaikan dituangi minyak kereta; ia ~ gelas­nya sendiri dan meneguknya dgn lahap; 2. menghujani (peluru, kata-kata), melepaskan (kata-kata, tembakan): di Amerika dan di Eropah Barat, kita dituangi dgn kata-kata bahawa komunis yg menjadi pokok keka­cauan; menuangkan mencurahkan (memasukkan) barang cair ke dlm bekas atau acuan: kami pun ~ minuman keras itu ke dlm gelas masing-masing dan mula minum; selepas dilebur, timah itu dituangkan ke dlm acuan yg berbentuk bata; tuangan 1. (sesuatu) yg dituang; besi ~ besi tuang, besi cetak; 2. cetakan, acuan: pendek­nya sungguh cantik ~nya. ketuangan; hari ~ Ruhulkudus Id hari utk merayakan turunnya Ruhulkudus (menurut agama Kristian); penuangan perihal menuang (menuangi, menuangkan);Kamus Dewan Edisi Keempat
tuang IIbp tidak datang ke sekolah, ke pejabat dsb tanpa izin, tanpa alasan yg munasabah dll; ponteng.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tuang I; menuang 1 mencurahkan benda cair dr sesuatu bekas: Sesudah ~ air minuman ke dlm cawan, ia pun pergi ke dapur. 2 meleburkan logam dgn memanaskannya. 3 mencetak leburan besi dll ke dlm acuan. menuangi menuang (cecair) ke; mengisi (se­suatu) dgn cara menuang: Semua cawan di­­tuangi teh. menuangkan menuang utk orang lain. tuangan 1 apa-apa yg dituang: besi ~. 2 hasil menuang (mencetak); cetakan: blok ~. penuangan perbuatan atau hal menuang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tuang IIbp tidak datang belajar, kerja dsb (tanpa mendapat izin guru dsb), ponteng: beberapa orang sahaja yg datang tetap ke kelas malam, yg lainnya selalu ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
tuang I; menuangpenuangan perbuatan atau hal menuang.Kamus Pelajar
tuang I; menuang2 hasil menuang (mencetak); cetakan: blok ~.Kamus Pelajar
tuang I; menuang1<.b> apa-apa yg dituang: besi ~.Kamus Pelajar
123

Kembali ke atas