Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tubuh;

Puisi
 

Tubuh lengkung gelegak lengkung,
     Tanam lada di busut tinggi;
Riuh sekampung gelak sekampung,
     Sementara ada saya di sini.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Sejiwa dua tubuh.

Bermaksud :

Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu, d. Selauk senasi, e. Seperti dua senyawa, f. Setikar seketiduran).

 

Lihat selanjutnya...(21)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
susuk I, = ~ tubuh bentuk atau sikap tubuh; bangun tubuh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
susuk tubuhbentuk atau sikap tubuh; bangun tubuh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
susuk I, = ~ tubuhbentuk atau sikap tubuh; bangun tubuh.Kamus Pelajar
sikap I1. = ~ tubuh bentuk tubuh, potongan badan, tokoh: dgn takjubnya ia melihat rupa orang muda itu, terlalu amat baik parasnya dan ~nya; 2. gaya berdiri (bergerak, berpakai, dll): hebat ~ lakunya; 3. perbuatan atau pandangan yg berdasarkan sesuatu pendapat (fikiran dll): dlm hatinya, dia mengutuk ~nya yg kurang adil itu; ~ wanita Pakistan ter­hadap perancangan keluarga telah berubah; bersikap 1. berdiri tegak; 2. berpegang pd pendapat (pendirian dll), berkelakuan, ber­lagak: dia tidak sanggup melihat suaminya ~ begitu.Kamus Dewan Edisi Keempat
otot1 gumpalan tisu tubuh yg ter­dapat pd bahagian tubuh yg ber­isi. 2 gumpalan tisu tubuh yg dpt ditegangkan dan dikendurkan utk menghasilkan gerakan. ~ lunjur otot yg melunjurkan anggota tubuh. ~ tarik otot yg menarik atau yg membeng­kokkan anggota tubuh. ~ voluntari otot yg dpt dikawal oleh kemahuan atau akal. berotot mempunyai otot (yg terbina dgn baik): Betisnya ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tulang-tulangan1. segala macam tulang (dlm tubuh), rangka tubuh; 2. rangka rumah (drpd kayu dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
otot1 gumpalan tisu tubuh yg terdapat pd bahagian tubuh yg berisi. 2 gumpalan tisu tubuh yg dpt ditegangkan dan dikendurkan utk menghasilkan gerakan. ~ lunjur otot yg melunjurkan anggota tubuh. ~ tarik otot yg menarik atau yg membengkokkan anggota tubuh.Kamus Pelajar
jasmaniAr 1. badan, tubuh; 2. bkn badan (tubuh) atau benda (lwn rohani); pendidikan rohani dan ~ pendidikan batin dan badan; kejasmanian perihal jasmani, yg berkaitan dgn tubuh badan atau benda, kebendaan: pembentukan aspek kerohanian bukan sa­haja akan mengimbangi perkembangan ~ dan kebendaan, tetapi juga akan menyekat keruntuhan akhlak dan moral.Kamus Dewan Edisi Keempat
kemit tubuha) sesuatu (spt pakaian, barang perhiasan dll) yg diberikan sbg tanda kasih, bekas tubuh; b) = gelang ~ tubuh sj gelang;Kamus Dewan Edisi Keempat
kemit; ~ tubuh a) sesuatu (spt pakaian, barang perhiasan dll) yg diberikan sbg tanda kasih, bekas tubuh; b) = gelang ~ tubuh sj gelang; ~ hantar ark pesuruh.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas